Your Thoughts


Sunday, October 26, 2008

The Detective Returns-Part 3

Si Ratna pun keluar dari keritanya. Jantungku dup dap dup dap udah ni. Awkward jua rasaku pasal yang dua-dua ani bagas ex ku. Dua-dua ani relatives lagi tu. An incovenient coincidence ni eh. Kalau ku balik, inda jua dapat. Gerenti jua bertembung sama si Ratna masa on the way ke kerita ku. Ah, stay sajalah. Bukannya membawa maut jua kalau ku stay.

Langkah demi langkah si Ratna kian menghampiri kami. Aku masih memikirkan apa yang patut dicakap. Bayangkan bila si Ratna mendapati aku ani ex si Suraya, dan si Suraya mendapati aku ani ex si Ratna. Bukannya apa tu aku atu. Aku takut durang cat fight. Karang kalau durang cat fight, tepaksa tah ku jadi refferee. Aku mana mau jadi refferee. Kalau jadi penonton mau ku. Astah... Jauh jua aku melarat ani... Datang tia lagi angan-anganku atu..

"Eh, Zakaria!"ujar si Ratna yang selalu tebiasa memanggil aku Zakaria, nama panjangku.

Si Suraya terbangang bila si Ratna menagur aku. Lalu, ia pun betanya,"Eh, kenal kau si Zack ani na?"

"Mistilah aku kenal. Kawan ku masa di Uni ni dulu si Zakaria ani!"balas si Ratna.

Phewwww!! Baik jua disabutnya "kawan". Mun disabutnya "ex" tadi, syabas tu eh.

"Ahhh... Ia ani kawanku sekulah jua dulu ni. Kelurusan kami ani tejumpa disini, yatah becerita-cerita kami sekajap,"ujar si Suraya lagi.

Nah, baik jua dua-dua menyabut aku sebagai kawan. Selamat sejahtera lah ku ni buat sementara ani. Lapas atu kami pun mempelawa si Ratna duduk sama-sama kami. Ulih kerana terlalu boring kami pun bemain London Bridge disana. Selain main London Bridge, kami main datuk harimau, main carah duduk, main carah tapuk, main carah kaki dan macam-macam lagi lah. Tapi eksyen ku pulang tu. Gila, bari malu kali ah urang-urang dewasa macam kami ani main macamatu di khalayak ramai, walaupun ari atu inda ramai urang ke pantai.

Mostly kami becerita-cerita ganya lah. Tapi kadang-kadang diam ku ganya. Pasal durang dua atu kadang-kadang becerita pasal topik yang inda ku tau-menau. Pasal artislah, pasal drama korealah, pasal p2f lah, pasal tudunglah, pasal shopping lah dan lain-lain topik-topik yang selalu dibincangkan ulih bini-bini. Topik sensitif ada jua lah. Tapi malas ku menyabut. Karang kana ucap tia aku pervert.

Dan ulih kerana kami inda membawa makanan, parut kami pun terasa lapar. Maka kami pun planning kan pigi ke Hj Gillien's Cafe. Tapi ani arah cawangan Muara. Baru buka bah, yatah mau jua merasa makanannya. Lagipun ada free teh tarik kata si Suraya. Tapi secawan pulang ganya tu. Inda apalah. Janji free.

"Eh, tunggu dulu eh. Aku ke jamban sekajap,"kata si Suraya tiba-tiba.

So, ia pun ke jamban lah. Tapi sebelum atu disuruhnya kami menunggu di kerita masing-masing. Maka kami pun ikutkanlah cakapnya atu. Menyusahkan si Suraya ani. Cubatah suruh saja kami menunggu di Hj Gillein's Cafe. Ani batah tia lagi menunggu. Baik jua ia ani lawa, mun inda mana ku menunggu ni.

Tunggu punya tunggu, alum jua nampak tubuh si Suraya ani. Lalu, aku pun keluar dari kerita dan mengaga si Ratna.

"Ratna, batah jua si Suraya di jamban atu. Kan sejam setangah sudah ni. Kalau beria, mana ada batah sampai macamani ni. Me beria paling batah pun sampai 20 minit ganya. Inda me tau kamu bini-bini ah.."ujarku arah si Ratna.

"Eh barigali you ani eh! You punya batah beria pun kan dibagitau. Agatah you checkkan di jamban atu. Malas me kan keluar,"balas si Ratna dengan manja.

"Mengapa pulang me? You lah. You bini-bini. Indakan me masuk jamban bini-bini. Karang kana ucap pervert."

"Eh, awuwah. You laki-laki jua hehe."

So, si Ratna pun keluarlah dari keritanya dan pigi ke tandas awam yang ada di pantai atu. Lima minit lapas atu, si Ratna pun keluar begagas mengaga aku. Raut wajahnya menunjukkan kerisauan. Aku dapat merasakan ada perkara buruk terjadi arah si Suraya. Di tangan si Ratna atu ada sesuatu yang dipigangnya. Bentuknya macam wallet.

