Your Thoughts


Monday, August 22, 2011

Menyingkap Kain Sarung: Baga part 2

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan selamat kemunapan saya ucapkan kepada para penonton sekalian. Apa khabar anda pada malam ini? Sehat? Demam? Selesma? Sakit kepala? Ngalih? Sakit jantung? Kan mati rasanya? Kalau rasanya sakit, saya sarankan anda berjumpa doktor, dukun atau bomoh yang berdekatan. Inda jua siok rasanya kalau meliat rancangan Menyingkap Kain sarung time sakit sakit.

Pada malam ini, malangnya Haji June tidak dapat menemani anda kerana isteri beliau baru saja ditahan hospital kerana tercekik tulang ikan pari. Insya-Allah beliau akan kembali semula pada episod minggu hadapan. Tetapi jangan khawatir kerana saya, Hajah Sarbanun yang cantik cek mek molek akan menjadi hos sementara anda pada malam ini. Dengan kambangnya, saya begitu bangga menjadi hos wanita pertama buat rancangan Menyingkap Kain Sarung ini.

Baiklah tanpa membuang masa lagi, rancangan Menyingkap Kain Sarung kali ini akan menyambung episod minggu lepas mengenai 'Baga' atau 'burger'. Sekiranya anda ter-miss episod tersebut kerana mungkin anda sedang menghadiri majlis tedarus Haji Takung atau sedang menyukat kain di kadai Hajah Limah kan dijadikan baju kurung atau sedang mencari-cari selipar jepun anda yang mungkin kana curi di masjid atau lepak di coffee bean pasal kan escape sembahyang terawih atau yang sewaktu dengannya anda bolehlah melayari laman web kami, www.kainsarungtesingkap.com.bn untuk catch-up episod-episod yang lepas.

Ya, pada episod kali ini siri Menyingkap Kain Sarung akan meneruskan temurah bersama 'Raja Baga Brunei' yang tidak sempat kami pertontonkan kepada anda. 'Raja Baga Brunei' atau nama sebenarnya Haji Alex merupakan seorang penggemar baga sejak umurnya 1 bulan. Banar atau inda, ia saja yang tau tu. Baiklah oleh kerana kami takut masa habis, mari kita saksikan temuramah bersama beliau.

***
krew: Assalamualaikum Haji Alex. Terima kasih kami ucapkan kerana meluangkan masa bersama kami untuk ditemuramah.

Haji Alex: Waalaikumsalam. Inda apa apa tu, mun namanya kana rasuah baga, mestilah ku mau.

krew: Shhh, jangan bising. Rahsia kitani saja tu.

Haji Alex: Eh sorry sorry. Telapas tia.

krew: Anyway... kita ani dikenali sebagai 'Raja Baga Brunei'. Apakah sebab musababnya kita kana galar dengan nickname atu?

Haji Alex: Oh pasal atu. Mun sudah kana galar raja atu ertinya segala macam baga sudah sudah ku makan di Brunei ani. Kalau ada garai baga baru beniaga di Brunei ani, wajib ku aga sama ku rasa tu. Nyaman inda nyaman, peduli ya. Meskipun rasanya macam taie. Yang penting aku pernah merasa.

Aku ani ah, hari-hari makan baga. Sarapan baga, lunch baga, dinner pun baga.

Hobby ku paling suka bagaru. atu pun bunyinya sudah macam baga.

Krew: Ah, bagaru? apa kan tu?

Haji Alex: Eh inda pemahaman kau ani, sekulah saja tinggi. Bagaru ani BERGARU bah. Kalau kau gatal, kau garu. Paham?

Krew: Ahhhhh bergaru. Ih, nada tinggi sekulah ku kita ani eh. Dua tingkat jua ganya perasanku.

Haji Alex: Penyeluru pisinnya kau ani ah. Baik jua kau rasuah aku baga arahku tadi. Mun inda ku taing sudah.

Krew: Shhhh. Bising kita ani. Kedapatan tia karang ku merasuah kita.

Haji Alex: Eh sorry sorry. Pandai pandai kamu cut saja nanti ah.

Krew: Baiklah untuk soalan terakhir. Apakah pendapat kita pasal peningkatan penjualan baga di Brunei baru baru ani?

Haji Alex: Eh payah menjawab ni soalan ani. Pasal aku pun turut musykil jua pasal perkara ani. Aku ani tau makan saja yang banarnya. Mungkin pasalnya ramai peniaga baru sadar yang bisnes baga ani begitu menguntungkan. Lapas atu, macam sudah banyak gerai atau kadai baga kana buka, dengan sendirinya para pembeli pun turut tia jua benafsu kan membali baga.

Lagipun macam macam bah baga kana jual di Brunei ani. Harga pun berpatutan.

Krew: Mungkin banar jua pendapat kita atu. Tapi sebenarnya aku ada lagi soalan terakhir.

