Your Thoughts


Saturday, May 31, 2008

007.5: The Spy Who Spoilt Me -Part 1

Cerita ani sekuel kepada drama Sambutan Hari Raya di MS pada tahun 2006.

***

Some of you may know me. And some may not.
Ok, kepada siapa yang inda tau siapa kediaku ani, tepaksa tah ku bagitau namaku jua ni. Tak kenal maka tak cinta. Woiseh!!!hahaha.. Ok, My name is Taha... Mohd. Taha. You can call me Agent 007.5. Kalau kamu menyabut 007.5 atu bukan zero, zero, seven point five ah. Sabut zero, zero, seven poin paip. Atu baru bebunyi kebruneian sikit. Aku ani agen perisik paling muda dalam Unit Siasatan Rahsia Brunei (USRB). Sudahtah paling muda, hensem dan bijak lagi tu. Gila kambang hidung ku eh. Jangan kamu memuji labih-labih ani eh.

Setahun yang lalu, Datin EP, seorang VIP dalam USRB, memilih aku untuk menjalankan sebuah misi yang bulih lah jua di anggap sebagai Mission Imposible. Misiku atu adalah mengambil balik 'barang' Datin EP yang kana curi ulih si Pikachu. No, bukan Pikachu pokemon. Ani Pikachu si pencuri. Ia dapat namanya pasal ia selalu makai topeng pikachu. Kiut jua tu. Tapi aku lagi kiut lah. Nah... kamu puji lagi aku. Kambang tah ku lagi nah. Oleh kerana mission ku atu telampau kacui of course lah mission accomplished. 'Barang' atu dapat di ambil balik dan si Pikachu kana humban lah ke penjara.

Tapi atu last year udah tu. Masa umurku 17. Ani tua setahun ku sudah. Iatah last mission ku kali tu. Lapas atu kana rehatkan lah ku. A-Level exam kali ku ah. Education is my first priority bah. Ani abis plang sudah examku. Sepatutnya aku ke HQ plang ni. Malas tah ku ingau!! Enjoy dan mengacai lah dulu sama kawan-kawan! Abis exam kali ah! Sudah abis usinku baru ku bekeraja balik. Hahaha

Unfortunately planku kan mengacai batah-batah inda menjadi. Baru one week after exam abis, kana message tia ulih Datin EP. Giler, batah ku inda contact kedidia ani. Ia memessage ani time ku meliat cinema sama kawan-kawan. Inda lagi silent mobile ku ani. Inda jua mengacau lah mobile ku ani. Acai banar eh Datin EP ani, apa saja kan dimessage nya ani.

"DTG KE HQ AWAL ANI!! URGENT!!"menurut message atu.

Elah... Awal ani? Time ku meliat wayang! Alum lagi abis ni wayang ah! Aku inda mau rugi, baik ku abiskan wayang ani dulu. Sekali inda batah atu ringing tia mobile ku ah. Inda jua annoying lah aku ani. Kawan-kawan sebalah-menyabalah ani menunjukkan expression kan memakan urang sudah. Takut ku eh durang ani eh. Ku switch off tia mobile ku ah.

Tuesday, May 27, 2008

Cacing

Sory ah, 007.5 masih dalam pembikinan. Maybe in a few days time aku post lah. Storyline ada pulang sudah tu, ganya somehow in the middle of writing atu hilang idea ku. Lagipun masa ani ada gangguan sikit hehehe. Sementara kamu menunggu 007.5 kana post, so aku post lah dulu cerita ani. Kesian jua kamu balik-balik mencheck blog ku ani tapi nada jua ada cerita baru.

Most of us memang ada benda yang kitani paling gali. Ada yang gali kucing, tikus, lipas, siput, babi, bawang, belacan dan sebagainya. Urang yang 'gali hati' ada jua. Tapi atu peribahasa. Hahaha. Aku pun sudah tentu lah ada jua benda yang ku gali. Especially lipas. Sekiranya tah ada lipas di dalam bilik ku, mana ku betidur tu. Misti jua ku bunuh lipas atu dulu, baru ku nyaman tidur. Lipas atu bukan saja ku gali, tapi banci jua. Aku mostly gali sama serangga-serangga yang basar. Kalau lalat, samut dan nyamuk atu indalah.

