Your Thoughts


Monday, November 16, 2009

Cornified!

Try pressing these keys on my blog: UP, UP, DOWN, DOWN, LEFT, RIGHT, LEFT, RIGHT, B, A. Something awesome will appear and please tell me what it is LOL!

ps: repeat the steps above so that the 'awesome' object become more obvious.

Wednesday, November 11, 2009

Menyingkap Kain Sarung: Nasi Katok siri 2

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan salam harmoni kepada para penonton sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada penonton-penonton yang sudi menanti siri menyingkap kain sarung ini sedari tadi sampai inda mau berganjak dari kerusi sofa made in China anda. Menunggu pun menunggu jua, tapi sembahyang Isyak jangan tinggal. Sudah sembahyang Isyak? Kalau balum, baik tah ditunaikan karang. Sebelum sembahyang, pastikan anda sudah mengambil air sembahyang. Karang inda sah sembahyang atu. Masa sembahyang atu jangan berkantut. Satu, takut batal sembahyang. Dua, takut bebau bilik karang.

Apa khabar anda? Harap-harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kalau anda sakit, saya doakan anda supaya cepat sembuh. Banyak-banyak makan bawang putih saja, Insya-Allah sihat nanti tu. Kalau inda pandai makan bawang putih, makan buah limau saja.

Pada episod kali ini, malangnya Haji Sabtu tidak dapat datang ke studio pasal ada majlis bebadak di rumahnya. So payah ia kan escape katanya. Maka, saya Haji Julai akan menjadi hos sementara bagi rancangan Menyingkap Kain Sarung pada malam ini. Sebenarnya saya hanyalah seorang tukang sapu di studio ani. Tapi oleh kerana sudah terdesak, maka produser rancangan ani pun main hantam saja lah. Last minute plan bah.

Baiklah tanpa membuang masa, sekarang mari kita teruskan dengan sambungan pada episod minggu lepas mengenai nasi katok. Di hujung rancangan minggu lepas, kita tidak sempat menyaksikan sesi temubual krew kami dengan "Raja Nasi Katok" atau nama sebenarnya, si Awang Tampoi. Sekarang mari kita lihat:

***
krew: Assalamualaikum Awang Tampoi.

Awang Tampoi (AT): Waalaikumsalam. Apa hajat abiskita ani? Mun minta belanja nasi katok, sori ah. Duduk tah jauh-jauh.

krew: Bukan minta belanja. Jangan cematu ehhh. Kami ani sebenarnya krew rancangan menyingkap kain sarung.

AT: Lahhh pikir rancangan Brunei Siuk. Jadinya mun bukan minta belanja, apatah hajat kamu ani?

krew: Kami ani kan bertanya pasal asal usul nasi katok. Dangar cerita kita ani pakar dalam hal ani.

AT: Ah atu hajat abiskita rupanya. Memang abiskita ani mengaga arah orang yang batul. Aku ani mun kan tau, kana galar sebagai "Raja Nasi Katok". Segala jenis nasi katok yang ada di Brunei ani pernah ku makan. Jangan inda galat. Mun pasal asal usul nasi katok ani, huh. Jangan ku dicabar. Akutah professor dalam hal ani!

krew: Banarwahhhh. Mun miatu bah mulakan tia.

AT: Awal ani kah? Berakam kah ni? Cemana usulku? Hanksome?

krew: Awu hanksome. Kalah Bradley James.

AT: Bradley James? Siapa kan tu? Ahhh atu inda penting, yang penting aku lagi hanksome dari ia lah. Baiklah ceritanya cemani.

Pada zaman dahulu kala, kira-kira tahun gajah lah tu. Ada seorang buajah yang bernama Kajah Lauyah baru kematian lakinya. Kajah Lauyah ani inda beranak. Setelah kematian lakinya atu, kajah Lauyah ani kira hilang punca pencarian lah. Mula-mula kan membunuh diri ya, kan terajun ke sungai. Tapi sebelumnya terajun, kana datangi tia oleh pari-pari. Pari-pari yang macam cerita sinderella ah. Tau jua kamu tu. Yatah kekajutan kan ya Kajah Lauyah ani sampai sikit lagi telucut kain sarungnya.

krew: Errr banar kah ni cerita ani?