Haji Alex: Eh kau ani, ada ada saja. Tadi kata soalan terakhir, ani ada tia lagi.

Krew: Bukan jua bah, hairan ku meliat badan kita ani. Kuat makan baga, tapi badan fit.

Haji Alex: Haish kau ani. Orang malar ke Bukit Shahbandar kali ah. Baga baga jua, kesihatan mesti dijaga! Bah ada lagi soalan?

Krew: Mungkin atu saja kali. Terima kasih lagi kami ucapkan kepada kita pasal sudi meluangkan masa.

Haji Alex: Sama-sama.

***

Ya begitulah berakhirnya temuramah kami bersama Haji Alex atau 'Raja Baga Brunei'. Inda sangka panjang jua rupanya interview sama ia atu. Tetapi sungguh menarik perspektif beliau mengenai fenomena bisnes baga di Brunei ini.

Nampaknya kita kesuntukkan masa lagi. Tadi kan meneruskan interview kami sama orang ramai pulang. Tetapi oleh kerana interview bersama Haji Alex panjang banar, inda lah sampat kami liatkan. Boleh jadi lupa bercut tu interview sama Haji Alex atu.

Baiklah, jangan lupa untuk menyaksikan sambungan siri Menyingkap Kain Sarung pada minggu hadapan pada waktu dan hari yang sama. Insya-Allah Haji June akan kembali semula untuk menemani anda dan saya pula akan kembali bekerja sebagai tukang pembancuh kopi bagi krew rancangan Menyingkap Kain Sarung. Maka dengan itu sekian, selamat tinggal saya ucapkan dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap sesuka hati".

Monday, August 15, 2011

Menyingkap Kain Sarung: Baga Part 1

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan selamat munap saya ucapkan kepada para penonton sekalian. Bagaimana dengan perkhabaran anda pada malam ini? Saya harap semuanya sehat sehat sahaja dan dijauhi daripada segala penyakit angin-anginan. Bagaimana pula dengan Ramadhan anda? Full puasa? Kalau full, Alhamdulillah dan syabas saya ucapkan. Tapi kalau kamu tapuk tapuk kurik hidung sebelum waktu sungkai, bah, antam tah kamu disana.

Ya, setelah setahun tidak on air, kini rancangan Menyingkap Kain Sarung kembali dengan wajah baru yang menjanjikan episod episod yang lebih menarik, tertarik dan memang the bomb. Pada malam ini, saya, Haji June akan menjadi hos anda. Hos-hos sebelum ini, Haji Khamis, Haji Jumat dan Haji Sabtu tidak lagi akan dapat menemani anda setelah dipecat kerana ramai orang yang mengomplen mereka inda cukup hensem untuk jadi hos rancangan Menyingkap Kain Sarung.

Khabarnya Haji Jumat pada masa ani bekerja sebagai jurujual Coffee Bean di Times Square manakala Haji Khamis baru diterima kerja sebagai penggunting rambut di kedai gunting Ajib. Dan Haji Sabtu pula masih lagi menunggu interview di pejabat pos untuk menjadi pelakat stem. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada abis dorang.

Baiklah untuk tidak membuang masa lagi, Menyingkap Kain Sarung akan memaparkan sebuah isu yang menarik untuk episod kali ini. Harap-harap anda inda akan taisliur apabila saya menyebut isu yang ingin saya paparkan.

"Baga" atau Burger. Anda tau burger? Kalau inda tau burger, bukantah namanya manusia kamu atu.

Ya, atutah isu yang ingin kita kupas untuk episod malam ani. Mengenai dengan baga. bukan bagaru (bergaru), tetapi baga (burger). Macamana? Bebunyi tarus parut sesudah mendangar perkataan baga atu? Begagar nafsu? Menitis aying liur? Kampis semula parut? Lapar semula walaupun sungkai inda beranti tadi? Sudah nyangku, memang membagi taisliur. Kalau ada gerai baga hampir rumah abiskita, agatah membali tetapi abiskita akan rugi kerana inda dapat meliat Menyingkap Kain Sarung. Maka, sia sia pun tah saja. Karang membali baga atu.

Bisnes baga sejak kebelakangan ani mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai di Brunei. Ahoa Burger, Ahad Burger, Kapow burger dan Hommed baga adalah diantara beberapa premis baga yang terkenal di kalangan penduduk Brunei.

Fenomena bisnes baga yang meningkat secara mendadak ini membuatkan krew menyingkap kain sarung musykil. Apakah yang menyebabkan baga begitu popular baru baru ini? Untuk mencari kepastian, kami telah menerumah manager Boom Boom Pow Burger, Awang Haji Apoi. Mari kita dengarkan pendapat beliau mengenai perkara ini.

***
krew: Assalamualaikum tuan haji. Mula-mula kami ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual dan jua membagi kami baga free. Nyaman eh. Inda kami tahan, tepaksa jua sungkai awal ani kan memakan baga kita ah. Nanti tah kami membayar puasa kami ani, apa jua sehari.