Becakap pasal benda-benda yang kitani galikan ani, teringat lah ku satu peristiwa yang melucukan masa form 3. Haha baiktah ku pakai nama samaran saja supaya nada siapa-siapa yang terasa malu. Ok hari atu ada seorang kawan yang bernama N, ani membawa cacing ke sekulah (aku inda ingat pasal apa ia membawa cacing atu). Tunjukkannya lah arah kami di kelas ani. Iatah ada seorang kawan yang namanya si P ani gali dengan cacing. Inda dapat dibayangkanlah kegeliannya arah cacing atu. Si N ani dinyayanyalah si P.

Yang lain-lain biasalah, mengetawakan dan mengucap si P. Si P sabar saja. Inda beabis ni kami mengucap si P ani sampai dibawa-bawa ke kantin. Ke kantin atu membali makanan pulang ganya tu, kami inda makan di sana. Makan di mulut kali ah. Hahahaha "cali" aku ah. Makanan atu dibawalah ke kelas. Siuk kaliah makan di kelas. Bulih ubah susunan meja sendiri. Tapi lapas atu susunlah balik. Makanan yang kami bawa ani sudah tentu lah yang betapau. Indakan membawa pinggan dari kantin ke kelas. Atu syabas tu. Betapau atu selalunya pakai styrofoam, dan di kancangi sama rubberband.

Iatah siuk-siuk makan atu masih jua kami becerita pasal cacing. Si N ani malar di liatkannya ni cacing ah. Tapi indalah hampir-hampir banar, kami makan kali ah. Antah inda semana-mana timbul tia niat jahat ku ani. Aku liat kan rubberband atu. Warnanya merah. Bentuknya lagi macam cacing. Heheh apa lagi ku guntinglah rubberband atu supaya nampak macam cacing tulen. Lapas ku gunting, apa lagi ku humban lah arah si P. Ia masih makan masa atu. Aku abis sudah makan.

"Nah P... cacing! tangkap!"teriakku.

Apa lagi... Keluar tia satu reaksi yang inda dapat ku describe. Kamu imagine lah sendiri. Imagine yang ekstrim-ekstrim ah, supaya kamu ketawa. Hahaha cali banar!!! Nampak bah ia gali banar arah cacing atu. Kami yang duduk-duduk ani pun ketawalah. Siapa jua inda ketawa tu.

"Eh eh rileks eh, bukan cacing tu.. gatah ganya tu.. Hahahaha!"jelasku

Lapas mendangar cakap ku atu, barutah ia stop. Baik jua si P ani inda pemarah, kalau inda abis patah mematah tulang kali eh. Cukuplah saja dilontarnya dengan caci-maki yang ringan arahku. Hehehe.. Kenangan eh. Buat si P, kalau kau membaca post ku ani, sory yoh dengan apa yang aku buat arahmu dulu atu. Hehehe inda tau aku lupa sory arahmu hari atu. Andangya tu, masih kanak-kanak bah kitani atu.

Sunday, May 25, 2008

MP - Part 3

Peristiwa ke dua ani membabitkan seorang pelajar yang besigup. Masa belajar lagi tu ia besigup ah. Syabas. Kalau ku inda salah, kejadian ani berlaku lapas abis membuat satu paper qualifying exam kali. Lapas abis exam, sudah tentu kantin jadi destinasi pertama yang dituju. Namanya social centre kan. Alum batah lapas atu ke jamban tah ku sama si Haikal. Jamban yang sama dimana peristiwa pertama yang ku ceritakan dalam previous post atu berlaku.

Masa masuk atu macam biasalah, membuat apa yang sepatutnya. Bukannya kami kan besigup ah. Hahahaha.. Lapas atu becerita-cerita tah kami disana. Topik yang kami bincangkan masa atu mengenai dengan masalah disiplin di sekulah. Biasalah, dua-dua MP kan. Yang paling banyak kami suarakan pasal student besiguplah.

