Your Thoughts


Sunday, August 31, 2008

Bruneians

Post ani pasal Bruneians, apa yang ada di Brunei & budayanya from my point of view. Maybe banyak sudah kamu baca dimana-mana ni.

1)Every meeting/gathering, walau damit sekalipun, mesti disudahi dengan acara 'mengasuh parut' tu.

2)Suka complain daripada membuat tindakan.

3)Emo and scene kids are on the rise di Brunei. Liat saja tah di Mall Gadong atu.

4)Tau sudah Brunei ani panas, tapi masih jua ada yang memakai jacket/sweater (males ah, kalau females aku faham lah pasal apa. Durang kan tutup aurat) atu masa bejalan-jalan. Mengikut arus fesyen lah tu konon. Tourists ku liat nada jua makai cematu haha.

5)Teenagers and young adults masa ani, kalau sehari inda chatting di MSN inda sah. Even kanak-kanak pun pandai tia jua kan chatting di MSN.

6)Di friendster durang ada about 500++ friends. Kira banggalah tu banyak kawannya di friendster atu. Tapi yang durang kenal banar-banar & pernah jumpa maybe dalam 20% or less ganya kali. Syabas!

7)Ada parking kusung banyak, masih jua mau parking arah tempat yang ada tanda NO PARKING. Kadang-kadang ada jua yang parking arah tempat kerita lalu. Bukankah menyusahkan urang lain tu. Walaupun kan maksa parking hampir.

8)Banyak urang Brunei mampu memiliki kerita sendiri. So, sananglah kemana-mana. As a result inda banyak urang Brunei pakai public transport especially yang bus purple atu hahahaha.

9)Achai param pam pam ialah 'artis' Brunei yang berjaya meraih populariti dalam masa yang singkat. Yang membuatkannya famous atu video 3gp nya yang menunjukkan ia sedang menyanyi lagu 'aku bana-bana kan kau' pakai baju asgar. Inda batah atu lagunya tarus jadi siulan urang-urang Brunei. Kana jadikan ringtone lagi tu! hahaha

10)Nasi katok sudah jadi makanan tradisional kitani hahaha. Macam-macam nama nasi katoknya si Brunei ani. Ada tia nasi katok mama, ada tia nasi katok lambak, ada tia nasi katok JJ and etc. Nasi Latuk ganya alum ku tejumpa. Latuk and katuk sama ertinya kan?haha

11)In terms of providing education, Brunei is one of the best. Free lagi tu. And macam-macam kemudahan kana bagi. So patutnya kitani students bersyukur lah. Jangan kan tau mengomplen ganya.

12)Pirated DVDs and VCDs are everywhere di Brunei ani hahaha

13)Keraja-keraja buruh di Brunei ani kana monopoli ulih foreigners.

14)Sekiranya tah kamu batah inda bejumpa someone, cari saja tah di Mall Gadong. Ada high chance kamu tejumpa ia disana tu. Biasalah, Mall Gadong atu kira the main social centre di Brunei kali ah.

15)The last 10 days of Ramadhan di Brunei dipanggil sebagai malam lailatul kadai, bukannya lailatul qadhar.

Bah atu saja dulu, nada idea ku lagi. Btw Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Siapa yang rasanya cukup syarat bepuasa atu, puasatah. Jangan inda puasa. Kalau yang alum mandi wajib atu, mandi wajib tah lakas-lakas. Hari Selasa ani kitani start puasa ni. Iatah masa yang paling sesuai untuk be-diet sambil beramal ni.

Friday, August 29, 2008

007.5:The Spy Who Spoilt Me-part 17

previously: Masa 007.5 dibawa ulih Mikail Sekupil ke satu tempat, tiba-tiba dua urang agent bini-bini menyelamatkannya.

Agent bini-bini atu pun membuka ikatan ku. Antah macamana kekalatan mataku bulih hilang serta-merta sedangkan tadi aku sudah tekana semburan sleeping gas. Mungkin pasal keseksian tubuh agent bini-bini ani kali yang membuatkan mataku 'tercuci' secara automatik. Finally, semua ikatan ku sudah pun terbuka. Dan aku pun berdiri dengan bangganya. Freedom!!! Finally!!!

"Bukkk!"tiba-tiba aku terabah semula pasal kakiku masih numb, pasal teluan batah kana ikat atu kali. Hilang macho tarus eh.

"Ok kau 007.5?"tiba-tiba agent bini-bini atu betanya arah ku sambil menulung membanguni aku supaya bediri balik. Wow, ia tau namaku! Udah nyangku, aku ani famous.