"Zack, si Suraya nada arh jamban ah!!! Walletnya tejumpa ku ampai-ampai di lantai jamban atu!!!"kata si Suraya dalam keadaan panik sambil memigang kedua-dua tanganku. Matanya mula belaing sudah.

Eh magic jua si Suraya ani. Indakan si Suraya meninggalkan kami macamatu saja. Lagipun keritanya masih disini. Inda patut ia jalan kaki ke Hj Gillien's Cafe. Kalau ia bejalan kaki ke sana pun, macamani ia kan membayar. Walletnya ampai-ampai arah jamban. Hmmmmm....

Thursday, October 23, 2008

The Detective Returns-Part 2

Previously: Ulih kerana terlampau keboringan di rumah, Detektif Zack pigi ke pantai buat kali pertamanya lapas enam tahun inda pernah kesana. Masanya angan-angan kan si Ratna, ada urang menagur ia.

"Waalaikumsalam. Eh..."aku menjawab salam yang diucapkan ke arahku sambil tergamam meliat urang yang menagur aku atu. Rupa-rupanya si Suraya, ex-girlfriend ku masa di sekulah dulu. Nah, kedapatan tia ex ku seorang lagi. Sasak ku penulis cerita ani. Semua private life ku di expose kannya.

"Eh, mengapa tediam ani? Ani Suraya bah. Ingat?"tanya si Suraya, sambil membuka sunglassesnya. Wah, lawa lakat ia ani.

"Ingat eh. Apa pulang inda ingat..."balasku sambil kontrol macho.

Lapas atu cerita-cerita lah kami. Yatah perkara biasa yang selalu dibuat ulih urang-urang yang batah sudah inda bejumpa tu. Topik yang diceritakan macam biasalah, pasal keraja, pasal kawan-kawan dulu, pasal cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami, pasal kenangan zaman sekulah dan sebagainya. Baik jua ia inda betanya pasal love life ku masa ani. Mun inda awkward pulang rasaku karang.

"Bukan jua bah Sur. Bahapa kau ke pantai ani?"tanyaku, mengubah topik perbualan.

Si Suraya pun menjawab, yang ia kan bejumpa cousinnya. Oh bejumpa cousin.. Pikirtah bejumpa boyfriend tadi. Single tah kali banar ia masa ani. Ada harapan ni heheh. Nah, datang tia gatal ku atu.

"Aku sama cousinku ani andang suka ke pantai,"si Suraya membagitau arahku, walaupun sebenarnya inda ku betanya.

"Bahapa? Sun-tanning kamu?"balasku.

"Bahapa pulang kan sun-tanning di Brunei ani. Silap-silap sun-burning ada pulang!! Mun paham bisai!"ujar si Suraya sambil tekidum.

Lapas atu dibagitaunya lah arahku, yang ia sama cousinnya atu suka me-rileks-kan minda dan menghilangkan stress di pantai ani every week. Tapi kan, aku datang kesini, inda jua mau rileks utakku. Makin banyak angan-angan ada pulang. Tapi angan-angan ani kira me-rileks-kan utak jua lah. Next week datang ku lagi kesini. Dapat jua angan-angan. Sambil-sambil atu bejumpa ku jua si Suraya.

Sambil-sambil menunggu cousinnya datang, kami pun bejalan ampir-ampir coast atu sekajap. Panas bah Brunei ani, yatah inda kami tahan. Hangus kulit ni mun batah-batah bejamur. Bukan lagi hangus, ada cair badan kali ulihnya. Yatah akibat global warming ni. Please do something to stop global warming. Pasal kalau inda di-stop, Brunei ani makin panas. Eh, beceramah tia pulang aku ani nah.

On the way balik semula ke hut yang kami duduki tadi, sampat lagi si Suraya memutik she sell tu. Eh, salah... Bukan she sell, sea-shell!! Membari confuse bah she sell sama sea-shell ani. Mun exam oral English, kana putung markah sudah tu.

Alum batah kami duduk, si Suraya pun beterais sambil menunjuk-nunjuk,"Tu nah cousin ku sudah datang!"

Aku pun meliat ke arah yang ditunjukkannya atu. Ai? Kerita Toyota Vios. Macam kenal. Sekali ku liat license plate nya. Memang aku kenal kerita ani. Cousin si Suraya ani.... Si Ratna kah?

Tuesday, October 21, 2008

The Detective Returns - Part 1

Gila, lama ku inda membuat cerita pasal Detective Zack ani haha.

***
Usin pembari Encik Jaini semakin hari semakin bekurang. Menyasal ku overspending. Mengapa tah aku inda menyasal awal-awal. Inda jua ku overspending. Ani sudah kurang, barutah kan menyasal. Ataupun cubatah perasaan menyasal ani inda wujud dalam dunia ani. Inda jua ku susah hati kan. Bukannya apa tu aku susah hati ah. Karang mun ku inda beusin, macamana ku kan membayar astro ku? Payah tia lagi karang meliat EPL. Syabas lah.