Haji Apoi: Waalaikumsalam. Eh, ok tu bro, no worries bro. Dusa tanggung sendiri tu bro ah.

krew: Boleh tuan haji ceritakan sedikit pasal kadai baga abiskita ani?

Haji Apoi: Bro...bro... Please bro... Jangantah betuan haji arahku. Muda ni masih aku ani bro. 50 tahun. Alum pencen bro. Ia cemani tu ceritanya bro, Boom Boom Pow Burger ani baganya lain dari yang lain. Sebab atu ramai customer malar betandang ke gerai kami ani bro.

Baga kami ani bro, inda tedapat di kadai baga lain ni bro. Mau burger ikan masin? Kami ada bro. Burger itik gembo gembo bro? Pun ada. Inda pernah merasa burger kurma? Kami ada menyediakan. Jangan watir bro.. Sabut saja apa, gerenti kami ada bro. Yang nada pun bulih jadi ada. Jadinya siapa yang rasa-rasanya taisliur, bah datangtah ke gerai no. 42 di stadium atau pigi tarus ke kadai kami di Mulaut, di sebalah kadai badil si Ah Kok.

Krew: Jadinya apa pendapat tuan Haji bro... eh Haji Bro tia pulang. Anu...apa pendapat tuan Haji pasal bisnes baga yang makin popular masa ani di brunei.

Haji Apoi: Inda merati kau ani bro, masih jua mau betuan tuan atu. Haish... Mau tau apa pendapat ku bro? Tiga M bro, tiga M. Murah, Mesra, Memuaskan. Baga-baga yang kana jual Murah dari kadai makanan segera. Penjualnya selalu Mesra pelanggan. Lain mesranya bro. Dan jua, baga ani Memuaskan parut pelanggan. Ingat tu bro, tiga M. Tiga M.

***
Ya begitulah pendapat Awang Haji Bro yang suka terbro bro. Eh maafkan saya. Bukan Haji Bro tetapi Haji Apoi. Masih saya tekonpius barangkali pasal ia suka terbro-bro atu. Dari apa yang kita dapat, menurutnya, tiga M tersebut merupakan faktor yang mungkin menyebabkan baga sebagai sebuah makanan ringan yang semakin popular di kalangan penduduk Brunei.

Seterusnya, kita tanyakan pula pendapat dari seorang penggemar baga yang mengaku dirinya sebagai "Raja Baga Brunei" kerana menurut beliau, hidupnya adalah untuk baga. Makan baga, tidur baga dan minum baga.

Tetapi malangnya anda terpaksa menunggu episod minggu hadapan untuk menyaksikannya temubual tersebut kerana masa siaran kita sudah hampir hampir tamat. Harap harap para penonton tidak berasa kecewa, marah dan jangan hampa sehingga membuat rusuhan besar-besaran di Bandar Seri Begawan. Apa jua ganya menunggu seminggu, atupun inda tahan kah.

Baiklah untuk mengakhiri episod kali ini, Assalamualaikum, selamat malam, selamat berpuasa dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap seseuka hati." Jangan lupa untuk menonton episod seterusnya!


Back?





""Tuesday, August 3, 2010"tahu kau tu tarikh apa?"as tweeted by Mr. Khai on 10th of August. Hmmm 3rd August 2010. Mula-mula berfikir jua ku tarikh sempena apa. Tarikh lahirnya? Tarikh pertunangannya? Tarikh pernikahannya? Tarikh lahirku? Aiii, impossible jua tarikh lahirku pasal setahuku aku bukan August baby.

And finally it struck me (kalau arah kartun tu, marak lampung atas kepala. antah darimana datang lampung atu, inda ku tau.). Aku pun menaip www.boredombin.blogspot.com. So aku pun mencheck blog post ku paling last sekali. "Tuesday, August 3, 2010".

Nyangku, banar.

A year ago rupanya post terakhir ku.

Bukan Mr. Khai saja yang mention pasal blog ku. Masa lepak di coffee bean a week ago, Mr. Ruj pun mengemukakan statement yang hampir hampir sama. "Apa boredom bin mu ah. Nada beupdate."

Pasal apa inda beupdate? At one point, aku ada rasa kan quit blogging since inda tekabir and inda se-active dulu (especially during the early years of blogging). Tapi obviously since kana tanya pasal blogku, masih ada a few followers yang visit Boredombin.

Well guess what? Boredombin will get a new makeover and a fresh start. So, cerita ku Twilight part 1 atu inda ku sambung (macam bangas sudah kan). Tarus buat cerita barulah. And kali ani, hopefully i can update regularly and attract new followers.

So, stay tune! and thank you for following my humble blog!

ps: khairul and rujhan jangan marah aku pakai nama kamu! hahaha


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More