Lapas ku dapat bediri dengan stabil, bini-bini atu pun mengarahkan aku supaya me-rescue The Bodyguards & si Alyssa, sementara ia dengan kawannya akan meng-handle si Mikail Sekupil & si Pikachu yang masih ampai-ampai di lantai. Tanpa bepikir panjang, aku ikut saja cakapnya. Aku pun berlari-lari anak menuju ke bilik dimana The Bodyguards & si Alyssa kana tapuk.

Tapi taskku atu inda semudah yang ku sangka. Didalam perjalanan ku atu, terserempak tia ku jua dengan members Kubra Gang Brunei. Dalam sepuluh urang lah semuanya. Barangkali durang tedangar bunyi kaca pacah atu kali, iatah kan begagas kesana kali. Kacau eh abisdurang ani. Anikan urang gagas jua.

Apabila durang teliat aku, durang pun beranti belari. Aku pun tepaksa tah stop jua. Sorang-sorang start meliatkan mua karas masing-masing. Ada jua yang start flexing durang punya muscle, walaupun pengliatanku durang atu inda be-muscle. Belamak adalah. Ceh, ingat aku takut lah tu! Sedangkan si Batista WWE atu lagi dapat ku kalahkan, apatah lagi abisdurang yang macam si-taie ani.

Durang pun mula berlari menuju aku, bersedia dengan penumbuk dan penerajang masing-masing. Sambil tersenyum sinis, aku pun mengumban sleeping gas grenade yang kucuri dari agent bini-bini yang menulungku tadi. Hahahaha mana bini-bini atu sadar tu aku "meminjam" barang 'bagus'nya ani. Masa grenade atu arah mid-air sorang-sorang ahli Kubra Gang Brunei atu belarian. Pandai pun takut.

"Lari, lari!Mati kamu karang!Kalau mati, cemana kan membayar puasa kitani yang selalu inda full atu karang!"teriak salah seorang ahli Kubra Gang Brunei. Tapi Apa bulih buat, its too late untuk escape. Apabila grenade atu mencium lantai, gas pun tekeluar. Aku begarak kebelakang sedikit supaya inda tekana sleeping gas atu. Mun tekana, atu syabas tu. Dalam masa yang singkat kesemua sepuluh ahli Kubra Gang Brunei atu pun lena dibuai mimpi. Macam anak damit saja abisdurang ani. Ada tia jua yang sampat mengisap ibu jari. Syabas!

Sedang durang siuk-siuk tidur bekuruh, aku pun meneruskan perjalananku. Harap-harap lapas ani nada lagi distraction. Mengalih ku ni nyamu. Lapar lagi parutku ani. Mun cemani tiap-tiap ari, kurus cangkir mengalahkan tulang kali ku.

Setelah berjalan beberapa meter, akhirnya aku pun sampai ke destinasiku. Aku pun membuka pintu atu, tapi inda tia mau. Elah, bekunci tia jua. Kacau si Mikail Sekupil atu, adakah dikuncinya pintu ani. Cemana gayanya aku kan masuk ni.

"Nah kuncinya,"tiba-tiba seorang lelaki bersuara dibelakangku membuatkan aku terkezut. Dengan automatik aku pun berpusing dan menggenggam tangan laki-laki atu dengan pantas sambil membuat wrist-lock. Si Johnny rupanya. Banci banar ku meliat muanya ani.

"Adahhhhh!!! Oi sakit wah!!! Aku ani agent USRB sebenarnya bah!!"teriaknya.

"Kau ingat aku pecayakah? Berapa kali aku tertipu ulihmu!"aku membalas.

"Awuuu banar, sumpah!! Aku ani double agent sebenarnya.. Aku kana suruh menyamar jadi Ahli Kubra Gang Brunei."

Untuk membuktikan yang ia atu agent USRB, aku pun betanya arahnya full address USRB. Lurus tia jua jawapannya. So pecayalah ku yang ia atu ahli USRB. Si Johnny pun belumpat-lumpat sambil memigang wristnya yang sakit. Labeh jua ia ani eh, mun sakit, inda jua payah kan telumpat-lumpat. Aku pun mengambil kunci yang tegugur dari pigangannya tadi.

"First of all, aku kan minta maap arahmu pasal malar menyusahkan kau. By the way namaku bukan Johnny, namaku Hakeem. Aku agent 007.6."ujarnya sungguhpun inda ku betanya arahnya. Ada point six lagi tu!

"Bah karang tah kau minta maap. Ani kan gagas tani ni. Kalau kau belanja makan aku di capers baru ku memaapkan kau,"jawabku sambil memasukkan kunci ke dalam keyhole. Lapas beberapa kali kunci atu ku putar, akhirnya pintu atu pun terbuka. The Bodyguards dan si Alyssa terbangang meliat aku dan si Johnny, eh salah... si Hakeem. Without wasting time aku & si Hakeem pun membuka ikatan abisdurang.

