Your Thoughts


Monday, August 22, 2011

Menyingkap Kain Sarung: Baga part 2

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan selamat kemunapan saya ucapkan kepada para penonton sekalian. Apa khabar anda pada malam ini? Sehat? Demam? Selesma? Sakit kepala? Ngalih? Sakit jantung? Kan mati rasanya? Kalau rasanya sakit, saya sarankan anda berjumpa doktor, dukun atau bomoh yang berdekatan. Inda jua siok rasanya kalau meliat rancangan Menyingkap Kain sarung time sakit sakit.

Pada malam ini, malangnya Haji June tidak dapat menemani anda kerana isteri beliau baru saja ditahan hospital kerana tercekik tulang ikan pari. Insya-Allah beliau akan kembali semula pada episod minggu hadapan. Tetapi jangan khawatir kerana saya, Hajah Sarbanun yang cantik cek mek molek akan menjadi hos sementara anda pada malam ini. Dengan kambangnya, saya begitu bangga menjadi hos wanita pertama buat rancangan Menyingkap Kain Sarung ini.

Baiklah tanpa membuang masa lagi, rancangan Menyingkap Kain Sarung kali ini akan menyambung episod minggu lepas mengenai 'Baga' atau 'burger'. Sekiranya anda ter-miss episod tersebut kerana mungkin anda sedang menghadiri majlis tedarus Haji Takung atau sedang menyukat kain di kadai Hajah Limah kan dijadikan baju kurung atau sedang mencari-cari selipar jepun anda yang mungkin kana curi di masjid atau lepak di coffee bean pasal kan escape sembahyang terawih atau yang sewaktu dengannya anda bolehlah melayari laman web kami, www.kainsarungtesingkap.com.bn untuk catch-up episod-episod yang lepas.

Ya, pada episod kali ini siri Menyingkap Kain Sarung akan meneruskan temurah bersama 'Raja Baga Brunei' yang tidak sempat kami pertontonkan kepada anda. 'Raja Baga Brunei' atau nama sebenarnya Haji Alex merupakan seorang penggemar baga sejak umurnya 1 bulan. Banar atau inda, ia saja yang tau tu. Baiklah oleh kerana kami takut masa habis, mari kita saksikan temuramah bersama beliau.

***
krew: Assalamualaikum Haji Alex. Terima kasih kami ucapkan kerana meluangkan masa bersama kami untuk ditemuramah.

Haji Alex: Waalaikumsalam. Inda apa apa tu, mun namanya kana rasuah baga, mestilah ku mau.

krew: Shhh, jangan bising. Rahsia kitani saja tu.

Haji Alex: Eh sorry sorry. Telapas tia.

krew: Anyway... kita ani dikenali sebagai 'Raja Baga Brunei'. Apakah sebab musababnya kita kana galar dengan nickname atu?

Haji Alex: Oh pasal atu. Mun sudah kana galar raja atu ertinya segala macam baga sudah sudah ku makan di Brunei ani. Kalau ada garai baga baru beniaga di Brunei ani, wajib ku aga sama ku rasa tu. Nyaman inda nyaman, peduli ya. Meskipun rasanya macam taie. Yang penting aku pernah merasa.

Aku ani ah, hari-hari makan baga. Sarapan baga, lunch baga, dinner pun baga.

Hobby ku paling suka bagaru. atu pun bunyinya sudah macam baga.

Krew: Ah, bagaru? apa kan tu?

Haji Alex: Eh inda pemahaman kau ani, sekulah saja tinggi. Bagaru ani BERGARU bah. Kalau kau gatal, kau garu. Paham?

Krew: Ahhhhh bergaru. Ih, nada tinggi sekulah ku kita ani eh. Dua tingkat jua ganya perasanku.

Haji Alex: Penyeluru pisinnya kau ani ah. Baik jua kau rasuah aku baga arahku tadi. Mun inda ku taing sudah.

Krew: Shhhh. Bising kita ani. Kedapatan tia karang ku merasuah kita.

Haji Alex: Eh sorry sorry. Pandai pandai kamu cut saja nanti ah.

Krew: Baiklah untuk soalan terakhir. Apakah pendapat kita pasal peningkatan penjualan baga di Brunei baru baru ani?

Haji Alex: Eh payah menjawab ni soalan ani. Pasal aku pun turut musykil jua pasal perkara ani. Aku ani tau makan saja yang banarnya. Mungkin pasalnya ramai peniaga baru sadar yang bisnes baga ani begitu menguntungkan. Lapas atu, macam sudah banyak gerai atau kadai baga kana buka, dengan sendirinya para pembeli pun turut tia jua benafsu kan membali baga.

Lagipun macam macam bah baga kana jual di Brunei ani. Harga pun berpatutan.

Krew: Mungkin banar jua pendapat kita atu. Tapi sebenarnya aku ada lagi soalan terakhir.

Haji Alex: Eh kau ani, ada ada saja. Tadi kata soalan terakhir, ani ada tia lagi.

Krew: Bukan jua bah, hairan ku meliat badan kita ani. Kuat makan baga, tapi badan fit.

Haji Alex: Haish kau ani. Orang malar ke Bukit Shahbandar kali ah. Baga baga jua, kesihatan mesti dijaga! Bah ada lagi soalan?

Krew: Mungkin atu saja kali. Terima kasih lagi kami ucapkan kepada kita pasal sudi meluangkan masa.

Haji Alex: Sama-sama.

***

Ya begitulah berakhirnya temuramah kami bersama Haji Alex atau 'Raja Baga Brunei'. Inda sangka panjang jua rupanya interview sama ia atu. Tetapi sungguh menarik perspektif beliau mengenai fenomena bisnes baga di Brunei ini.

Nampaknya kita kesuntukkan masa lagi. Tadi kan meneruskan interview kami sama orang ramai pulang. Tetapi oleh kerana interview bersama Haji Alex panjang banar, inda lah sampat kami liatkan. Boleh jadi lupa bercut tu interview sama Haji Alex atu.

Baiklah, jangan lupa untuk menyaksikan sambungan siri Menyingkap Kain Sarung pada minggu hadapan pada waktu dan hari yang sama. Insya-Allah Haji June akan kembali semula untuk menemani anda dan saya pula akan kembali bekerja sebagai tukang pembancuh kopi bagi krew rancangan Menyingkap Kain Sarung. Maka dengan itu sekian, selamat tinggal saya ucapkan dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap sesuka hati".

Monday, August 15, 2011

Menyingkap Kain Sarung: Baga Part 1

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan selamat munap saya ucapkan kepada para penonton sekalian. Bagaimana dengan perkhabaran anda pada malam ini? Saya harap semuanya sehat sehat sahaja dan dijauhi daripada segala penyakit angin-anginan. Bagaimana pula dengan Ramadhan anda? Full puasa? Kalau full, Alhamdulillah dan syabas saya ucapkan. Tapi kalau kamu tapuk tapuk kurik hidung sebelum waktu sungkai, bah, antam tah kamu disana.

Ya, setelah setahun tidak on air, kini rancangan Menyingkap Kain Sarung kembali dengan wajah baru yang menjanjikan episod episod yang lebih menarik, tertarik dan memang the bomb. Pada malam ini, saya, Haji June akan menjadi hos anda. Hos-hos sebelum ini, Haji Khamis, Haji Jumat dan Haji Sabtu tidak lagi akan dapat menemani anda setelah dipecat kerana ramai orang yang mengomplen mereka inda cukup hensem untuk jadi hos rancangan Menyingkap Kain Sarung.

Khabarnya Haji Jumat pada masa ani bekerja sebagai jurujual Coffee Bean di Times Square manakala Haji Khamis baru diterima kerja sebagai penggunting rambut di kedai gunting Ajib. Dan Haji Sabtu pula masih lagi menunggu interview di pejabat pos untuk menjadi pelakat stem. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada abis dorang.

Baiklah untuk tidak membuang masa lagi, Menyingkap Kain Sarung akan memaparkan sebuah isu yang menarik untuk episod kali ini. Harap-harap anda inda akan taisliur apabila saya menyebut isu yang ingin saya paparkan.

"Baga" atau Burger. Anda tau burger? Kalau inda tau burger, bukantah namanya manusia kamu atu.

Ya, atutah isu yang ingin kita kupas untuk episod malam ani. Mengenai dengan baga. bukan bagaru (bergaru), tetapi baga (burger). Macamana? Bebunyi tarus parut sesudah mendangar perkataan baga atu? Begagar nafsu? Menitis aying liur? Kampis semula parut? Lapar semula walaupun sungkai inda beranti tadi? Sudah nyangku, memang membagi taisliur. Kalau ada gerai baga hampir rumah abiskita, agatah membali tetapi abiskita akan rugi kerana inda dapat meliat Menyingkap Kain Sarung. Maka, sia sia pun tah saja. Karang membali baga atu.