Di dalam jamban atu kamu tau kan ada satu pintu yang dalam nya ruang kusung. Iatah inda semena-mena ada student keluar dari sana. Bau sigupnya kuat. Aku memang tau student atu banyak masalah disiplin di sekulah. Namanya jangantah disabut. Kalau kamu yang tau atu jua, please jangan di sabut arah chat box ku atu. Aku inda mau memalukan siapa-siapa. Instead of keluar dari jamban atu ia mencuci tangan. Suspicious jua ku tu dengan baunya atu. Ku tanyalah bahapa ia di dalam atu, sementara si Haikal memeriksa di tempat student atu keluar tadi.

"Aku tau kamu mau minta nama kan?" balasnya dengan berlagak. Lain yang ku tanya, lain yang dijawabnya. Macam mengakun kesalahannya saja bunyinya ia ani.

"Mil fresh lakat tu bau sigup ah,"kata si Haikal lapas memeriksa tempat atu.

"Besigup kau kah dalam atu? Kau nada kelas kah?"tanya ku lagi.

Anak atu memang taiming dan berlagak. Inda ia menjawab. Mencuci mua ia pulang. Jadi aku minta lah namanya dan kelasnya. Di bagitaunya, tapi pendek nama yang dibaginya atu. Ketara bah menipu ah. Aku minta lah IC nya untuk memastikan (hahaha macam pulis tia pulang aku ah). Katanya IC nya tinggal. Ku Pajal lagi meminta full name nya. Kamu tau apa jawabnya?

"Nama niniku mau kamu jua?"atulah yang keluar dari mulutnya.

"Cali jua kau ani. Bah bulih eh, mun kau kan membagi mana saja,"balasku.

Batah eh kan meminta namanya ah. Caraku ku memajal atu dengan cara yang tegaslah tapi berhati-hati jua supaya aku inda provoke ia. Sebab aku tau student atu memang pekelahian. Tapi last-last mau ia jua membagi namanya dan kelasnya. Memang ia nada pilihan lain lagi pasal selagi ia inda membagi namanya banar selagi atu aku inda membanarkan ia keluar. Kalau ia inda keluar sudah tentu ia miss kelasnya.

Sebelum ia beredar aku sampat bertanya,"banar ni ah nama mu ah?"

"Kalau inda banar mengapa kan?"jawabnya berlagak sambil meninggalkan kami. Baie jawapannya ah. Tapi memang banar pulang nama yang dibaginya atu.

Setelah menerima nama atu, macam biasalah aku berjumpa dengan Cikgu Haiseh. Nya Cikgu Haiseh, student yang taiming atu andang balik-balik sudah kana tulis namanya di dalam buku pasal besigup. Bermasaalah banar anak atu. Aku hairan mengapatah durang ani besigup. Especially students. Mengapa tah jua durang terikut-ikut dengan habit yang bulih memendekkan umur ani. Kalau kan menghilangkan stress, pakailah cara lain yang inda memudaratkan kesihatan. Yang inda besigup atu, jangantah kamu memandai-mandai kan merasa besigup jua kalau inda mau mati awal. Yang sudah besigup atu, manasajatah kamu, asal kamu bahagia. Tapi mun besigup atu di tempat yang sesuai lah, jangan arah urang ramai.

Ok atu sajalah yang dapat ku kongsikan masa ku jadi MP. Masa ani sequel 007.5 masih dalam pembikinan. Kamu tunggu sajalah.

Friday, May 23, 2008

MP - part 2

Selama aku jadi MP ani, ada dua peristiwa yang inda dapat ku lupakan. Peristiwa yang ku alami ani membabitkan students yang melanggar undang-undang sekulah. Salah satu peristiwa ani melibatkan maruahku. Yang satu lagi atu, biasa sajalah...