Thursday, August 28, 2008

007.5:The Spy Who Spoilt Me-Part 16

previously: Semasa dalam tahanan bersama si Alyssa & The Bodyguards, kidnappers durang si Mikail Sekupil & si Pikachu membuat lawatan mengejut. 007.5 pun dibawa ulih si Mikail Sekupil untuk mengurik informasi USRB,

Parutku bebunyi macam lagu Irwansyah pasal dari antadi alum makan. Lalah ku nyamu. Ani kana paksa bejalan lagi. Kalau buffet di Capers ni antah berapa kali dishes bulih ku talan. Ada jua dalam 100 kali dishes kali lah. Semua dishes full portion tu, nada half portion. Sebenarnya cakap kosong pulang ganya tu. Andangnya urang lapar ani basar nafsunya.

Aku masih lagi berjalan di belakang si Mikail Sekupil sambil lenganku digenggam ulih urang-urangnya. Antah kemana kah kan dibawanya aku ani. Indakan shopping. Tadi katanya ia kan mengurik informasi USRB dari aku. Dengan adanya informasi atu, dapatlah ia menggulingkan USRB. Kalau USRB kana gulingkan, maka tepaksalah semua pekerja-pekerja disana 'gulung tikar'.

"So, aku harap kau mau co-operate sama kami. Mun kau inda mau, inda batah, kembali kerahmatullah lah kau tu,"aku mengingati balik kata-kata si Mikail Sekupil yang sebantar tadi diucapkannya. Kambang pulang bulu ketiak ku mendangar perkataan kembali kerahmatullah atu eh. Eh...., cemana tia pulang bulih bulu ketiakku mengambang ani. Selalunya bulu roma yang mengambang ani perasanku. Lagipun bulu ketiakku basah masa ani. Indakan masa basah, bulu pun bulih mengambang. Inda munasabah eh.

Ulih kerana telampau curious, aku pun bertanya arah si Johnny,"Kemana kan kamu membawa aku ani?"

"Kan ke Mall Gadong lah,"balas si Johnny yang beCALI.

Ingat aku pecaya kah tu. Bahapa jua jauh-jauh ke Mall Gadong, sedangkan di Limbang ada shopping complex. Aku ani mana sanang diacai-acai ni. Ceh!! Ulih kerana sasak, malas tah ku kan betanya lagi. Baik tah diam saja.

Sedang kami meneruskan langkah atu, tiba-tiba tingkap kaca yang berada disiring-siring kami atu pacah serta-merta. Aku pun merabahkan diri untuk mengelak dari tekana serpihan kaca yang pacah atu. Malangnya, ada tia jua kaca mengana muaku yang hensem ani. Garit tia mua ku ni. Si Mikail Sekupil, si Pikachu dan tiga urang-urangnya pun turut merabahkan diri jua. Inda batah atu aku tedangar macam urang mengumban objek melalui kaca atu. Dalam keadaan yang inda berapa clear atu Aku pun mula teliat asap tebal sudah memenuhi tempat atu. Antah inda semana-mana, aku terasa mengantuk secara tiba-tiba. Cis, sleeping gas rupanya!

Dalam keadaanku yang mengantuk atu, aku pun teliat kelibat dua jelama yang masuk melalui tingkap yang pacah atu. Aku pun membuka palak-palak mataku melawan rasa kalat mataku untuk meliat siapa abisdurang. Dari kepala sampai kaki, semuanya be-cover. Macam power rangers bah. Meliat dari susuk tubuh abisdurang yang seksi-meksi atu, gerenti bini-bini ni. Kemudian salah seorang bini-bini atu pun menghampiri ku. Di baju bini-bini atu ada label USRB. Eh, dari USRB? Inda pernah ku meliat durang bedua ani. Indakan durang bedua ani agent baru?

Sunday, August 24, 2008

007.5:The Spy Who Spoilt Me-Part 15

Ulih kerana #1 inda mampu meng-counter apa yang dicakapkan ulih si Alyssa, akhirnya ia pun menjuluri si Alyssa. Inda mau alah #1 ani. Si Alyssa pun apa lagi, dijulurnya lah balik. Macam kanak-kanak ganya abisdurang ani. Tsk tsk tsk. Sekali inda batah atu tedangar tia ku bunyi footsteps dari luar. Dalam masa yang sama si Alyssa dan #1 beranti menjuluri sesama sendiri. Macam asgar bekawat saja bunyinya di luar atu. Tapi ani inda berapa synchronise, bisai lagi bunyi asgar brunei marching.