Bisnes baga sejak kebelakangan ani mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai di Brunei. Ahoa Burger, Ahad Burger, Kapow burger dan Hommed baga adalah diantara beberapa premis baga yang terkenal di kalangan penduduk Brunei.

Fenomena bisnes baga yang meningkat secara mendadak ini membuatkan krew menyingkap kain sarung musykil. Apakah yang menyebabkan baga begitu popular baru baru ini? Untuk mencari kepastian, kami telah menerumah manager Boom Boom Pow Burger, Awang Haji Apoi. Mari kita dengarkan pendapat beliau mengenai perkara ini.

***
krew: Assalamualaikum tuan haji. Mula-mula kami ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual dan jua membagi kami baga free. Nyaman eh. Inda kami tahan, tepaksa jua sungkai awal ani kan memakan baga kita ah. Nanti tah kami membayar puasa kami ani, apa jua sehari.

Haji Apoi: Waalaikumsalam. Eh, ok tu bro, no worries bro. Dusa tanggung sendiri tu bro ah.

krew: Boleh tuan haji ceritakan sedikit pasal kadai baga abiskita ani?

Haji Apoi: Bro...bro... Please bro... Jangantah betuan haji arahku. Muda ni masih aku ani bro. 50 tahun. Alum pencen bro. Ia cemani tu ceritanya bro, Boom Boom Pow Burger ani baganya lain dari yang lain. Sebab atu ramai customer malar betandang ke gerai kami ani bro.

Baga kami ani bro, inda tedapat di kadai baga lain ni bro. Mau burger ikan masin? Kami ada bro. Burger itik gembo gembo bro? Pun ada. Inda pernah merasa burger kurma? Kami ada menyediakan. Jangan watir bro.. Sabut saja apa, gerenti kami ada bro. Yang nada pun bulih jadi ada. Jadinya siapa yang rasa-rasanya taisliur, bah datangtah ke gerai no. 42 di stadium atau pigi tarus ke kadai kami di Mulaut, di sebalah kadai badil si Ah Kok.

Krew: Jadinya apa pendapat tuan Haji bro... eh Haji Bro tia pulang. Anu...apa pendapat tuan Haji pasal bisnes baga yang makin popular masa ani di brunei.

Haji Apoi: Inda merati kau ani bro, masih jua mau betuan tuan atu. Haish... Mau tau apa pendapat ku bro? Tiga M bro, tiga M. Murah, Mesra, Memuaskan. Baga-baga yang kana jual Murah dari kadai makanan segera. Penjualnya selalu Mesra pelanggan. Lain mesranya bro. Dan jua, baga ani Memuaskan parut pelanggan. Ingat tu bro, tiga M. Tiga M.

***
Ya begitulah pendapat Awang Haji Bro yang suka terbro bro. Eh maafkan saya. Bukan Haji Bro tetapi Haji Apoi. Masih saya tekonpius barangkali pasal ia suka terbro-bro atu. Dari apa yang kita dapat, menurutnya, tiga M tersebut merupakan faktor yang mungkin menyebabkan baga sebagai sebuah makanan ringan yang semakin popular di kalangan penduduk Brunei.

Seterusnya, kita tanyakan pula pendapat dari seorang penggemar baga yang mengaku dirinya sebagai "Raja Baga Brunei" kerana menurut beliau, hidupnya adalah untuk baga. Makan baga, tidur baga dan minum baga.

Tetapi malangnya anda terpaksa menunggu episod minggu hadapan untuk menyaksikannya temubual tersebut kerana masa siaran kita sudah hampir hampir tamat. Harap harap para penonton tidak berasa kecewa, marah dan jangan hampa sehingga membuat rusuhan besar-besaran di Bandar Seri Begawan. Apa jua ganya menunggu seminggu, atupun inda tahan kah.

Baiklah untuk mengakhiri episod kali ini, Assalamualaikum, selamat malam, selamat berpuasa dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap seseuka hati." Jangan lupa untuk menonton episod seterusnya!


Back?





""Tuesday, August 3, 2010"tahu kau tu tarikh apa?"as tweeted by Mr. Khai on 10th of August. Hmmm 3rd August 2010. Mula-mula berfikir jua ku tarikh sempena apa. Tarikh lahirnya? Tarikh pertunangannya? Tarikh pernikahannya? Tarikh lahirku? Aiii, impossible jua tarikh lahirku pasal setahuku aku bukan August baby.

And finally it struck me (kalau arah kartun tu, marak lampung atas kepala. antah darimana datang lampung atu, inda ku tau.). Aku pun menaip www.boredombin.blogspot.com. So aku pun mencheck blog post ku paling last sekali. "Tuesday, August 3, 2010".

Nyangku, banar.

A year ago rupanya post terakhir ku.

Bukan Mr. Khai saja yang mention pasal blog ku. Masa lepak di coffee bean a week ago, Mr. Ruj pun mengemukakan statement yang hampir hampir sama. "Apa boredom bin mu ah. Nada beupdate."

Pasal apa inda beupdate? At one point, aku ada rasa kan quit blogging since inda tekabir and inda se-active dulu (especially during the early years of blogging). Tapi obviously since kana tanya pasal blogku, masih ada a few followers yang visit Boredombin.

Well guess what? Boredombin will get a new makeover and a fresh start. So, cerita ku Twilight part 1 atu inda ku sambung (macam bangas sudah kan). Tarus buat cerita barulah. And kali ani, hopefully i can update regularly and attract new followers.

So, stay tune! and thank you for following my humble blog!

ps: khairul and rujhan jangan marah aku pakai nama kamu! hahaha


Tuesday, August 3, 2010

Twilight part 1

Hancur. Bucur. Musnah. Pasrah. Pacah. Ngilu. Pilu. Pakai tia apa-apa saja perkataan yang dapat menggambarkan hatiku yang dilanda duka lara ani. Ingin saja ku menghantakkan kepalaku ani ke dinding. Biar pacah berterabur sepertimana pacahnya sebuah tabung babi. Tapi aku inda lah se-emosi dan se-gila babi macamatu. Mun pacah tabung, baik lagi, terkeluar duit. Mun pacah kepala? Tau tah kamu tu apa yang terkeluar. Indatah lagi payah ku jelaskan. Mun kamu inda tau jua, maknanya kamu atu nada kepala.

"Oi Bob, bawa bertenang eh. Dari tadi ku meliat kau ani emosi. Inda baik untuk tenaga batin kalau emosi saja ani,"tiba-tiba rakanku si Lunchai berkata yang muncul antah dari mana. Tapi ia ani andang pandai main silap mata. Maka inda hairanlah kalau ia ani pandai menunjukkan mua secara tiba-tiba.

"Apa bob bob? Bila masa namaku ani si Bob?!"aku menjawab dengan penuh emosi seperti perempuan yang sedang pms.

"Eh, pemarah jua eh. Sorry bah bob.... Eh, salah. Sorry bah Edward Cullen. Nah, puas hati? Full name sudah tu."

"Penyeluru kau ani ah. Tau sudah orang emosi. Hurt ku ni."

"Sudahtah Ed. Se-emosi mana pun kau, inda jua hidup balik si Bella Swan atu. Lupakan tia. Banyak lagi bah Bella diluar atu. Bukannya Swan saja. Ada Bella Crow, Bella Duck, Bella Hen, Bella Owl, Bella Dodo, Bella..."

Waw, "Cali" ia ani. Ia ani tah banar. Minta kana tampar. Belum pun terkana penampar tahap maharajaku, si Lunchai sempat menghilangkan diri. Pakal saja ia ani magician. Mun inda, berbelah dua puluh sudah pipinya ni terkana penampar mautku. Penyeluru banar ia atu. Membuat lawak jenaka inda mengana dengan tempatnya.

Oh, Bella Swan. Why? Mengapa? Kenapa? Ngapain? Aku masih inda dapat menerima kematian mu. Bedebah banar orang yang membunuh kau atu. Kalau ku tau siapa, habis ku cincang segala usus-ususnya.

Aku bana bana kan kau Bella Swan. I love you. Hutangmu 50 sen atu alum sempat kau bayar balik. Inda apalah, aku halalkan saja. Kalau ku inda halalkan, aku takut kau jadi kuntilanak.

Disaat-saat ku berdukacita ani, teringatlah ku kembali memori-memori sandiwara bersamanya. Memang indah. Memang manis. Sepertimana manisnya kek tapak kuda. Atau Kek Roll. Atau mana-mana kuih kegemaran kamu. Yang penting manis. Tapi jangan pilih kuey tiao. Walaupun pronounciation macam kuih, jangan silap. Ia inda dikira sebagai kuih pasalnya ianya adalah sejenis mee, atau noodle dalam bahasa orang putihnya. Bukan poodle tetapi noodle. Kalau poodle, anjing tia.

Pertama kali ku bertemu dengan si Bella adalah pada setahun yang lalu. Sebelum berjumpa si Bella, aku masih single. Inda pernah ada girlfriend. Aku mempunyai ramai kawan bini-bini. Yang ku suka pun ramai. Masalahnya, aku ani inda pandai meluahkan perasaan. Maka aku pun hidup sebagai seorang full time single laddie (bukan lady).

