Your Thoughts


Saturday, January 23, 2010

Happy Belated New Year

Selamat tahun baru Masihi 2010 dan tahun baru Hijrah 1431. Atu ahir membuat ucapan tahun baru. Since masih bulan January dan bulan Safar, kira valid lah masih ucapan tahun baru ku ani kali. Macam batah kan inda berupdate blog ku ani. Aku buka pun, behabuk bah sudah blog ku ani. Tepaksa ku sapu dulu sama duster sampai teberasin-berasin hidungku. Baik jua inda kana selesma babi. Secara terus terang tah ku bagitau, aku yang sebenarnya kekeringan idea. Umpama tong sampah inda kana isi dengan sampah sarap. Atau umpama beg duit inda berduit. Jangankan duit, uras pun nada. Atu alasan nombor satu. Alasan nombor dua, aku sebenarnya sibuk. Sibuk memikirkan masa depan. Macam banar.

Tutup mata, buka mata, tutup mata, buka mata, kurik hidung & garu ketiak inda sadar sadar tahun baru tia sudah. Makin tua sudah rupanya aku ani. Tapi masih maintain hensem lah. Kalau diikutkan masa 10 tahun yang lalu, aku ani cuma seorang kanak-kanak yang hanching. Masa atu aku masih belajar dalam darjah enam, periksa PCE.

Siok eh time kanak-kanak dulu atu. Masa bersunat saja inda siok. Tapinya masa ani ulah masih jua macam kanak-kanak, walaupun umur ani inda lagi batah kan maghrib. Jiwa ani sentiasa muda dan happy. Kalau jiwa ani selalu dilanda kemurungan, selalu emosi & overly sensitif, mua pun jadi sanang bekeradut. Mun sudah bekeradut, siapa kan meminang? Jangankan putera raja, penganggur pun inda mau meminang kali. Haha labih. Anyways, atu tah prinsip hidupku. Ceria ceria selalu.

Masa ku menaip ani pukul 3 pagi di UK. Mata ku kalat sudah yang banarnya. Tapi menurut firasat hatiku, aku mesti update blog ku ani awal ani jua. Demi pembaca. Atupun kalau ada yang sudi membaca. Yang banarnya aku nada cerita baru kan dikongsikan. Sudah nyangku, kering kontang ideaku. Maka, sebagai penggantinya, aku ceritakan lah sikit pasal tahun 2009. Macam-macam kisah yang terjadi arahku masa tahun 2009 ani. Ada ada saja.

Inda ikut timeline ni listnya ani. Nada ikut ranking jua ni.

1. January 2009 (Kalau ku inda silap). Masa on the way balik dari Oxford (berjumpa si Kamilin, si Wafi, si Mai & si Onn) aku terstuck dalam train selama sejam setangah, pasal salji turun labat. Bayangkan masa atu betapa boringnya aku menunggu dalam train atu. Laptop habis battery, so nada entertainment. Aku lagi travel sorang-sorang, so nada dangan kan becerita. Last-last aku sampai balik ke rumah pukul 10 malam.

2.February 2009. Aku baru keluar dari rumah kan bejumpa kawan di library. Masa atu pukul 7 malam kali. Yatah masa ku keluar ani, ku liat di rumah sebalah ku ani ada dua gadis manis orang putih diri-diri. Mungkin menunggu kawan durang kali. Sekali one of them memanggil aku.

"Hiya, i need your help. My friend here is going to have a date. What do you think of her dress? (pointing to her friend's breasts). Should it be lower or higher?"

Sekali aku jawap, "Erm. I think the lower, the better."

"See, I told you! You look better if you lower it a bit (arah kawannnya)"

Atu random berabis.

3. April 2009. Masa main touch rugby di Loughborough, akibat belari sampai inda sampat beranti, kepalaku terlanggar tong sampah(aluminium lagi tu). Baik jua luka damit saja. Nasib, nasib. Mun pacah kepala? Nauzubillah.


lapas the accident


sekali kana plastar ganya.

4. April 2009. A really close friend of mine (you know who you are) membagi aku three packets of Fisherman's Friends apple & cinnamon flavor (kegemaran ku). Kana terabangkan khas dari Brunei ke UK melalui seorang sahabat jua (you know who you are). So kepada dua orang kawan atu, terima kasih banyak-banyak!

5. July 2009. Dalam bulan ani, secara rasminya rambutku inda begunting selama 9 bulan. Paling panjang pernah ku simpan dalam seumur hidupku. Tapi inda batah atu, aku gunting pasal kana salah anggap sebagai bini-bini. Masih ku ingat tu apa yang kana cakapkan arahku "Munnya bini-bini, lawa ni."

