Your Thoughts


Friday, November 6, 2009

Menyingkap Kain Sarung: Nasi Katok siri 1

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para penonton sekalian. Ya, setelah sekian lama rancangan Menyingkap Kain Sarung menghilang, Alhamdulillah, bertemu kita kembali dalam sebuah lagi edisi Menyingkap Kain Sarung yang sentiasa memaparkan isu-isu hangat di Negara Brunei Darussalam. Bukannya apa tu rancangan ani batah menghilang atu. Produser kami berbulan madu di Hawaii sama 4 orang bininya bah.

Apa khabar anda pada malam ini? Harap-harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Banyak-banyak saja minum jus oren, Insya-Allah anda akan immune daripada segala penyakit. Kecuali sakit hati. Jangan diamalkan tu sakit hati atu. Ubatnya, bawa saja beristighfar.

Ya sekiranya anda masih ingat, saya, Haji Sabtu seperti biasa akan menjadi hos bagi rancangan no.2 paling popular di Brunei ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Haji Jumat dan Haji Kamis yang telah berbesar hati sudi menjadi hos sementara bagi rancangan menyingkap kain sarung ini pada siri Poklen yang lepas, walaupun sebenarnya kamu atu kana pajal oleh produser sampai terpaksa dibelanja teh c ping special barutah kan mau. Inda ikhlas kamu ani.

Baiklah, tanpa membuang masa, saya akan memaparkan isu yang akan kami kemukakan pada episod kali ini. Tapi sebelum atu, jawab dulu soalan ani. Makanan apa yang murah, nyaman dan kana bungkus dalam bentuk piramid? Jawapannya apanah? Nasiii Katokkk. Sekiranya anda menjawab dengan betul, maka anda besar kemungkinan adalah seorang peminat nasi katok number one. Sekiranya jawapan anda salah, maka makan lah lagi ikan salmon banyak-banyak. Insya-Allah lemak omega 3 yang terkandung dalam ikan salmon atu akan mempertingkatkan lagi tahap IQ anda.

Ya itulah dia isu untuk episod Menyingkap kain sarung kali ini. Fenomena nasi katok ini telah melanda di negara ini sejak beberapa tahun yang lalu. Bagaimanakah ianya bermula? Dan mengapakah ia digelar nasi katok dan bukannya nasi latok atau nasi patok? Itulah yang akan kami coba bongkarkan dalam episod kali ini.

Untuk membantu kajian kami, kami telah menebual seorang buajah yang hanya ingin dikenali sebagai Britney. Nama sebenarnya inda ia mau membagi. Belabih banar orang tuanya atu. Tanpa membuang masa, mari kita saksikan temubual berikut.

***
krew: Assalamualaikum buajah.

Buajah: Waalaikumsalam. Ih, sudah jua ku bagitau, jangan panggil aku buajah. Panggil saja Britney.

krew: Errrrr... Bah Buajah Britney tah.

Britney: Britney saja!

krew: Ok bah manasajatah, asal kita bahagia. Anubah, kami dangar kita ani pakar dalam hal nasi katok ani. Yatah, kan mendangar jua kami jua tu cemana asal usulnya.

Britney: Ohhhh miatu wang. Baju kurung sama baju kebaya bekatok ani asalnya...

krew: Eh eh, buajah. Eh salah, buajah tia pulang. Britney, kami betanya pasal nasi katok. Bukan baju kurung bekatok.

Britney: Awuuuu, yatahnah ni wang. Kan becerita jua ku ni. Baju kurung sama baju kebaya bekatok ani sebanarnya.. Bla bla bla... Kadai Hajah Minah di Lumapas... Bla bla bla.. bemanik-manik... bla bla bla.

***
Ok. Temubual atu nampaknya inda berapa berjaya. Lain yang kami cari, lain yang kami dapat. Rupa-rupanya kami menebual orang yang salah. Buajah Britney merupakan pakar dalam hal baju baju kurung bekatok dan bukannya nasi katok. Malang sungguh nasib krew kami yang terpaksa mendangar kunyanyang buajah Britney yang dari awal sampai habis becerita pasal baju kurung bekatok. Menjaga hati orang tua lah tu kononnya. Nasib jua anak-anak dara buajah Britney atu lawa, mun inda awal sudah kali krew kami atu chow.

Sungguhpun kami menemui kegagalan dalam temubual yang pertama, tapi kami tidak mengaku kalah. Setelah sepurnama mencari, akhirnya, kami berjaya menemui seorang yang pakar dalam nasi katok. Menurutnya, dia dikenali sebagai "Raja Nasi Katok", pasal tiap-tiap hari siang dan malam sentiasa makan nasi katok. Sekarang mari kita lihat temubual kami bersama Raja Nasi Katok, atau nama sebenarnya Awang Tampoi.

Oh malangnya masa kita sudah suntuk. Nampaknya temubual kami dengan Awang Tampoi terpaksa disiarkan pada episod minggu depan. Harap-harap anda semua jangan marah. Kalau marah, cepat bekeradut. Bida tia mua kamu karang. Kalau mua kamu bida, nada tia orang mau masuk meminang.

Baiklah, akhir kata dari saya, Assalamualaikum, selamat malam dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap sesuka hati". Ok saya chow dulu, kan makan nasi katok! Jangan lupa, saksikan sambungan siri ini pada minggu hadapan!


0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More