Tapi semuanya berubah setelah pertemuanku dengan si Bella. Ia cemani tu ceritanya. Masa atu... Tunggu. Cemana tu ah... Di jamban atau di belakang trak sampah tu ah? Mana satu tu banar... Tapi macam di dalam hotel jua. Ok, yang sebenarnya kan...Aku inda ingat macamana boleh kami ani berjumpa dan jadi couple. Kan bercerita tah ku tadi ni. Lupa ku sudah cemana.

"Bang Edward! Bang Edward!!"tiba-tiba ada orang menjerit arahku. Pikir si Lunchai tadi, rupanya si Binjai.

"Mengapa kau awang Binjai? Kana bubut samut padas kau?"ujarku kemusykilan.

"Inda, bukan pasal samut padas. Ada berita tergempar! Panas! Panas! Masih segar dari microwave oven! Masih berwap-wap!"

"Berita panas?! Apa beritanya?"

"Pasal si Bella.Anu..Ada orang tau siapa sudah pembunuhnya."

"Siapa pembunuhnya?! BAGITAU AKU!!"

Bersambung...

Saturday, May 15, 2010

Pria Terhebat part 2

Setelah menumpaskan Pendekar Kirai Tabal yang kini sudah inda bekirai lagi, aku pun meneruskan perjalananku menuju ke kedai si Ah Chong untuk membeli gula. Sepanjang perjalananku atu, aku menyanyi lagu "Sua Sue Kemoning" untuk menghiburkan hati ku yang keboringan. Al-maklumlah, di zaman ku ani mana ada Ipod Touch. Jangankan Ipod touch, Ipod mini pun nada. Jangankan Ipod mini, Sony Walkman pun alum lagi kana cipta.

Namun nyanyian ku tergendala apabila aku ternampak ada seorang nenek tua berjalan di hadapanku. Bukan saja nyanyian, malah perjalananku pun tergendala ulihnya. Mana inda, berjalan atu macam siput. Barangkali siput pulang kali lagi laju dari kedia. Oleh kerana inda tahan, tanpa sontan-santun aku pun memotong saja nenek tua atu. Mun menunggu kedia, awu, tumbuh taie mata ulihnya.

"Hoi, orang muda,"tiba-tiba nenek tua atu bersuara. "Memotong atu cubatah cakap excuse me dulu!"sambungnya lagi.

Aku pun mengantuti nenek tua atu tanpa rasa bersalah.

"Tu nah excuse me kita maci!"jawapku sambil memberikan senyuman sinis.

"Cis, ani sudah labih ni!"gertak nenek tua atu yang kini sedang melipat kedua-dua lengan baju kurungnya yang bercorakkan Hello Kitty.

Nampaknya satu pergaduhan besar akan berlaku lagi. Memang di zaman ku ani, orang-orangnya suka berkelaie. Salah sikit, berkelaie. Apatah lagi mun salah basar.

Tiba-tiba nenek tua atu lompat ke udara tanpa pengetahuanku. Wow, tua-tuanya pun masih baik ujudnya. Tapi yang calinya ia berjalan perlahannya kalah siput. Sekalinya melumpat, kalah kangaroo. Cemana kan tu. Dalam segi biologi & physics, inda pulang berapa munasabah tu. Cahaya matahari yang silau membuatkan aku payah untuk melihat kemana arah lumpatnya nenek tua atu.

"Buk!"sound effect semasa aku jatuh meniarap ke tanah. Cis, kana terajang dari belakang rupanya. Samseng orang tuanya ani.

"Prak!"sound effect apa lagi ni? Oh rupanya, bunyi tulang nenek tua atu. Patah kali jangan-jangan.

"Wang, tulung ku wang! Patah usulnya tulang belakang ku ani!"nenek tua atu memanggilku.

"Yatah kita atu. Tau sudah tua kan mampus, masih jua samseng-samsengnya kan berkelaie. Nah kita nah!"balasku dengan lagak seorang samseng taie kambing.

"Cis, kurang ajar punya orang muda! Nasib saja kesihatan ku ani inda mengizinkan, mun inda abis gigi-gigi mu atu berterabur!"

Aku meninggalkan nenek tua atu sambil ketawa-ketawa berdahak-dahak, meneruskan perjalananku ke kedai si Ah Chong. Harap-harap lapas ani nada lagi sebarang halangan. Seperti biasa aku menyambung kembali lagu "Sua Sue Kemoning" yang ku nyanyikan tadi.

Antah sudah berapa kali ku menyanyi lagu "Sua Sue Kemoning" atu secara berulang-ulang, akhirnya sampai jua ku ke destinasi tanpa sebarang gangguan. Aku pun memanggil si Ah Chong untuk mengambilkan gula yang ingin ku bali. Selang beberapa minit kemudian, si Ah Chong pun keluar dengan membawa sebungkus gula. Sebelum memberi usin arahnya, aku memeriksa dulu isinya.

"Oi, Ah Chong ani gula cap Kajah Banun ni. Aku mana mau ani! Aku mau gula cap Dang Gaga!"ujarku yang inda puas hati.

"Haiya itu macam pun lu mau komplen ka? Itu gula sama saja. Sudah hujung-hujung pun keluar jadi taie,"balas si Ah Chong.

"Tukar eh! Aku masih jua mau gula cap Dang Gaga atu!"

"Kalau wa inda mau tukar? Apa lu mau buat?"

"Artinya mencari nahas lah kau tu."

Aku pun menyucuk kedua lubang hidung si Ah Chong dan menghumbannya ke udara. Sementara menunggu ia mendarat, aku pun menyimbat seguni gula cap Dang Gaga yang tersimpan di dalam kadainya. Lapas ku mengampaikan usinku, aku pun balik. Untuk menghiburkan hatiku, aku menyanyi lagu "Oi Pak Saloi". Usulnya reputasi ku sebagai seorang pendekar, alum lagi tergugat. Semua pencabarku hari ani ku kalahkan dengan kacang-sekacangnya.

Setelah 5 batu berjalan, akhirnya aku pun sampai ke rumahku. Ku liat babuku sedang menyapu-nyapu di luar rumah. Aku pun mengaga ke arahnya.

"Nah, bu. Gula cap Dang Gaga yang kita pasani tadi ah,"ujarku ke arah babuku tanpa membagi salam. Atu tekajut ia, sampai terbang penyapu lidinya.

"Ih, tekajut ku kau ani eh. Balik kau sudah rupanya,"balasnya.

Aku pun mengunjuk seguni gula cap Dang Gaga atu ke arah babuku dan ia pun memeriksanya.

"Gula jua ni?!"kata babuku. Muanya kini berubah jadi masam. Oh, tidak. Usulnya satu perkara buruk akan berlaku.

"Awu gula. Kita jua bepasan tadi! Gula kan nya kita?"jawapku dengan tenang walaupun yang sebenarnya aku panik.

"Prak!"sound effect yang antah datang dari mana. Oh rupanya tulang kakiku patah bagas kana hambat dengan penyapu lidi babuku. Aku pun tersungkur ketanah sambil meraung kesakitan.

"Aku atu bepasan SIRA, yang kau balikan aku gula, mengapa?!!"jerit babuku sambil melibas-libas penyapu lidinya arah kakiku.

"Ampun bu, ampun! Pendangaranku tadi gula! Ampun!"aku meminta belas kasihan.

"Ada anak, tapi inda dapat diharap! Aku jua yang mesti membuat segala-galanya di rumah ani!"

Sungguhpun aku seorang pendekar yang hebat, babuku atu tah ganya satu-satunya yang inda pernah ku kalahkan. Inda baik melawan indung! Bedusa!

The End

Monday, March 29, 2010

80 percent progress



Sneak peak for my Maya Project. 80 % progress. Tapi ani bukan yang kan dihantar. The real thing is just 5 seconds duration. This 35 seconds video aku buat saja-saja.

Monday, March 15, 2010

Rejuvenated

Fuh. Lapas sebulan blog ani berhabuk dan beruras, akhirnya berseri jua kembali Boredom Bin ani. Title untuk cerita terbaru ani namanya "Pria Terhebat". Pasal apa cerita ani? Bacalah sendiri. Apa gunanya kamu belajar ABC 123 masa kindergarten kalau inda mau membaca. Insya-Allah sambungannya ada tu nanti. Tunggu saja.

Sebulan aku menghilang atu bukannya apa. Sibuk dengan assignments. Hectic. Terutamanya, course 3d modelling ku. Every Wednesday ada 6 hours of 3d workshop. 3 hours pagi & 3 hours patang. 1 hour break in between. Makan ruti paun saja waktu break atu. Kadang-kadang ruti paun atu bebali di kadai, mun lupa membawa dari rumah.