Dalam entah berapa kali langkah, akhirnya bunyi footsteps atu pun beranti. Alhamdulillah baik jua abis udah, inda jua sakit telinga mendangar. Bulih rusak eardrum ku ni mun mendangar betarusan. Tiba-tiba pintu bilik yang menyimpan kami pun terbuka. Di sebalik pintu atu, ada seorang jelama. Siapa lagi, kalau bukan si Mikail Sekupil yang karas muhanya mengalahkan kekarasan muha si Ujfalusi (pemain bula Czech). Di belakang si Mikail Sekupil ada tiga urang jelama mengiringinya. Salah seorang daripadanya si Johnny, yang masa last night menyamar jadi urang pyscho. Kurang asam punya Johnny. Ptui!

Inda batah atu, ada lagi bunyi footsteps dari luar. Tapi kali ani seorang ganya usulnya. Dan akhirnya pemilik footsteps atu pun menunjukkan mukanya. Si Pikachu rupanya, saspen eh.

"Eh kawan, apa khabar?"tanya si Pikachu.

"Baik eh. Kau apa macam? Siuk kan di penjara atu? Hahahaha!"balasku. Ani baru dinamakan sarcasm sejati.

Tersinggung, si Pikachu pun menggenggam buku limanya dan menghampiri aku. Tapi si Mikail Sekupil menahan kedia, sebelum penumbuknya atu singgah ke muaku yang hensem ani.

"Sabar, Pikachu. Simpan dulu penumbukmu atu,"nasihat Mikail Sekupil. "Lastik saja telinganya dulu,"sambungnya lagi.

Si Pikachu pun melastik telingaku. Aduuuiiiii, padas rasa telingaku eh!!! Syabas!!! Inda kana penumbuk, kana lastik telinga tia pulang. Nasib baik sekali ganya dilastiknya, mun bekali-kali, bulih patah telingaku ni.

Si Pikachu pun teretawa setelah meliat aku yang berada dalam kesakitan sampai belaying mataku. Bukan ku menangis ah, automatic bah tu keluar pasal sakit bagas kana lastik ah. Aku *cough* macho kali ah. Laki-laki macho macam aku ani *cough* mana pandai menangis. So jangan salah paham pasal mataku belaying atu ah.

"Come on lah 007.5, indakan kana lastik pun kau menangis,"sindir si Mikail Sekupil."Anyways...pagi ani aku ada satu perkara penting kan ku bagitau arah kamu. Ulih kerana makin ramai yang kuculik, maka usin ransom pun dengan automatiknya pun naiklah. And aku pun akan bertambah kaya. Bukan kaya ruti paun tapi kaya usin!"

CALI jua si Mikail Sekupil ani. Dapat sudah masuk raja lawak ni, tapi kana reject awal-awal pulang tu pasal telampau CALI.

"Dan selain atu, since kau ada disini 007.5 kami kan mengurik informasi mengenai USRB dari kau. Sasak ku USRB atu, iatah kan ku musnahkan abisdurang atu. So, aku harap kau mau co-operate sama kami. Mun kau inda mau, inda batah, kembali kerahmatullah lah kau tu,"ujarnya Mikail Sekupil lagi.

Lapas atu si Mikail Sekupil pun mengarahkan ketiga-tiga urang-urangnya untuk membawa aku. Aku cuba melepaskan diri dari genggaman abisdurang, tapi apa kan dayaku masa ani. Akhirnya aku mengalah, dan durang pun membawa aku keluar dari bilik atu. Si Pikachu tekidum meliat aku. Puas tah hatinya kali tu meliat keadaan ku ani. Kurang asam. The Bodyguards dan si Alyssa pun inda mampu bebuat apa-apa. Mun ku inda kana ikat tangan dan kakiku masa ani, gerenti udah ketiga-tiga urang yang membawa aku ani patah-mematah tulang abisdurang ni. Ani kana ikat tia jua.

"Bulih kamu buka ikatanku kah? Sangal ku nyamu,"kataku yang cuba mencari excuse supaya ikatan ku kana buka. Dapat jua ku terajang sorang-sorang karang.

"Owh, bulih eh. Bulih, bulih tapi DI DALAM MIMPI!!! HAHAHAHA!!"balas si Johnny yang mengenggam lenganganku. Kedua-dua kawannya yang menggenggam kediaku pun turut ketawa.

Ceh, pandai tia jua beCALI si Johnny ani. Nampak gayanya planku inda menjadi. Sebelum meninggalkan bilik atu, si Mikail Sekupil pun mengunci semula pintu yang dibukanya tadi dan kemudian aku pun dibawa ke suatu tempat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More