9 bulan inda bergunting

6. July 2009. My family datang ke UK seminggu sebelum aku balik ke Brunei sama durang. Having your family around you is fun. Membawa durang jalan-jalan. Tapi yang paling siok lah, makan masakan mama setelah 9 bulan inda merasa masakkannya.



7. June 2009. Belayar ke Norway. Kulitku yang galap, bertambah galap masa ku disana akibat terlampau expose dengan cahaya matahari. Tapi masih maintain hensem lah.


lepak dapan opera house di Oslo.

8. April 2009. Champions League Semi-Final. Arsenal Vs Man Utd. Aku liat the match arah rumah abangku di Loughborough. Bayangkan dalam rumah atu aku saja seorang Arsenal Supporter. Yang lain dangan meliat ani semua Man Utd fan. Apa lagi, aku kana bomb lah. Lurus-lurus lagi Arsenal kalah malam atu. Panas telinga mendangar durang bersorak.

9. June 2009. Student ID & bus pass ku tercicir. Nasib jua bus pass atu kan expire dalam dua minggu. Mun inda, kepisan membayar kalau membuat yang baru. Tapi student ID terpaksalah aku buat yang baru. 10 pounds terabang lah. Syabas.

10. September 2009. Masa puasa aku sungkai dengan kawan-kawan di restoran Serikandi. Lapas habis makan, out of nowhere ada seorang kawan ani (namanya si Amal Zafirah haha) tiba-tiba muncul. Ia sepatutnya di Oz masa atu. Kami inda expect ia balik ke Brunei. Bayangkan betapa bangangnya (dengan reaction masing-masing) kami masa meliat ia masuk ke restoran atu tanpa rasa bersalah. Atu baru the biggest surprise ever. Rupanya ia berkomplot dengan si Wafi yang sedang sungkai sama kami.

Surprise, surprise. (gambar yang ku curi dari fb si Wafi)


So there you go.Kalau dipikirkan balik-balik, semua yang terjadi pada tahun 2009 atu macam baru kelmarin bah. Laju masa atu berlalu. Ani tahun 2010 tia sudah. Inda ku tau apa lagi karang kisah-kisahnya ni tahun 2010 ani. Apa-apapun harap-harap tahun 2010 ani semua orang upgrade diri masing-masing. Belajar dari kesilapan tahun lapas. Siapa yang ada azam baru atu, jangan hangat-hangat tayi ayam.

Ani mungkin post ku yang terakhir. Lapas ani mungkin aku inda lagi menyambung Boredom Bin, pasal inda lagi tekabir blog ku ani. Atau mungkin Boredom Bin ani berehat buat sementara waktu. Apa-apapun, thanks to everyone yang sudi membaca blogku ani. Akhir kata dari aku, have a great year & Assalamualaikum.

Tuesday, January 5, 2010

Menyingkap Kain Sarung: Nasi Katok siri 3

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan salam muhibah saya ucapkan kepada para penonton yang manis menawan lagi budiman. Bagaimana dengan perkhabaran anda pada malam ini? Saya harap anda semuanya berada dalam keadaan seratus-peratus sihat tanpa sebarang penyakit. Tetapi sekiranya anda kurang sihat, saya sarankan anda supaya menyihatkan diri dengan banyak-banyak meminum air botol Sehat.

Ya, anda pasti perasan dan tertanya-tanya mengapa rancangan Menyingkap Kain Sarung ini tidak ke udara selama sebulan. Yang sebenarnya CEO kami inda mampu membayar bil elektrik pada sebulan yang lalu, yatah studio inda dapat dipakai pasal elektrik kana putung. Mun sudah inda bekaran, manalah dapat rancangan Menyingkap Kain Sarung ani on air.

Tetapi kami bernasib baik, kerana jiran sebelah rumah CEO kami, Haji Takung yang dermawan lagi menawan dengan berbesar hati mahu meminjamkan sejumlah daripada wangnya untuk membayarkan hutang bil elektrik bagi studio ini yang sudah tinggi menimbun umpama gunung Kinabalu. Maka dengan itu Haji Takung, saya, Haji Sabtu, sebagai wakil rancangan Menyingkap Kain Sarung, ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas bantuan tersebut walaupun yang sebenarnya abiskita atu inda ikhlas kan meminjamkan usin pada mulanya.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf dan ampun beribu ampun kepada semua penonton diatas ketidak munculan kami selama sebulan di kaca televisyen. Harap-harap tidak ada diantara penonton yang menyamal semasa ketiadaan kami. Jangan kuat menyamal ani, karang jadi babal.