So apatah yang ku buat untuk 3d modelling ku ani? Maybe kamu pernah liat screenshots yang pernah ku tunjukkan dalam blog ani, titlenya "Maya oh Maya". Atu baru 5% tu. Sudahnya 100% nanti, mesti macam scene dalam game Warcraft. Liat gambar di bawah.

No, gambar yang di atas atu bukan aku yang buat. For example saja. Jangan kamu saspens eh. Cematu lah karang tu usulnya end product keraja ku. Well, harap-harap lah. Aku ani baru jua belajar kan menggunakan. Masa ani progressku baru 40 %. Deadlinenya in 3 weeks. Dapat kah inda siap tu? Insya-Allah dapat. Tapi terpaksa kurangkan main FIFA ni. Kacau eh.

Before ku mengundur diri, maritah aku menunjukkan apa yang ku buat untuk 3d modelling ku ani. Inda pulang seberapa ni aku punya modelling ani. Buat yang terbaik saja.

Starting dari cube.


Sudah ku baca mantera semerah padi, jadi cemani tia. Magic.

Lapas ku jampi lagi banyak-banyak, jadi cemani tia.

buildings and props.

20% progress
30% progress. Lapas bagi proper lightings and shadows.



40% progress. Ada foggy effect.

And finally...
100% progress. hebat kan? haha I wish! Screenshot dari FF13 ni. Aku curi dari website orang.

Mengantuk ku eh. Bah, tunggu saja sambungan cerita "Pria Terhebat". Ada tu nanti.

Saturday, March 13, 2010

Pria Terhebat part 1

Sebut saja nama Awang Taib, gerenti orang gentar. Lapas saja mendangar nama atu, sudah tentu ada yang takut sambil menalan aying liur, ada yang lututnya kajar-kajar, ada yang tarus keguguran uban dan kadang-kadang, ada jua yang sampai tekantut. Takut banar tah sudah tu mun sampai tekantut atu. Baik jua tekantut daripada tekirit.

Ya, akulah Awang Taib yang berasal dari Kampung Asap Tembakau. Aku ani bolehlah dikatakan sebagai salah seorang pendekar yang terhebat di kampungku. Bukannya kan ambung atau meninggi diri, tapi atulah kenyataannya. Aku ani memang pria terhebat.

Hari ani, aku bejalan keluar untuk membali gula. Cuaca hari ani, panas seperti biasa. Suhunya mungkin lebih kurang dalam 40 degree celcius. Atu cuma anggaran saja. Almaklumlah, pada zaman ani, thermometer alum lagi kana cipta. Maka dengan atu, aku inda dapat menghalang ketiakku daripada basah. Lupa lagi memakai deodorant tadi. Ah, bebau pun bebaulah. Bau maskulin bah tu.

Ketika dalam perjalananku, laluanku tiba-tiba dihalang oleh seorang lelaki yang memakai siraung bini. Aku inda berapa pasti siapakah gerangan orang atu kerana wajahnya terpampan dengan siraung bininya yang luar biasa basarnya.

"Siapakah gerangannya tuan hamba ani? Hamba ani kan membali gula arah kadai si Ah Chong. Mun tuan hamba memampan jalan, bulih dikatakan road block tu. Hamba ani lagi kan gagas, nada masa kan membayar surat saman,"kataku arah lelaki yang inda ku kenali atu.

"Hohoho. Inda tuan hamba ingat kah siapa hamba ani?"balas lelaki atu sambil menurunkan siraung bininya. Maka terpapar lah sebuah wajah yang inda berapa hensem. Oh, kedia rupanya. Siapa lagi, kalau bukan Pendekar Kirai Tabal.

"Oh kau rupanya Pendekar Kirai Tabal. Pikir samseng taie minyak mana tadi. Nampak gayanya kiraimu atu sudah tumbuh semula."

"Cis, bedebah kau! Kau tau betapa siksanya ku menunggu kiraiku ani tumbuh semula lapas kau cukur sesuka hati tahun lapas atu! Girlfriend ku pun lari tarus lapas meliat aku inda bekirai! Hari ani aku ingin menuntut balasan. Bersedialah untuk menempuh maut Awang Taib!"

Belum ku sempat berbuat apa-apa tiba-tiba aku jatuh tersungkur ke tanah. Rupa-rupanya buku lima si Pendekar Kirai Tabal sudah singgah ke wajahku yang berjerawat ani. Nah, pacah jerawatku tarus eh lapas kana tumbuk ah.

Pendekar Kirai Tabal ani memang terkenal dengan kepantasannya semasa berkelaie. Dengar kata, ia ani bagas johan lari jarak 100 meter, 200 meter, 400 meter & rentas desa di kampungnya. Inda hebat dimana tu.

Kepantasannya ani membuat mataku juling sampai ku paning. Kepeninganku atu memberi kesenangan kepada si Pendekar Kirai Tabal untuk menyerangku dengan bertubi-tubi. Tapi inda semana-mana telanggar tia ia atu ke arah sebatang pokok. Berguling-guling tarus ia ke tanah sambil memigang dahinya yang terhantuk. Yatahnah, telampau kan laju, pokok basar didapan pun inda sampat brake. Anilah peluang keemasan ku untuk menyerang balas. Dalam keadaanya yang masih beguling-guling atu, aku pun mencabut kirainya yang tabal atu dengan sekali cabut. Si Pendekar Kirai Tabal pun berteriak dalam keperitan.

"Hohoho, nah kau nah! 2 kali sudah kau inda bekirai ulihku, 2-0!"ujarku dengan bangga.

Selepas atu aku pun meneruskan perjalananku untuk membali gula di kedai si Ah Chong meninggalkan si Pendekar Kirai Tabal yang baru saja kehilangan kirainya. Mungkin ia patut mengubah namanya jadi "Pendekar Inda Bekirai".

bersambung...

Wednesday, February 3, 2010

Maya, oh Maya

What I've been doing for the past two weeks. Sorry for the poor quality, my 3d modelling is not that good since I am still a newbie in Maya..






Oh by the way, its an ancient lamp post.

Saturday, January 23, 2010

Happy Belated New Year

Selamat tahun baru Masihi 2010 dan tahun baru Hijrah 1431. Atu ahir membuat ucapan tahun baru. Since masih bulan January dan bulan Safar, kira valid lah masih ucapan tahun baru ku ani kali. Macam batah kan inda berupdate blog ku ani. Aku buka pun, behabuk bah sudah blog ku ani. Tepaksa ku sapu dulu sama duster sampai teberasin-berasin hidungku. Baik jua inda kana selesma babi. Secara terus terang tah ku bagitau, aku yang sebenarnya kekeringan idea. Umpama tong sampah inda kana isi dengan sampah sarap. Atau umpama beg duit inda berduit. Jangankan duit, uras pun nada. Atu alasan nombor satu. Alasan nombor dua, aku sebenarnya sibuk. Sibuk memikirkan masa depan. Macam banar.

Tutup mata, buka mata, tutup mata, buka mata, kurik hidung & garu ketiak inda sadar sadar tahun baru tia sudah. Makin tua sudah rupanya aku ani. Tapi masih maintain hensem lah. Kalau diikutkan masa 10 tahun yang lalu, aku ani cuma seorang kanak-kanak yang hanching. Masa atu aku masih belajar dalam darjah enam, periksa PCE.

Siok eh time kanak-kanak dulu atu. Masa bersunat saja inda siok. Tapinya masa ani ulah masih jua macam kanak-kanak, walaupun umur ani inda lagi batah kan maghrib. Jiwa ani sentiasa muda dan happy. Kalau jiwa ani selalu dilanda kemurungan, selalu emosi & overly sensitif, mua pun jadi sanang bekeradut. Mun sudah bekeradut, siapa kan meminang? Jangankan putera raja, penganggur pun inda mau meminang kali. Haha labih. Anyways, atu tah prinsip hidupku. Ceria ceria selalu.

Masa ku menaip ani pukul 3 pagi di UK. Mata ku kalat sudah yang banarnya. Tapi menurut firasat hatiku, aku mesti update blog ku ani awal ani jua. Demi pembaca. Atupun kalau ada yang sudi membaca. Yang banarnya aku nada cerita baru kan dikongsikan. Sudah nyangku, kering kontang ideaku. Maka, sebagai penggantinya, aku ceritakan lah sikit pasal tahun 2009. Macam-macam kisah yang terjadi arahku masa tahun 2009 ani. Ada ada saja.

Inda ikut timeline ni listnya ani. Nada ikut ranking jua ni.

1. January 2009 (Kalau ku inda silap). Masa on the way balik dari Oxford (berjumpa si Kamilin, si Wafi, si Mai & si Onn) aku terstuck dalam train selama sejam setangah, pasal salji turun labat. Bayangkan masa atu betapa boringnya aku menunggu dalam train atu. Laptop habis battery, so nada entertainment. Aku lagi travel sorang-sorang, so nada dangan kan becerita. Last-last aku sampai balik ke rumah pukul 10 malam.

