Your Thoughts


Thursday, May 14, 2009

Hikayat Awang Gombrong

Di sebuah kampung yang bernama Kampung Lampung Pajah, tinggal seorang pemuda bersama ibunya di sebuah rumah yang inda jua basar banar lah. Basar lagi rumahku kali. Nama pemuda tersebut ialah Awang Gombrong. Ia ani nada kena mengena sama Pak Gombrong ni. Coincidentally sama saja nama durang ani.

Maka tersebutlah suatu hari yang jatuh pada 28 Ogos tahun nyamuk (masa atu tahun masihi alum kana pakai), Awang Gombrong ani berhajat untuk menggembara berjumpa dengan Tok Guru Bagol. Tujuannya si Awang Gombrong ani adalah untuk memperkuatkan ilmu di dadanya. So, ia pun memberitahu hajatnya atu arah ibunda tersayangnya yang bernama Hajah Lauyah. Pada mulanya Hajah Lauyah berat hati untuk melepaskan anaknya, tapi lapas si Awang Gombrong bejanji kan membalikan kain baju kurung branded 10 pasang, barutah ia setuju. Materialistik jua mamanya ani ah.

Pada minggu yang berikutnya, berlepaslah Awang Gombrong dari rumahnya.

"Bah, ma. Sementara ku nada di rumah ani, jaga diri kita ah. Jangan gauk-gauk,"kata Awang Gombrong sebelum melangkah pergi dari rumahnya.

"Astah, kau tah pulang kan menasihati kediaku. Kau atu yang patut jaga diri. Jangan baulah!"balas Hajah Lauyah.

Maka Awang Gombrong pun mengunjuk tanganya untuk bersalam dengan ibundanya. Sungguh sayu rasa Hajah Lauyah ketika atu. Oleh kerana inda tertahan, ia pun menitiskan air matanya. Mama mana yang inda sayangkan anaknya. Gila, sedih eh. Aku pun menangis ni masa menaip ah. Tunggu sekajap, aku mengambil tissue dulu. Menitis sudah aying di mata sama arah lubang hidung ku ni...

Anyway, bermulalah perjalanan Awang Gombrong untuk berjumpa Tok Guru Bagol yang tinggal di Gua Pisang-Pisangan. Tok Guru Bagol ani inda mampu membayar duit sewa, yatah tinggal di gua atu. Kesian, kesian.

Perjalanan Awang Gombrong dari Kampung Lampung Pajah ke Gua Pisang-Pisangan mengambil masa lebih kurang dalam sebulan lah. Maklumlah, masa atu mana lah ada transportation modern. Namanya cerita ani terjadi dalam tahun nyamuk kan.

Sepanjang perjalanannya atu, pelbagai dugaan yang dirempuhi oleh si Awang Gombrong. Kana goda ulih Puteri Bunian yang serupa dengan Taylor Swift lah, Kana buru ulih Puak Pengait tia, kana kacau ulih sundel bolong tia, tepijak taie kerabau, kana sangat tebuan , kana bubut ulih babi hutan (takutnya kana swine flu), kana pihit ulih gajah dan macam-macam lagi lah. Inda cukup satu muka surat ni mun ku membagitau.

Lapas mengharungi kepahitan, kemasaman dan ketawaran sepanjang perjalanan, akhirnya Awang Gombrong berjaya menjejakkan kaki ke Gua Pisang-Pisangan yang dikelilingi dengan pelbagai spesis pisang. Oleh kerana lapar, Awang Gombrong pun mencabut sebiji pisang yang berada berhampiran dengannya.

"Nyaman eh pisang ani. Mana inda nyaman, makan pree!"katanya seorang diri sambil mengunyah pisangnya.

"Wahai anak muda! Pisang atu bukan pree tu!! Baik bayar karang!!"tiba-tiba seorang pak cik tua muncul di hadapan pintu gua.

Oleh kerana terkejut, Awang Gombrong memuntahkan pisang yang dimakannya.

"Tok Guru Bagol!! Adapun hajat ku kemari ani...."

"Shush! Jangantah kau bagitau. Aku tau sudah hajatmu. Kau kan belajar ilmu denganku kan?"

"Eh, cemana kita tau? Tinggi tah ilmu kita ani banar. Respek ku yaw."

"Kalau macamatu. Adakah kau bersedia? Kalau kau bersedia sudah, akan ku ajar kau segala langkah-langkah yang ku tau supaya kau menjadi seorang jagoan."

"Awu, aku bersedia sudah."

Kagum dengan jawapan bersemangat yang diberi oleh Awang Gombrong atu, Tok Guru Bagol pun membawa masuk Awang Gombrong ke dalam guanya. Di dalam, nampaknya bukan Awang Gombrong seorang saja yang ingin menuntut ilmu dengan To Guru Bagol. Ada beberapa anak muda lain juga yang turut berada disana. Masing-masing menunjukkan gaya dan langkah mereka tersendiri. Hebat banar jua Tok Guru Bagol ani.