AT: Eh dangar dulu. Alum lagi ku abis becerita kau ani. Pari-pari atu datang kan menulung kajah Lauyah. Maka dibaginyalah sebuah tudung dulang sakti arah Kajah Lauyah.

"Kau masak seperiuk nasi, lapas atu kau tutup dengan tudung dulang ani. Katuk lantai mu sebanyak tiga kali, maka di sebalik tudung dulang atu akan terhasillah satu masakan yang amat sedap sehingga menjilat jari sampai kalah ayam KFC"nya pari-pari atu.

Lapas atu pari-pari atu pun chow. Mula-mula Kajah Lauyah inda pecaya dengan kata pari-pari atu. Tapi sudah dicubanya mengikut arahan si pari-pari atu, tebangang ia tarus. Memang sakti tudung dulang atu. Seperiuk nasi atu antah macamana tiba-tiba betukar menjadi 50 nasi bungkus siap dengan ayam-ayam gorengnya dan sambalnya. Nyaman lagi tu. Maka ia pun membuka bisnes nasi bungkus. Oleh kerana ia mesti mengatuk masa memasang tudung dulang atu, maka digalarnya lah "Nasi Katok".

Krew: ohhhh cematu. Tapi boleh dipercayai kah ni ceritanya ah?

AT: Awu, inda pecaya kau ani. Jiran sebalah rumahku Kajah Halus keturunan Kajah Lauyah yang bepadah cerita ani arahku. Mun inda pecaya, jangan pulang. Bah, kan makan nasi katok jua ku ni. Agatah balik. Balik!

***
Begitulah berakhirnya temubual kami dengan Awang Tampoi. Namun kami musykil sedikit dengan ceritanya. Macam pembual jua usulnya kedia atu. Maka kami pun meneruskan lagi pencarian kami dalam mencari kebenaran "asal-usul nasi katok".

Oh malangnya, masa kita sudah habis. Terpaksa tah disambung lagi siri ani ni ke episod minggu depan ni. Harap-harap para penonton tidak berduka. Barangsiapa yang berduka, alamat beruban lah rambut kamu tu macam nenek kebayan.

Baiklah akhir kata dari saya, assalamualaikum, selamat malam dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap seseuka hati." Jangan lupa saksikan sambungan siri ini pada minggu hadapan di hari dan waktu yang sama. Babai!

Friday, November 6, 2009

Menyingkap Kain Sarung: Nasi Katok siri 1

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para penonton sekalian. Ya, setelah sekian lama rancangan Menyingkap Kain Sarung menghilang, Alhamdulillah, bertemu kita kembali dalam sebuah lagi edisi Menyingkap Kain Sarung yang sentiasa memaparkan isu-isu hangat di Negara Brunei Darussalam. Bukannya apa tu rancangan ani batah menghilang atu. Produser kami berbulan madu di Hawaii sama 4 orang bininya bah.

Apa khabar anda pada malam ini? Harap-harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Banyak-banyak saja minum jus oren, Insya-Allah anda akan immune daripada segala penyakit. Kecuali sakit hati. Jangan diamalkan tu sakit hati atu. Ubatnya, bawa saja beristighfar.

Ya sekiranya anda masih ingat, saya, Haji Sabtu seperti biasa akan menjadi hos bagi rancangan no.2 paling popular di Brunei ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Haji Jumat dan Haji Kamis yang telah berbesar hati sudi menjadi hos sementara bagi rancangan menyingkap kain sarung ini pada siri Poklen yang lepas, walaupun sebenarnya kamu atu kana pajal oleh produser sampai terpaksa dibelanja teh c ping special barutah kan mau. Inda ikhlas kamu ani.