2.February 2009. Aku baru keluar dari rumah kan bejumpa kawan di library. Masa atu pukul 7 malam kali. Yatah masa ku keluar ani, ku liat di rumah sebalah ku ani ada dua gadis manis orang putih diri-diri. Mungkin menunggu kawan durang kali. Sekali one of them memanggil aku.

"Hiya, i need your help. My friend here is going to have a date. What do you think of her dress? (pointing to her friend's breasts). Should it be lower or higher?"

Sekali aku jawap, "Erm. I think the lower, the better."

"See, I told you! You look better if you lower it a bit (arah kawannnya)"

Atu random berabis.

3. April 2009. Masa main touch rugby di Loughborough, akibat belari sampai inda sampat beranti, kepalaku terlanggar tong sampah(aluminium lagi tu). Baik jua luka damit saja. Nasib, nasib. Mun pacah kepala? Nauzubillah.


lapas the accident


sekali kana plastar ganya.

4. April 2009. A really close friend of mine (you know who you are) membagi aku three packets of Fisherman's Friends apple & cinnamon flavor (kegemaran ku). Kana terabangkan khas dari Brunei ke UK melalui seorang sahabat jua (you know who you are). So kepada dua orang kawan atu, terima kasih banyak-banyak!

5. July 2009. Dalam bulan ani, secara rasminya rambutku inda begunting selama 9 bulan. Paling panjang pernah ku simpan dalam seumur hidupku. Tapi inda batah atu, aku gunting pasal kana salah anggap sebagai bini-bini. Masih ku ingat tu apa yang kana cakapkan arahku "Munnya bini-bini, lawa ni."

9 bulan inda bergunting

6. July 2009. My family datang ke UK seminggu sebelum aku balik ke Brunei sama durang. Having your family around you is fun. Membawa durang jalan-jalan. Tapi yang paling siok lah, makan masakan mama setelah 9 bulan inda merasa masakkannya.



7. June 2009. Belayar ke Norway. Kulitku yang galap, bertambah galap masa ku disana akibat terlampau expose dengan cahaya matahari. Tapi masih maintain hensem lah.


lepak dapan opera house di Oslo.

8. April 2009. Champions League Semi-Final. Arsenal Vs Man Utd. Aku liat the match arah rumah abangku di Loughborough. Bayangkan dalam rumah atu aku saja seorang Arsenal Supporter. Yang lain dangan meliat ani semua Man Utd fan. Apa lagi, aku kana bomb lah. Lurus-lurus lagi Arsenal kalah malam atu. Panas telinga mendangar durang bersorak.

9. June 2009. Student ID & bus pass ku tercicir. Nasib jua bus pass atu kan expire dalam dua minggu. Mun inda, kepisan membayar kalau membuat yang baru. Tapi student ID terpaksalah aku buat yang baru. 10 pounds terabang lah. Syabas.

10. September 2009. Masa puasa aku sungkai dengan kawan-kawan di restoran Serikandi. Lapas habis makan, out of nowhere ada seorang kawan ani (namanya si Amal Zafirah haha) tiba-tiba muncul. Ia sepatutnya di Oz masa atu. Kami inda expect ia balik ke Brunei. Bayangkan betapa bangangnya (dengan reaction masing-masing) kami masa meliat ia masuk ke restoran atu tanpa rasa bersalah. Atu baru the biggest surprise ever. Rupanya ia berkomplot dengan si Wafi yang sedang sungkai sama kami.

Surprise, surprise. (gambar yang ku curi dari fb si Wafi)


So there you go.Kalau dipikirkan balik-balik, semua yang terjadi pada tahun 2009 atu macam baru kelmarin bah. Laju masa atu berlalu. Ani tahun 2010 tia sudah. Inda ku tau apa lagi karang kisah-kisahnya ni tahun 2010 ani. Apa-apapun harap-harap tahun 2010 ani semua orang upgrade diri masing-masing. Belajar dari kesilapan tahun lapas. Siapa yang ada azam baru atu, jangan hangat-hangat tayi ayam.

Ani mungkin post ku yang terakhir. Lapas ani mungkin aku inda lagi menyambung Boredom Bin, pasal inda lagi tekabir blog ku ani. Atau mungkin Boredom Bin ani berehat buat sementara waktu. Apa-apapun, thanks to everyone yang sudi membaca blogku ani. Akhir kata dari aku, have a great year & Assalamualaikum.

Tuesday, January 5, 2010

Menyingkap Kain Sarung: Nasi Katok siri 3

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan salam muhibah saya ucapkan kepada para penonton yang manis menawan lagi budiman. Bagaimana dengan perkhabaran anda pada malam ini? Saya harap anda semuanya berada dalam keadaan seratus-peratus sihat tanpa sebarang penyakit. Tetapi sekiranya anda kurang sihat, saya sarankan anda supaya menyihatkan diri dengan banyak-banyak meminum air botol Sehat.

Ya, anda pasti perasan dan tertanya-tanya mengapa rancangan Menyingkap Kain Sarung ini tidak ke udara selama sebulan. Yang sebenarnya CEO kami inda mampu membayar bil elektrik pada sebulan yang lalu, yatah studio inda dapat dipakai pasal elektrik kana putung. Mun sudah inda bekaran, manalah dapat rancangan Menyingkap Kain Sarung ani on air.

Tetapi kami bernasib baik, kerana jiran sebelah rumah CEO kami, Haji Takung yang dermawan lagi menawan dengan berbesar hati mahu meminjamkan sejumlah daripada wangnya untuk membayarkan hutang bil elektrik bagi studio ini yang sudah tinggi menimbun umpama gunung Kinabalu. Maka dengan itu Haji Takung, saya, Haji Sabtu, sebagai wakil rancangan Menyingkap Kain Sarung, ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas bantuan tersebut walaupun yang sebenarnya abiskita atu inda ikhlas kan meminjamkan usin pada mulanya.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf dan ampun beribu ampun kepada semua penonton diatas ketidak munculan kami selama sebulan di kaca televisyen. Harap-harap tidak ada diantara penonton yang menyamal semasa ketiadaan kami. Jangan kuat menyamal ani, karang jadi babal.

Baiklah tanpa membuang masa lagi, rancangan Menyingkap Kain Sarung kali ini akan menyambung lagi siri Nasi Katok yang alum pandai habis-habisnya sedari dua episod yang lepas. Ya, pada dua episod yang lepas, krew rancangan kami telah cuba mengupas asal usul nasi katok. Sekiranya anda termiss kedua-dua episod tersebut, anda boleh menontonnya dengan membeli DVD Menyingkap Kain Sarung cetak rompak di kedai komunis atau di kedai-kedai DVD cetak rompak yang berdekatan dengan rumah anda.

Dalam episod-episod tersebut, krew kami telah gagal mengorek cerita asal-usul nasi katok yang sahih kerana kami telah menemubual orang-orang yang salah dan inda bulih diharap. Oleh kerana itu, krew kami pun berputus asa dan akhirnya kami pun mengalah. Maka dengan itu, sekiranya anda ingin tahu akan kebenaran asal-usul nasi katok, pandai-pandai lah buat kajian sendiri. Selamat maju jaya saya ucapkan.

Untuk siri kali ini, kami akan menunjukkan tiga klip eksklusif dimana kami telah membubut dan menguyung tiga orang yang tidak bersalah untuk ditemubual. Dalam temubual tersebut kami telah bertanya akan soalan-soalan yang berkaitan dengan nasi katok. Tanpa membuang masa lagi, ayo mari kita saksikan temubual-temubual tersebut.

***
Krew: Assalamualaikum.

Orang 1: Waalaikumsalam. Eh dari Brunei siuk kah ni?

Krew: Ih bukan ih. Kami ani dari rancangan Menyingkap Kain Sarung yang famous ah.

Orang 1: Owh, rancangan Menyingkap Kain Sarung... Inda pernah ku dangar pun. Channel berapa kan tu?

Krew: Antah, sendiri tah abiskita mencari channel berapa nanti tu. Inda banyak masa ku ni kan membagitau... Anyways, kami ani kan menebual abiskita pasal nasi katok. Apa pendapat kita pasal nasi katok ani?

Orang 1: Minta maap tah ku wang. Aku ani Vegetarian, jangantah kau tanya aku. Inda ku pernah makan nasi katok ani.

***
Ternyata, temubual yang pertama diakhiri dengan kegagalan. Tapi tidak mengapa, kita masih
ada dua buah klip lagi untuk dikongsikan. Sekarang mari kita lihat temubual yang kedua.

***
Krew: Assalamualaikum.

Orang 2: ....

Krew: Adih inda mau menjawab salam ni... Tau kita kami ani dari rancangan mana...?

Orang 2: .....

Krew: Adih jual mahal ni, inda mau menjawab!!! BABAU KAH?!!

Orang 2: *menangis*

Krew: Astah, menangis tia pulang. Yo cameraman, cemana ni?? Apa patut ku buat??

Cameraman: Yang kau asi-asi kan interview BABY atu behapa? Macamtah ia merati becakap. Pandai-pandai tah kau mendiamkan tu eh. Lari ku dulu, marah karang mamanya. Bye!!