"Baiklah anak-anak muda sekalian. Kita akan memulakan pelajaran kitani hari ani. Sila ambil tempat masing-masing dan buat langkah kuda-kuda,"teriak Tok Haji Bagol kepada sekalian anak-anak muridnya.

Mendengar arahan atu, Awang Gombrong pun mencari tempat kosong dan membuka langkah kuda-kudanya.

"Baik, anak-anak muda sekalian. Keluarkan tia segala peralatan memasak kamu!! Hari ani aku mengajar kamu memasak Maggi Kari campur seafood!!"teriak Tok Guru Bagol lagi.

Maka bermulalah kehidupan Awang Gombrong sebagai protege TUKANG MASAK di Akademi masak-memasak Tok Guru Bagol.

The End

ps: Saspen, pikir kan belajar apa tadi =p

Monday, May 11, 2009

My Term Break Finale

Previously: Disaat Haji Kassim kan menimbak kepalaku, ia kana terajang ulih seorang Buajah yang muncul secara tiba-tiba. Sikit lagi ku mati bui. So, aku pun berterima kasih arah Buajah atu pasal ia menyelamatkan nyawaku yang inda bejual di kadai.

Rupa-rupanya buajah yang menyelamatkan aku atu ialah kaka kepada Buajah Timah. Namanya Buajah Marsyanda atau nama timang-timangannya: Alai Syanda. Ia atu betindak sebagai "Head of Bodyguard" kepada Buajah Timah lah jua. Handal jua buajah seorang ani. Walaupun umur macam separuh abad, tapi semangat macam Zhang Ziyi. Respect ku eh. Ani kalau Jackie Chan meliat, ia pun respect kali. Silap-silap, di bawanya pulang belakon kali. Imagine apa title movienya tu nanti. "Dont Mess With My Kain Sarong" featuring Jackie Chan & Buajah Marsyanda. Lawa, lawa. Syabasss.

Sambil membawa back-pack yang hampir-hampir tejatuh arah tangan Haji Kassim tadi, aku & si Veronica pun mengikut Buajah Marsyanda menuju ke bilik Buajah Timah. Yesss, lapas ku mengharungi bejuta-juta ancaman yang hampir-hampir membuatkan nyawaku becarai dari badan akhirnya sampai jua ke happy ending. Usulnya sampat tah ku kawin kali ni.

Lapas belinggang-linggang di sepanjang corridor hotel atu, akhirnya kami pun sampai ke bilik Buajah Timah. Basar jua biliknya ani. Bukan calang-calang usulnya Buajah Timah ani. Bini Pehin kali. Ataupun bini ketua kampung.

"Assalamualaikum babe-babe sekalian. Sorry eh, tepaksa ku minta advance delivery. Berabut pulang kamu ulihnya. Isuk pelakian kan membawa ke Las Vegas nyamu. Ada bisnes bagus punya,"tiba-tiba seorang Buajah yang memakai bath-robe pink muncul dari sebalah kanan kami. Macam Anita Sarawak jua usulnya.

"Hehehe dont worry Buajah Timah. Ada ni nah," jawab si Veronica.

"Bah alhamdulillah, pigang tia dulu. Oh by the way babe, balik-balik sudah ku cakap jangan panggil aku Buajah Timah. Macam inda biasa saja sama aku kadikau ani. Panggil saja kadiaku Timmy bah."

Si Veronica tekidum lapas mendangar kata-kata Buajah Timah sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Aku pun hampir-hampir tekidum mendangar. Sikit jua lagi lah ku tekantut. Baik jua dapat ku tahan.

"Eh, babe. Siapa handsome boy yang kau hirit ani?"tanya Buajah Timah sambil memigang bahuku lapas sadar akan kehadiranku disana.

"Ani partnerku baru. Namanya si Milzam,"balas si Veronica.

Sambil senyum-senyum kucing, aku pun membagi salam arah Buajah Timah dan menghulurkan kedua tanganku untuk menjarahi tangannya.

Lapas menjarahi tangannya, ia pun menyuruh aku sama si Veronica pigi ke bilik tamunya sementara ia menyediakan minuman sama makanan.

Inda lama lapas atu keluar tia Buajah Timah sambil membawa pinggan yang panuh dangan penyaram sama se-jag teh tarik. Eh, macam tau-tau saja kan favourite ku Buajah Timah ani. Aku pun apa lagi, tanpa rasa malu-malu babi pun membaham penyaram yang lama sudah inda masuk ke dalam parutku sepanjang ku di UK ani.

Sambil-sambil menikmati hidangan atu, aku pun mengemukakan soalan yang menjadi tanda tanya arahku semenjak cerita ani start. Sanak bah ku memikirkan nyamu.

