Your Thoughts


Tuesday, January 5, 2010

Menyingkap Kain Sarung: Nasi Katok siri 3

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh dan salam muhibah saya ucapkan kepada para penonton yang manis menawan lagi budiman. Bagaimana dengan perkhabaran anda pada malam ini? Saya harap anda semuanya berada dalam keadaan seratus-peratus sihat tanpa sebarang penyakit. Tetapi sekiranya anda kurang sihat, saya sarankan anda supaya menyihatkan diri dengan banyak-banyak meminum air botol Sehat.

Ya, anda pasti perasan dan tertanya-tanya mengapa rancangan Menyingkap Kain Sarung ini tidak ke udara selama sebulan. Yang sebenarnya CEO kami inda mampu membayar bil elektrik pada sebulan yang lalu, yatah studio inda dapat dipakai pasal elektrik kana putung. Mun sudah inda bekaran, manalah dapat rancangan Menyingkap Kain Sarung ani on air.

Tetapi kami bernasib baik, kerana jiran sebelah rumah CEO kami, Haji Takung yang dermawan lagi menawan dengan berbesar hati mahu meminjamkan sejumlah daripada wangnya untuk membayarkan hutang bil elektrik bagi studio ini yang sudah tinggi menimbun umpama gunung Kinabalu. Maka dengan itu Haji Takung, saya, Haji Sabtu, sebagai wakil rancangan Menyingkap Kain Sarung, ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas bantuan tersebut walaupun yang sebenarnya abiskita atu inda ikhlas kan meminjamkan usin pada mulanya.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf dan ampun beribu ampun kepada semua penonton diatas ketidak munculan kami selama sebulan di kaca televisyen. Harap-harap tidak ada diantara penonton yang menyamal semasa ketiadaan kami. Jangan kuat menyamal ani, karang jadi babal.

Baiklah tanpa membuang masa lagi, rancangan Menyingkap Kain Sarung kali ini akan menyambung lagi siri Nasi Katok yang alum pandai habis-habisnya sedari dua episod yang lepas. Ya, pada dua episod yang lepas, krew rancangan kami telah cuba mengupas asal usul nasi katok. Sekiranya anda termiss kedua-dua episod tersebut, anda boleh menontonnya dengan membeli DVD Menyingkap Kain Sarung cetak rompak di kedai komunis atau di kedai-kedai DVD cetak rompak yang berdekatan dengan rumah anda.

Dalam episod-episod tersebut, krew kami telah gagal mengorek cerita asal-usul nasi katok yang sahih kerana kami telah menemubual orang-orang yang salah dan inda bulih diharap. Oleh kerana itu, krew kami pun berputus asa dan akhirnya kami pun mengalah. Maka dengan itu, sekiranya anda ingin tahu akan kebenaran asal-usul nasi katok, pandai-pandai lah buat kajian sendiri. Selamat maju jaya saya ucapkan.

Untuk siri kali ini, kami akan menunjukkan tiga klip eksklusif dimana kami telah membubut dan menguyung tiga orang yang tidak bersalah untuk ditemubual. Dalam temubual tersebut kami telah bertanya akan soalan-soalan yang berkaitan dengan nasi katok. Tanpa membuang masa lagi, ayo mari kita saksikan temubual-temubual tersebut.

***
Krew: Assalamualaikum.

Orang 1: Waalaikumsalam. Eh dari Brunei siuk kah ni?

Krew: Ih bukan ih. Kami ani dari rancangan Menyingkap Kain Sarung yang famous ah.

Orang 1: Owh, rancangan Menyingkap Kain Sarung... Inda pernah ku dangar pun. Channel berapa kan tu?

Krew: Antah, sendiri tah abiskita mencari channel berapa nanti tu. Inda banyak masa ku ni kan membagitau... Anyways, kami ani kan menebual abiskita pasal nasi katok. Apa pendapat kita pasal nasi katok ani?

Orang 1: Minta maap tah ku wang. Aku ani Vegetarian, jangantah kau tanya aku. Inda ku pernah makan nasi katok ani.

***
Ternyata, temubual yang pertama diakhiri dengan kegagalan. Tapi tidak mengapa, kita masih
ada dua buah klip lagi untuk dikongsikan. Sekarang mari kita lihat temubual yang kedua.

***
Krew: Assalamualaikum.

Orang 2: ....

Krew: Adih inda mau menjawab salam ni... Tau kita kami ani dari rancangan mana...?

Orang 2: .....

Krew: Adih jual mahal ni, inda mau menjawab!!! BABAU KAH?!!

Orang 2: *menangis*

Krew: Astah, menangis tia pulang. Yo cameraman, cemana ni?? Apa patut ku buat??

Cameraman: Yang kau asi-asi kan interview BABY atu behapa? Macamtah ia merati becakap. Pandai-pandai tah kau mendiamkan tu eh. Lari ku dulu, marah karang mamanya. Bye!!

Krew: oi oi, jangan tinggalkan aku!! Makin kuat menangisnya ah!!

***
Aduhhhh, nampaknya krew kami menemui kegagalan sekali lagi. Inda dapat diharap abisdurang ani. Makan gaji buta tah banar. Tapi jangan khawatir, kita masih ada sebuah lagi temubual untuk kita saksikan bersama. Sekarang mari kita lihat.

***

BLANK SCREEN

***
Oh malangnya kita tidak dapat menyaksikan temubual yang ketiga tersebut, kerana cameraman masa hari atu lupa menekan butang record. Padantah blank screen. Mati eh, inda dapat diharap durang ani. Ada-ada saja masalahnya.

Nampaknya itu saja masa yang kita ada. Saya harap para penonton berasa puas hati dengan siri kali ini yang berkisarkan mengenai nasi katok walaupun banyak FAIL. Tapi tidak mengapa, Insya-Allah pada siri-siri yang akan datang, kami akan mengupas pula topik-topik lain yang jauh lebih mengasyikkan. Akhir kata dari saya, Assalamualaikum, selamat malam dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap seseuka hati." Semoga berjumpa lagi di siri yang akan datang.




ps: Amalina Isa, nah belated birthday gift untukmu :p

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More