Krew: oi oi, jangan tinggalkan aku!! Makin kuat menangisnya ah!!

***
Aduhhhh, nampaknya krew kami menemui kegagalan sekali lagi. Inda dapat diharap abisdurang ani. Makan gaji buta tah banar. Tapi jangan khawatir, kita masih ada sebuah lagi temubual untuk kita saksikan bersama. Sekarang mari kita lihat.

***

BLANK SCREEN

***
Oh malangnya kita tidak dapat menyaksikan temubual yang ketiga tersebut, kerana cameraman masa hari atu lupa menekan butang record. Padantah blank screen. Mati eh, inda dapat diharap durang ani. Ada-ada saja masalahnya.

Nampaknya itu saja masa yang kita ada. Saya harap para penonton berasa puas hati dengan siri kali ini yang berkisarkan mengenai nasi katok walaupun banyak FAIL. Tapi tidak mengapa, Insya-Allah pada siri-siri yang akan datang, kami akan mengupas pula topik-topik lain yang jauh lebih mengasyikkan. Akhir kata dari saya, Assalamualaikum, selamat malam dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap seseuka hati." Semoga berjumpa lagi di siri yang akan datang.




ps: Amalina Isa, nah belated birthday gift untukmu :p

Sunday, December 6, 2009

Canterbury Boyz - Bida Rupamu

Before watching this MV, I suggest you to watch MicBandits' Cantik Rupamu punya video dulu. Anyway kudos to Canterbury Boyz for making this great spoof MV. And look out for my appearance (at 1:58 and 2:07) in this MV lol.

Monday, November 16, 2009

Cornified!

Try pressing these keys on my blog: UP, UP, DOWN, DOWN, LEFT, RIGHT, LEFT, RIGHT, B, A. Something awesome will appear and please tell me what it is LOL!

ps: repeat the steps above so that the 'awesome' object become more obvious.

Wednesday, November 11, 2009

Menyingkap Kain Sarung: Nasi Katok siri 2

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan salam harmoni kepada para penonton sekalian. Terima kasih saya ucapkan kepada penonton-penonton yang sudi menanti siri menyingkap kain sarung ini sedari tadi sampai inda mau berganjak dari kerusi sofa made in China anda. Menunggu pun menunggu jua, tapi sembahyang Isyak jangan tinggal. Sudah sembahyang Isyak? Kalau balum, baik tah ditunaikan karang. Sebelum sembahyang, pastikan anda sudah mengambil air sembahyang. Karang inda sah sembahyang atu. Masa sembahyang atu jangan berkantut. Satu, takut batal sembahyang. Dua, takut bebau bilik karang.

Apa khabar anda? Harap-harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kalau anda sakit, saya doakan anda supaya cepat sembuh. Banyak-banyak makan bawang putih saja, Insya-Allah sihat nanti tu. Kalau inda pandai makan bawang putih, makan buah limau saja.

Pada episod kali ini, malangnya Haji Sabtu tidak dapat datang ke studio pasal ada majlis bebadak di rumahnya. So payah ia kan escape katanya. Maka, saya Haji Julai akan menjadi hos sementara bagi rancangan Menyingkap Kain Sarung pada malam ini. Sebenarnya saya hanyalah seorang tukang sapu di studio ani. Tapi oleh kerana sudah terdesak, maka produser rancangan ani pun main hantam saja lah. Last minute plan bah.

Baiklah tanpa membuang masa, sekarang mari kita teruskan dengan sambungan pada episod minggu lepas mengenai nasi katok. Di hujung rancangan minggu lepas, kita tidak sempat menyaksikan sesi temubual krew kami dengan "Raja Nasi Katok" atau nama sebenarnya, si Awang Tampoi. Sekarang mari kita lihat:

***
krew: Assalamualaikum Awang Tampoi.

Awang Tampoi (AT): Waalaikumsalam. Apa hajat abiskita ani? Mun minta belanja nasi katok, sori ah. Duduk tah jauh-jauh.

krew: Bukan minta belanja. Jangan cematu ehhh. Kami ani sebenarnya krew rancangan menyingkap kain sarung.

AT: Lahhh pikir rancangan Brunei Siuk. Jadinya mun bukan minta belanja, apatah hajat kamu ani?

krew: Kami ani kan bertanya pasal asal usul nasi katok. Dangar cerita kita ani pakar dalam hal ani.

AT: Ah atu hajat abiskita rupanya. Memang abiskita ani mengaga arah orang yang batul. Aku ani mun kan tau, kana galar sebagai "Raja Nasi Katok". Segala jenis nasi katok yang ada di Brunei ani pernah ku makan. Jangan inda galat. Mun pasal asal usul nasi katok ani, huh. Jangan ku dicabar. Akutah professor dalam hal ani!

krew: Banarwahhhh. Mun miatu bah mulakan tia.

AT: Awal ani kah? Berakam kah ni? Cemana usulku? Hanksome?

krew: Awu hanksome. Kalah Bradley James.

AT: Bradley James? Siapa kan tu? Ahhh atu inda penting, yang penting aku lagi hanksome dari ia lah. Baiklah ceritanya cemani.

Pada zaman dahulu kala, kira-kira tahun gajah lah tu. Ada seorang buajah yang bernama Kajah Lauyah baru kematian lakinya. Kajah Lauyah ani inda beranak. Setelah kematian lakinya atu, kajah Lauyah ani kira hilang punca pencarian lah. Mula-mula kan membunuh diri ya, kan terajun ke sungai. Tapi sebelumnya terajun, kana datangi tia oleh pari-pari. Pari-pari yang macam cerita sinderella ah. Tau jua kamu tu. Yatah kekajutan kan ya Kajah Lauyah ani sampai sikit lagi telucut kain sarungnya.

krew: Errr banar kah ni cerita ani?

AT: Eh dangar dulu. Alum lagi ku abis becerita kau ani. Pari-pari atu datang kan menulung kajah Lauyah. Maka dibaginyalah sebuah tudung dulang sakti arah Kajah Lauyah.

"Kau masak seperiuk nasi, lapas atu kau tutup dengan tudung dulang ani. Katuk lantai mu sebanyak tiga kali, maka di sebalik tudung dulang atu akan terhasillah satu masakan yang amat sedap sehingga menjilat jari sampai kalah ayam KFC"nya pari-pari atu.

Lapas atu pari-pari atu pun chow. Mula-mula Kajah Lauyah inda pecaya dengan kata pari-pari atu. Tapi sudah dicubanya mengikut arahan si pari-pari atu, tebangang ia tarus. Memang sakti tudung dulang atu. Seperiuk nasi atu antah macamana tiba-tiba betukar menjadi 50 nasi bungkus siap dengan ayam-ayam gorengnya dan sambalnya. Nyaman lagi tu. Maka ia pun membuka bisnes nasi bungkus. Oleh kerana ia mesti mengatuk masa memasang tudung dulang atu, maka digalarnya lah "Nasi Katok".

Krew: ohhhh cematu. Tapi boleh dipercayai kah ni ceritanya ah?

AT: Awu, inda pecaya kau ani. Jiran sebalah rumahku Kajah Halus keturunan Kajah Lauyah yang bepadah cerita ani arahku. Mun inda pecaya, jangan pulang. Bah, kan makan nasi katok jua ku ni. Agatah balik. Balik!

***
Begitulah berakhirnya temubual kami dengan Awang Tampoi. Namun kami musykil sedikit dengan ceritanya. Macam pembual jua usulnya kedia atu. Maka kami pun meneruskan lagi pencarian kami dalam mencari kebenaran "asal-usul nasi katok".

Oh malangnya, masa kita sudah habis. Terpaksa tah disambung lagi siri ani ni ke episod minggu depan ni. Harap-harap para penonton tidak berduka. Barangsiapa yang berduka, alamat beruban lah rambut kamu tu macam nenek kebayan.

Baiklah akhir kata dari saya, assalamualaikum, selamat malam dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap seseuka hati." Jangan lupa saksikan sambungan siri ini pada minggu hadapan di hari dan waktu yang sama. Babai!

Friday, November 6, 2009

Menyingkap Kain Sarung: Nasi Katok siri 1

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para penonton sekalian. Ya, setelah sekian lama rancangan Menyingkap Kain Sarung menghilang, Alhamdulillah, bertemu kita kembali dalam sebuah lagi edisi Menyingkap Kain Sarung yang sentiasa memaparkan isu-isu hangat di Negara Brunei Darussalam. Bukannya apa tu rancangan ani batah menghilang atu. Produser kami berbulan madu di Hawaii sama 4 orang bininya bah.

Apa khabar anda pada malam ini? Harap-harap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Banyak-banyak saja minum jus oren, Insya-Allah anda akan immune daripada segala penyakit. Kecuali sakit hati. Jangan diamalkan tu sakit hati atu. Ubatnya, bawa saja beristighfar.