Ok, yang pertama ani, seingatku masa atu aku hang-out di kantin waktu patang, dalam pukul 1 atu lah. Barangkali lapas meeting ataupun aku kan patrol patang atu. Indakan aku saja-saja stayback. Sama-samaku di kantin, kalau ku inda silap lah, si Awie, Afif, Yazid dan si Fattahah. Prasanku hari atu inda ramai urang stayback. Ataupun masing-masing ada kelas, iatah inda ramai di kantin atu. Macam biasalah, di kantin atu aku megisi parut sambil becerita-cerita sama diurang yang denganku atu. Lapas habis makan, inda semena-mena meragam tia parut ku atu. Maknanya aku kan melabur lah tu, indakan beranak.

Jadi ke tandas lah ku. Masa ku masuk atu, ramai students form 1 bersalin. Bersalin baju ugama bah, bukannya bersalin kan beranak. Macam biasalah mun sudah ramai-ramai atu sorang-sorang tah bekunyanyang. Biar tia, asal durang bahagia. Sudah menutup pintu, macam biasalah, buatlah apa-apa yang sepatutnya. Tau jua apa kan dibuat bila kan melabur. Malas ku membagitau secara terperinci, karang gali saja kamu mendangar.

Di sebelah-menyebelah ku ani, berisi jua dengan students form 1. Bukannya aku menyubuk, tapi kedengaran kali ah suara diurang. Iatah sedang aku menyampaikan hajat atu kedengaran ku salah seorang student form 1 atu menyabut "ku rakam ni kamu betukar baju" balik-balik. Aku inda pulang ingau. Sekali... ada tia tangan student form 1 ani memigang handphone bekamera di atas pintu jamban. Digarak-garakkannya di atas pintu jamban atu. Arah tempatku lagi tu. Baie anak ani kali. PERVERT. Sekali ku marahilah. Kedengaran bah belusiran keluar sorang-sorang. Takut. Lapas atu hilang tarus mood ku kan melabur. Ku cucilah, dan ku pakai balik seluar. Keluar ku dari tempat ku atu. Ku liat ada sorang student form 1 ganya tinggal. Ku tanyalah siapa yang kurang ajar pandai-pandai kan merakam urang dalam jamban tadi atu. Bawanyaku ke kelasnya.

Di dalam kelas atu ada three students. Sekali student yang membawa aku ani tunjuknya arah student yang berhampiran dengan pintu kelas atu.

"Banar ni ia ah?" ku tanya lagi untuk memastikan ia becakap banar.

Meskipun aku marah banar time atu, tapi aku cuba mengawal emosi ku. Mesti bertindak secara profesional. Lagipun aku ani anti-keganasan. Mula-mula ku tanyalah student atu pasal ia merakam atu. Diam ia, sambil menyusun barang-barangnya. Taiming anak ani. Ku tinggikan lah suara, baru tah ia mengakun. Dua students yang lain atu keluar. Tungkal bah. Lapas atu ku lecture lah student atu. Ia tunduk-tunduk saja. Muanya atu innocent berabis, tapi mana kira. Salah atu tetap salah. Last-last ku minta namanya, kelasnya dan ku gambar muanya. Tapi sebelum ku beredar ku suruh delete apa yang dirakamnya atu. Mudah-mudahan tah di deletenya. Tapi di deletenya kali eh, kalau inda famous tia ku udah di internet. Hahahahaha.

So isuk-isuknya ku report arah Cikgu Haiseh. Prasanku si Najib sama si Kam ada kali jua mendangani aku. Cikgu Haiseh ani baik urangnya meskipun ia seorang yang tegas. Kamu saja tu yang assume ia atu terlampau strict. Ku ceritakan lah apa yang terjadi. Cikgu Rikus pun ada jua time atu. Ketawa-ketawa lah durang yang mendangar cerita ku atu. Setelah atu, Cikgu Haiseh pun menyuruh menulis namanya dan kelasnya di sebuah buku. Sekali isuk-isuknya ada kana sabut namanya eh masa annoucement. Puas hatiku, biar ia.

Peristiwa ke dua atu next post tah ku cerita...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More