Baiklah, tanpa membuang masa, saya akan memaparkan isu yang akan kami kemukakan pada episod kali ini. Tapi sebelum atu, jawab dulu soalan ani. Makanan apa yang murah, nyaman dan kana bungkus dalam bentuk piramid? Jawapannya apanah? Nasiii Katokkk. Sekiranya anda menjawab dengan betul, maka anda besar kemungkinan adalah seorang peminat nasi katok number one. Sekiranya jawapan anda salah, maka makan lah lagi ikan salmon banyak-banyak. Insya-Allah lemak omega 3 yang terkandung dalam ikan salmon atu akan mempertingkatkan lagi tahap IQ anda.

Ya itulah dia isu untuk episod Menyingkap kain sarung kali ini. Fenomena nasi katok ini telah melanda di negara ini sejak beberapa tahun yang lalu. Bagaimanakah ianya bermula? Dan mengapakah ia digelar nasi katok dan bukannya nasi latok atau nasi patok? Itulah yang akan kami coba bongkarkan dalam episod kali ini.

Untuk membantu kajian kami, kami telah menebual seorang buajah yang hanya ingin dikenali sebagai Britney. Nama sebenarnya inda ia mau membagi. Belabih banar orang tuanya atu. Tanpa membuang masa, mari kita saksikan temubual berikut.

***
krew: Assalamualaikum buajah.

Buajah: Waalaikumsalam. Ih, sudah jua ku bagitau, jangan panggil aku buajah. Panggil saja Britney.

krew: Errrrr... Bah Buajah Britney tah.

Britney: Britney saja!

krew: Ok bah manasajatah, asal kita bahagia. Anubah, kami dangar kita ani pakar dalam hal nasi katok ani. Yatah, kan mendangar jua kami jua tu cemana asal usulnya.

Britney: Ohhhh miatu wang. Baju kurung sama baju kebaya bekatok ani asalnya...

krew: Eh eh, buajah. Eh salah, buajah tia pulang. Britney, kami betanya pasal nasi katok. Bukan baju kurung bekatok.

Britney: Awuuuu, yatahnah ni wang. Kan becerita jua ku ni. Baju kurung sama baju kebaya bekatok ani sebanarnya.. Bla bla bla... Kadai Hajah Minah di Lumapas... Bla bla bla.. bemanik-manik... bla bla bla.

***
Ok. Temubual atu nampaknya inda berapa berjaya. Lain yang kami cari, lain yang kami dapat. Rupa-rupanya kami menebual orang yang salah. Buajah Britney merupakan pakar dalam hal baju baju kurung bekatok dan bukannya nasi katok. Malang sungguh nasib krew kami yang terpaksa mendangar kunyanyang buajah Britney yang dari awal sampai habis becerita pasal baju kurung bekatok. Menjaga hati orang tua lah tu kononnya. Nasib jua anak-anak dara buajah Britney atu lawa, mun inda awal sudah kali krew kami atu chow.

Sungguhpun kami menemui kegagalan dalam temubual yang pertama, tapi kami tidak mengaku kalah. Setelah sepurnama mencari, akhirnya, kami berjaya menemui seorang yang pakar dalam nasi katok. Menurutnya, dia dikenali sebagai "Raja Nasi Katok", pasal tiap-tiap hari siang dan malam sentiasa makan nasi katok. Sekarang mari kita lihat temubual kami bersama Raja Nasi Katok, atau nama sebenarnya Awang Tampoi.

Oh malangnya masa kita sudah suntuk. Nampaknya temubual kami dengan Awang Tampoi terpaksa disiarkan pada episod minggu depan. Harap-harap anda semua jangan marah. Kalau marah, cepat bekeradut. Bida tia mua kamu karang. Kalau mua kamu bida, nada tia orang mau masuk meminang.

Baiklah, akhir kata dari saya, Assalamualaikum, selamat malam dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap sesuka hati". Ok saya chow dulu, kan makan nasi katok! Jangan lupa, saksikan sambungan siri ini pada minggu hadapan!


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More