"Eh, Zack. Angan-angan kau kah?"tiba-tiba mamaku menagur aku. Terkezut ku eh mama ku ani. Sikit lagi ku tekantut.

"Kita rupanya ma. Mana ada ku angan-angan. Aku meliat kipas di atas atu. Bisai bah,"balasku eksyen-eksyen.

"Kipas yang behabuk atu kau ucap bisai? Jangantah kan eksyen arah mama. Tau mama tu bila kau angan-angan. Bah, mama kan ke bilik dulu. Jangan banyak angan-angan dih!"

Nah, tekana ku sekali. Yatah payah mun tedapat mama bekeraja lawyer ani. Inda dapat ditipu. Entah berapa ramai sudah mua penipu dijumpainya arah mahkamah atu. Biasa sudah tu ia meliat macamana usul mua penipu. Sesudah mamaku hilang dari pandangan, aku pun menyambung angan-angan ku balik.

Tapi malangnya inspirasi kan be-angan-angan atu hilang tia jua. Kacau bah mamaku atu, siuk sudah aku angan-angan tadi. Sebenarnya be-angan-angan ani inda dapat dikacau. Kalau dikacau, inda tia lagi dapat disambung lapas atu. Yatah aku pun mengambil keputusan untuk bejalan keluar. So, aku pun keluar rumah, mengaga kerita Honda Jazz ku, buka pintunya, hidupkan enjinnya, duduk, tutup pintu, menurunkan handbrake, tukar gear D, pigang stering dan mula menakan minyak. Wah, detail banar jua ku membagitau arah kamu ani.

Mula-mula aku atu planning kan lepak-lepak arah Hj Gillien's Cafe. Tapi balik-balik jua sudah kesana. Kelanguan jua. Lagipun kalau ku kesana, keluar tia usin ku karang pasal minum teh tarik balik-balik sampai 20 galas. Last-last aku pun decide untuk pigi ke pantai Berakas since aku batah sudah inda ke pantai. Paling last aku ke pantai, masa enam tahun lalu. Si Ratna yang membawa aku. Kami kesana kan meliat sunset. Gila, kenangan terindah eh. Kalau lah kami masih couple sampai sekarang.. Heys... Menyasal tia ku pulang nah..

Sesudah sampai, aku pun meletakkan keritaku. Hari atu inda berapa ramai urang. Dapat dihitunglah. Lapas parking, aku pun keluar lalu duduk arah hut yang inda berisi. Di sebalah ku ada segolongan remaja yang sedang hangout sambil menikmati suasana. Makan-makanlah, ketawa-ketawa lah, becubit-cubitan lah, main frisbee lah dan beberapa aktiviti lain yang biasa dibuat dipantai. Teringat tia ku nah, masa zaman sekulah ku. Masa hangout sama kawan-kawan atu tah yang paling berharga. Becali, begosip, buat pranks, buat homework last minute, lepak di kantin, lepak di jamban... Rindu ku zaman sekulah atu eh.

Thank god ada facebook. So, adalah kawan-kawanku yang masih dapat ku contact. Masa ani sorang-sorang sudah sibuk dengan komitmen masing-masing. Bukannya macam dulu. Inda banyak kan diingaukan. Yang kan diingaukan boyfriend/girlfriend, homework sama exam ganya.

Di pantai ani teringat tia ku jua pasal kes Encik Jaini. Talur eh Encik Jaini atu. Adakah urang asing diucapnya makhluk asing. Syabas banar ia atu. Selain teringatkan kes Encik Jaini, teringat tia ku jua masa si Ratna membawa aku kesini kan meliat sun set. Balik-balik jua ku teringatkan pasal si Ratna ani.

Masa atu summer break. So, kami UK students pun balik ke Brunei untuk becuti kan bejumpa family & friends. Yatah masa cuti atu si Ratna membawa aku ke pantai Berakas kan meliat sun set. Sebagai seorang boyfriend yang mithali, aku pun ikut saja request nya atu. Kenangan terindah banar eh.

"Assalamualaikum. Zack, is that you?"tiba-tiba ada urang membari salam arahku. Aku pun menoleh ke siring untuk meliat siapa.

Sunday, October 19, 2008

Sorry for the lack of updates

I've been busy lately. Nada idea bernas muncul for posting new stories. At the moment probably, my boredom bin will be at a break for a while hehe, since I need to create a website for the MBSoc society which is still under construction. At the same time I need to prepare a presentation due nexw week and slideshows for the MBsoc meeting this wednesday.

I am really sorry to dissapoint my loyal readers who kept viewing my blog daily. But dont worry, once aku be-idea berabis, betimbun tu post ku karang hehe. Insya-allah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More