Ya sekiranya anda masih ingat, saya, Haji Sabtu seperti biasa akan menjadi hos bagi rancangan no.2 paling popular di Brunei ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Haji Jumat dan Haji Kamis yang telah berbesar hati sudi menjadi hos sementara bagi rancangan menyingkap kain sarung ini pada siri Poklen yang lepas, walaupun sebenarnya kamu atu kana pajal oleh produser sampai terpaksa dibelanja teh c ping special barutah kan mau. Inda ikhlas kamu ani.

Baiklah, tanpa membuang masa, saya akan memaparkan isu yang akan kami kemukakan pada episod kali ini. Tapi sebelum atu, jawab dulu soalan ani. Makanan apa yang murah, nyaman dan kana bungkus dalam bentuk piramid? Jawapannya apanah? Nasiii Katokkk. Sekiranya anda menjawab dengan betul, maka anda besar kemungkinan adalah seorang peminat nasi katok number one. Sekiranya jawapan anda salah, maka makan lah lagi ikan salmon banyak-banyak. Insya-Allah lemak omega 3 yang terkandung dalam ikan salmon atu akan mempertingkatkan lagi tahap IQ anda.

Ya itulah dia isu untuk episod Menyingkap kain sarung kali ini. Fenomena nasi katok ini telah melanda di negara ini sejak beberapa tahun yang lalu. Bagaimanakah ianya bermula? Dan mengapakah ia digelar nasi katok dan bukannya nasi latok atau nasi patok? Itulah yang akan kami coba bongkarkan dalam episod kali ini.

Untuk membantu kajian kami, kami telah menebual seorang buajah yang hanya ingin dikenali sebagai Britney. Nama sebenarnya inda ia mau membagi. Belabih banar orang tuanya atu. Tanpa membuang masa, mari kita saksikan temubual berikut.

***
krew: Assalamualaikum buajah.

Buajah: Waalaikumsalam. Ih, sudah jua ku bagitau, jangan panggil aku buajah. Panggil saja Britney.

krew: Errrrr... Bah Buajah Britney tah.

Britney: Britney saja!

krew: Ok bah manasajatah, asal kita bahagia. Anubah, kami dangar kita ani pakar dalam hal nasi katok ani. Yatah, kan mendangar jua kami jua tu cemana asal usulnya.

Britney: Ohhhh miatu wang. Baju kurung sama baju kebaya bekatok ani asalnya...

krew: Eh eh, buajah. Eh salah, buajah tia pulang. Britney, kami betanya pasal nasi katok. Bukan baju kurung bekatok.

Britney: Awuuuu, yatahnah ni wang. Kan becerita jua ku ni. Baju kurung sama baju kebaya bekatok ani sebanarnya.. Bla bla bla... Kadai Hajah Minah di Lumapas... Bla bla bla.. bemanik-manik... bla bla bla.

***
Ok. Temubual atu nampaknya inda berapa berjaya. Lain yang kami cari, lain yang kami dapat. Rupa-rupanya kami menebual orang yang salah. Buajah Britney merupakan pakar dalam hal baju baju kurung bekatok dan bukannya nasi katok. Malang sungguh nasib krew kami yang terpaksa mendangar kunyanyang buajah Britney yang dari awal sampai habis becerita pasal baju kurung bekatok. Menjaga hati orang tua lah tu kononnya. Nasib jua anak-anak dara buajah Britney atu lawa, mun inda awal sudah kali krew kami atu chow.

Sungguhpun kami menemui kegagalan dalam temubual yang pertama, tapi kami tidak mengaku kalah. Setelah sepurnama mencari, akhirnya, kami berjaya menemui seorang yang pakar dalam nasi katok. Menurutnya, dia dikenali sebagai "Raja Nasi Katok", pasal tiap-tiap hari siang dan malam sentiasa makan nasi katok. Sekarang mari kita lihat temubual kami bersama Raja Nasi Katok, atau nama sebenarnya Awang Tampoi.

Oh malangnya masa kita sudah suntuk. Nampaknya temubual kami dengan Awang Tampoi terpaksa disiarkan pada episod minggu depan. Harap-harap anda semua jangan marah. Kalau marah, cepat bekeradut. Bida tia mua kamu karang. Kalau mua kamu bida, nada tia orang mau masuk meminang.

Baiklah, akhir kata dari saya, Assalamualaikum, selamat malam dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap sesuka hati". Ok saya chow dulu, kan makan nasi katok! Jangan lupa, saksikan sambungan siri ini pada minggu hadapan!


Thursday, October 15, 2009

Tragedi October

Hello. At the moment, aku nada bahan baru untuk buat cerita baru. Busy, i guess. Tomorrow is Friday. Aku nada kelas. So pada malam Jumaat yang mulia ani i decided to blog. Kan blog pasal apa? Antah, blog randomly saja kali. Boredom Bin jadi out of context sekajap. Sekali sekala inda buat cerita, apa salahnya.

Anyway, I've just checked my blog punya statistics. From May-September. October inda kira lah, pasal alum end of month..



My average viewers in a month is 1341. Sadanggg. Sikit tu masih eh. August paling tinggi... Probably cerita MSN ku kali penyebabnya. Hangat jua cerita atu rupanya. Pasal ada character "Azizan Abdul Razak" atu jua kali. To the real Azizan Abdul Razak a.k.a Mole, thanks pasal jadi main attraction for my blog. Kau hengsem.

Atu baru ya random. By the way I wanna show something. Masa ani, I have an assignment, which is to design a prototype for a flash-based portfolio. I have two prototype designs in mind sudah.

prototype no.1

Basically job ku is to design a portfolio for an artist pakai flash. Artistnya, bukan jua orang lain. Kawan sendiri yang ambil fine arts di Kent. Kalau cari orang lain, susah tia. So kirakan aku ani promote kawan sendirilah and at the same time promote batik art, since ia specialise in that area.

So the first design (yang diatas) atu basically the pattern for the portfolio page aku design based on my friends punya painting. Hence the edges of the patterns (the curves, swirls, flowers) aku sengaja buat inda smooth, so that it fits well with the theme. Colournya mostly bright.

prototype no.2

For the second design, aku buat simple saja but elegant. Macam surat jemputan kawin ada jua perasanku. Colournya monotonous. Nothing much i can say about this 2nd design.

Probably i should come up with another design as a backup. Ok, brainstorm now.

Sunday, October 11, 2009

Antara Dua Darjat Finale

Ayah si Zaiton pun berdiri dan tanpa disangka-sangka satu penampar singgah ke pipi si Zaiton. Si Zaitun jatuh tersungkur ke lantai. Aku kebengangan seketika. Hujan nada, ribut nada sekali tup tup si Zaiton kana tampar. Disaat aku cuba untuk membantu si Zaiton yang cuba berdiri balik, tiba-tiba aku tersungkur setelah terkena satu penumbuk yang muncul antah dari mana.

"Abang!! Jangan apa-apakan si Sudin. Ia inda bersalah dalam hal ani!!"teriak si Zaiton.

"Ia ani kan jadi adik ipar ku?Pfffttt!! Membari malu saja!!"balas lelaki tersebut yang merupakan abang si Zaiton.

Si Zaiton pun menghampiri aku yang masih ampai-ampai kepisan di lantai. Knock-out ku tarus lapas terkena tumbukan maut abang si Zaiton atu. Mungkin cemanitah rasanya lapas kana tumbuk oleh Mike Tyson.

"Zaiton, Kalau mencari boyfriend, cari yang bisai-bisai!! Ani ia?? Mengapa ia?? Banyak lagi yang bisai-bisai rupanya di luar atu,"ujar bapa si Zaiton dengan bengis.

Dengan suara yang lantang si Zaiton membalas balik kata-kata ayahnya dengan menyatakan ia cinta bana bana arahku. Melihat akan reaksi si Zaiton yang serba kurang ajar atu, bapanya tampak bersedia untuk memberi lagi sekali sebuah penampar ke arah anak daranya atu. Aku pun terus berdiri dan berlari sambil cuba menyelamatkan si Zaiton daripada kana tampar.

"Sudah, sudah!"tiba-tiba ibu si Zaiton bersuara. Kebeliangan tarus bapa si Zaiton akan teriakan bininya atu sampai tarus inda jadi menampar."Yang kita tau, kan menampar, kan menampar. Mun menampar nyamuk bisai jua. Ani anak kitani sendiri pun kan ditampar. Sudah kalah-kalahan, menampar. Bida jua eh,"sambung ibunya lagi.

Sesungguhnya bebelan dari ibu si Zaiton atu telah mengecutkan parut dan menungkalkan lakinya sampai ia inda mampu berbuat apa-apa. Abang si Zaiton pun turut terdiam. Atu baru girl power namanya.

Ibu si Zaiton pun menghampiri aku.

"Nak, auntie minta maap sekiranya kami menakutkan kau. Sebelum keadaan menjadi semakin buruk, auntie sarankan kau tinggalkan saja kami secepat yang mungkin. Lupakantah saja si Zaiton. Kamu dua orang inda mungkin akan dapat bersama selamanya..."ujar ibu si Zaiton sambil memegang kedua bahuku.