Baiklah tanpa membuang masa lagi, rancangan Menyingkap Kain Sarung kali ini akan menyambung lagi siri Nasi Katok yang alum pandai habis-habisnya sedari dua episod yang lepas. Ya, pada dua episod yang lepas, krew rancangan kami telah cuba mengupas asal usul nasi katok. Sekiranya anda termiss kedua-dua episod tersebut, anda boleh menontonnya dengan membeli DVD Menyingkap Kain Sarung cetak rompak di kedai komunis atau di kedai-kedai DVD cetak rompak yang berdekatan dengan rumah anda.

Dalam episod-episod tersebut, krew kami telah gagal mengorek cerita asal-usul nasi katok yang sahih kerana kami telah menemubual orang-orang yang salah dan inda bulih diharap. Oleh kerana itu, krew kami pun berputus asa dan akhirnya kami pun mengalah. Maka dengan itu, sekiranya anda ingin tahu akan kebenaran asal-usul nasi katok, pandai-pandai lah buat kajian sendiri. Selamat maju jaya saya ucapkan.

Untuk siri kali ini, kami akan menunjukkan tiga klip eksklusif dimana kami telah membubut dan menguyung tiga orang yang tidak bersalah untuk ditemubual. Dalam temubual tersebut kami telah bertanya akan soalan-soalan yang berkaitan dengan nasi katok. Tanpa membuang masa lagi, ayo mari kita saksikan temubual-temubual tersebut.

***
Krew: Assalamualaikum.

Orang 1: Waalaikumsalam. Eh dari Brunei siuk kah ni?

Krew: Ih bukan ih. Kami ani dari rancangan Menyingkap Kain Sarung yang famous ah.

Orang 1: Owh, rancangan Menyingkap Kain Sarung... Inda pernah ku dangar pun. Channel berapa kan tu?

Krew: Antah, sendiri tah abiskita mencari channel berapa nanti tu. Inda banyak masa ku ni kan membagitau... Anyways, kami ani kan menebual abiskita pasal nasi katok. Apa pendapat kita pasal nasi katok ani?

Orang 1: Minta maap tah ku wang. Aku ani Vegetarian, jangantah kau tanya aku. Inda ku pernah makan nasi katok ani.

***
Ternyata, temubual yang pertama diakhiri dengan kegagalan. Tapi tidak mengapa, kita masih
ada dua buah klip lagi untuk dikongsikan. Sekarang mari kita lihat temubual yang kedua.

***
Krew: Assalamualaikum.

Orang 2: ....

Krew: Adih inda mau menjawab salam ni... Tau kita kami ani dari rancangan mana...?

Orang 2: .....

Krew: Adih jual mahal ni, inda mau menjawab!!! BABAU KAH?!!

Orang 2: *menangis*

Krew: Astah, menangis tia pulang. Yo cameraman, cemana ni?? Apa patut ku buat??

Cameraman: Yang kau asi-asi kan interview BABY atu behapa? Macamtah ia merati becakap. Pandai-pandai tah kau mendiamkan tu eh. Lari ku dulu, marah karang mamanya. Bye!!

Krew: oi oi, jangan tinggalkan aku!! Makin kuat menangisnya ah!!

***
Aduhhhh, nampaknya krew kami menemui kegagalan sekali lagi. Inda dapat diharap abisdurang ani. Makan gaji buta tah banar. Tapi jangan khawatir, kita masih ada sebuah lagi temubual untuk kita saksikan bersama. Sekarang mari kita lihat.

***

BLANK SCREEN

***
Oh malangnya kita tidak dapat menyaksikan temubual yang ketiga tersebut, kerana cameraman masa hari atu lupa menekan butang record. Padantah blank screen. Mati eh, inda dapat diharap durang ani. Ada-ada saja masalahnya.

Nampaknya itu saja masa yang kita ada. Saya harap para penonton berasa puas hati dengan siri kali ini yang berkisarkan mengenai nasi katok walaupun banyak FAIL. Tapi tidak mengapa, Insya-Allah pada siri-siri yang akan datang, kami akan mengupas pula topik-topik lain yang jauh lebih mengasyikkan. Akhir kata dari saya, Assalamualaikum, selamat malam dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap seseuka hati." Semoga berjumpa lagi di siri yang akan datang.




ps: Amalina Isa, nah belated birthday gift untukmu :p

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More