Sambil mendangar nasihat ibu si Zaiton atu, aku menoleh ke arah si Zaiton yang juga menoleh ke arah ku. Aku dapat melihat ia sudah mengalirkan air mata.

"Sebelum ku keluar dari rumah ani, izinkan aku berbicara sama si Zaiton sekajap,"pintaku ke arah ibu si Zaiton. Ibunya menganggukkan kepalanya dan aku pun mula berjalan menghampiri si Zaiton.

Untuk buat kali terakhir, aku memeluk si Zaiton dengan erat. Aku pun mula berbisik ke telinganya.

"Im sorry. Aku harap kau dapat someone yang lebih baik dari aku,"bisikku ke telinganya. Kemudian aku pun melepaskan pelukkanku, tapi si Zaiton seolah-olah inda mau melepaskan aku. Maka aku pun lagi sekali memeluknya buat kali terakhir. Memajal jua kali terakhirnya ani. Kemudian barutah si Zaiton melepaskan aku.

Aku pun berjalan keluar dari rumah si Zaiton sambil menahan sebak didada. Bukan saja sebak, ngilu dada bah ulihnya. Kalau diikutkan rasa, ingin saja ku menampar bapa si Zaiton yang sungguh kurang asam atu dan menerajang abang si Zaiton yang terlampau brengsek atu. Tapi ku lupakan saja niatku atu pasal aku indalah sebrutal cematu.

Sebaik saja aku menjejakkan kaki ke luar, hujan pun mula turun. Cis, mengapa asal orang gloomy, cuaca ani gloomy tia jua. Cliche banar. Maka aku pun berjalan pulang ke rumah sambil badanku dibasahi hujan yang barai-barai.

Setibanya aku dirumah, aku duduk disebalah si Ramlee yang sedang bersantai.

"So... Apatah tadi ah?"tanya si Ramlee memulakan bicara.

"Tadi?"tanyaku balik pura-pura inda tahu.

"Awubah tadi ah. Yang bejumpa bakal metua mu ah? Eksyen-eksyen tia inda tau kau ani."

Segala kesebakkan dan kengiluan di dada yang terkumpul tadi tiba-tiba melatup. Aku menangis tanpa terkawal. Kebeliangan si Ramlee tarus. Di dalam kepanikkan si Ramlee cuba mendiamkan aku.

Setelah beberapa cobaan, si Ramlee pun berjaya memberantikan tangisanku. Dan aku pun mula menceritakan semuanya kepadanya.

"Ramlee, minta maap ku kalau menyusahkan kau. Frust berabis ku ni,"ujarku.

"Ok tu yo. Yatah gunanya kawan tu. Yang banarnya din.. Sejakmu berkawan sama si Zaiton atu, aku andang dari dulu sudah tau hubunganmu sama kedia atu inda berkekalan lama. Tapi ku liat kau bahagia sama ia, so aku biarkan saja,"jawab si Ramlee.

"Mengapa kau bercakap cematu?"

"Kitani ani ANJING. Si Zaiton atu KUCING. ANJING dan KUCING inda mungkin dapat jadi laki bini. Darjat kitani berbeza. Spisis pun berbeza jua."

Sesungguhnya aku kurang setuju dengan kata-kata si Ramlee. Apa salahnya kalau aku sebagai seekor ANJING ada bini seekor KUCING? Kalau sudah suka sama suka, inda kan dihalang. Sesungguhnya ani satu diskriminasi.


Sekian saja dahulu. Terima kasih kerana sudi membaca kisah hidupku yang malang ani.

Yang benar,
Sudin sang anjing .

Saturday, October 10, 2009

Dua tiga kucing berlari

Di Youtube banyak video cemani... Maka aku pun ikut-ikutan lah mencuba.



Just a lame attempt. Inda ku tau bila aku patut sambung cerita Antara Dua Darjat.

Wednesday, October 7, 2009

Antara Dua Darjat Part 3

Setelah lama berkawan dengan si Zaiton, hubungan kami bertambah intim dari hari ke hari. Aku dapat merasakan "chemistry" atu sudah ada diantara kami walaupun sesungguhnya aku inda pernah belajar chemistry. Maka ada satu hari atu, aku pun memberanikan diriku untuk meluahkan perasaan ku arahnya. Dan ternyata aku inda bertepuk sebelah tangan. Si Zaiton pun sebenarnya suka arahku. Ganya ia malu-malu babi kan berpadah arahku.

Barangkali pada hari atu, akutah orang yang paling gembira. Ingin saja aku berguling-guling di atas tanah untuk menunjukkan betapa gembiranya diriku. Inda disangka jejaka sepuluh sen macam aku ani kana sukai jua oleh cewek million ringgit macam si Zaiton.

Maka bermulalah kehidupanku yang baru. Kalau dulu aku seorang bujangan, sekarang ani aku sudah ada pasangan. Aku ingat sudah ku bergirlfriend ani makin banyak belanja. Tapi inda. Si Zaiton ani inda sama dengan bini-bini lain. Inda materialistik, walaupun ia atu anak orang kaya. Yang cemanitah bisai dijadikan calon isteri ni. Calon menantu bini pun bisai.

Setelah sekian lama menjadi pasangan kekasih, si Zaiton pun bercadang membawa aku berjumpa dengan orang tuanya. Pada mulanya aku menolak, pasal aku masih belum bersedia. Sekali menyamal tia pulang si Zaiton ani. Si manis ani tah banar. Maka akhirnya aku pun terpaksa bersetuju.

Hatiku berdebak-debuk seperti paku kana ketuk apabila tiba harinya untuk bersemuka dengan indung si Zaiton. Aku berharap segala-galanya akan berjalan dengan lancar meskipun hatiku berasa inda sedap seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku.

Aku pun tiba di rumah si Zaiton dan disambut olehnya. Sebelum masuk berjumpa dengan indungnya, ia memastikan penampilanku di tahap yang memuaskan. Payah jua eh tedapat girlfriend yang ada indung orang kaya ani. Semua mesti di tahap yang berkualiti.

"Sorry sayang. My parents ani andang fussy sikit ni,"ujar si Zaiton sambil membelai pipiku dengan lembut.

Lapas atu ia pun menjemput aku masuk. Aku menjadi semakin nervous. Si Zaiton menarik tanganku dan membawa aku ke ruang tamu dimana kedua ibu bapanya sedang beristirehat.

"Mummy, daddy hiiii. Memperkenalkan ani boyfrenku. Si Sudin namanya,"kata si Zaiton memperkenalkan diriku dihadapan orang tuanya.

Ibu dan bapa si Zaiton pun memperamati diriku dari hujung kaki hingga ke hujung rambut.

bersambung...

Tuesday, October 6, 2009

Antara Dua Darjat part 2

Setiap malam sebelum ku melelapkan mataku yang kuyu ani, aku senantiasa berharap supaya dapat berjumpa dengannya di alam mimpi. Malangnya harapanku atu selalu inda menjadi. Mimpi basah tia pulang selalunya.

Telah ditakdirkan satu hari atu, aku mendapat peluang keemasan untuk berjumpa dengannya. Tanpa disangka-sangka aku telah ditugaskan untuk menghantar barang ke tempat kediamannya. Alangkah riang dan gumbiranya di hatiku umpama ambuk mendapat pisang emas setelah mendapat tahu aku akan berpeluang untuk menatap si pujaan hatiku secara dekat. Mungkin anitah jodoh kali namanya.

Di sepanjang perjalananku ke rumahnya hatiku sentiasa berdebak-debuk seperti gendang beduk kana katuk. Sesungguhnya aku berasa nervous di tahap maksimum yang paling maksima.

Dan akhirnya aku pun sampai ke destinasi yang dituju. Seperti yang ku jangka, si pujaan hatiku sedang bersiar-siar di tamannya. Dari jauh sudah ku terpesona, apatah sudah hampir-hampir. Terpegun sampai kan pengsan ku dibuatnya. Baik jua aku ani nada penyakit pitam.

Aku pun memberanikan diriku menegur si pujaan hatiku atu meskipun sesungguhnya aku berasa malu-malu babi.

"Selamat pagi. Aku ani kan menghantar barang. Lurus kah ni alamatnya?"aku bertanya walaupun yang banarnya aku tau alamat atu memang lurus.

"Oh, selamat pagi. Mari, cuba ku liat,"balasnya sambil matanya meliat tepat ke mataku. Ayu, memang ayu. Terpesona ku dibuatnya. Girigitan ku meliat. Ditambah lagi dengan senyumannya yang boleh membuatkan hati-hati jejaka cair seperti cairnya aiskrim yang kana jamur.

Maka dari perbualan atu, untuk memendakkan cerita lah ah, kami pun mula berkawan. Nama si pujaan hati atu ialah Zaiton.

Bersambung...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More