"Bukan jua bah buajah. Apa kan sebenarnya barang dalam back-pack ani? Curious banar ku dari tadi,"aku bertanya.

"Ohhh barang dalam ani kah? Kau mau tau babe? Sebenarnya barang dalam ani................"

***
Sepanjang perjalanan balik ke Brunei Hall, aku masih sanak lapas tau identiti barang dalam back-pack atu. Adakah patut, urang sanggup betimbak-timbak, uyung-menguyung sama sipak-terajang berabut kan barang atu. Kalau dipikirkan balik-balik, membari kan ku kubit-kubit bah pipiku yang kiyut ani pasal telampau sasak. Kamu mau tau apa barangnya? Ok, aku recaplah conversationku sama Buajah Timah tadi.

Aku: Bukan jua bah buajah. Apa kan sebenarnya barang dalam back-pack ani? Curious banar ku dari tadi.

Buajah Timah: Ohhh barang dalam ani kah? Kau mau tau babe? Sebenarnya barang dalam ani................ belacan asli dari Brunei.

Aku: Hehehe cali jua kita ani eh. Bisai-bisai bah.

Buajah Timah: Astah babe. Kediaku serius ni. Belacan asli Brunei tu babe dalamnya!! Mari backpack atu. Aku mengeluarkan nah.

Aku: Ahhh.....? Apa eh...? Indakan pasal atu urang sanggup.. timbak-menimbak... uyung-menguyung... sampai aku kan mati ulihnya...

Buajah Timah: Babe, priceless bah tu belacan asli Brunei atu di UK ani. Yatah urang sanggup berabut atu!!

Syabasssss. Rupa-rupanya belacan asli dari Brunei atu yang hampir-hampir membuatkan aku mati. Pffft. Sasak ku eh. Arghhhh!!! Mun dadah, talur panyu, pil ecstasy, intan berlian atau kulit buaya dapat ku terima. Tapi belacan? Arghhhh!!!

The End

Thursday, May 7, 2009

Swine Flu

Barangkali balik-balik sudah ku bagitau kamu ni, bahawasanya cerita "My Term Break" atu inda lagi batah season finale tu. Ganya malas ku menaip sambungannya. Sebenarnya kan menaip ku pulang sudah sambungannya atu, tapi sudah ku pikir balik-balik sampai inda betidur selama 47 jam 60 minit (atau singkatannya 48 jam), akhirnya aku decide untuk pause dulu sambungannya atu. Mungkin isuk-isuk tah ku taip. Mun inda isuk, lusa ku membuat, mun inda lusa, bulan dapan, mun inda bulan dapan, tahun dapan tah tu ertinya. Tapi eksenku pulang tu. Gila, adakan kamu tunggu sampai tahun dapan. Awu, bebulu gigi menunggu.

Aku men-delay sambungannya atu bukan apa. Karang sudah habis, tepaksa tah kamu menunggu batah-batah tu untuk menunggu cerita baru. Plot untuk cerita baru atu ada sudah, ganya isi sama ending alum ada. Plot ceritanya atu kana sumbangkan ulih si Rujhan pulang. Special request darinya tu haha. Yatah kalau kamu ada special request minta buatkan cerita, jangan malu-malu babi bagitau aku. Asal jangan cerita lucah lah. Atu ku ban tarus tu.

So instead of membuat cerita, kan bekunyanyang lah ku sekajap untuk post terbaru ku hari ani. Kira random post lah ni. Sambil-sambil ku bekunyanyang ani agatah ambil dulu segala kerupuk, pop corn, buat milo ping, teh tarik kah apa supaya kamu santai-santai membaca. Mun boring membaca sampai kalat mata, jangantah galat-galatan kan tidur. Inda apa tu, asalkan kamu bahagia. Jangan saja bekuruh masa tidur atu.

Anyway, tadi kan, masa ku main game S.T.A.L.K.E.R, tedangar ku bunyi babi. Squealing lagi tu. Yatah, kebeliangan ku. Ku pikir babi atu disebalah ku bah. Rupanya dalam game. Syabasss eh. Realistic bah bunyinya kalau memakai earphone ani. Ulih kerana kebeliangan, lupa ku pasal game yang ku main ah. Mati pulang kana attack ulih babi atu. Basar lagi babi nya tu. Gila babi bah basarnya. Syabasss.

Becakap pasal babi ani, teringat tia ku Swine flu. Dimana-mana bah ku mendangar penyakit atu. Usulnya memberi ijap pulang. Tapi masa ani ku dangar ada lagi penyakit yang membari ijap (for certain people). Ani pun dimana-mana sama hari-hari ku mendangar ni. Selalu jadi topik perbualan yang paling hangat ni asal ku becerita sama urang. Especially dari last two months lah.

Nama penyakit atu penyakit "EXAM". Penyakit ani tejangkit arah most students ni. Symptoms penyakit ani adalah seperti berikut:

1)Bejaga masa malam
2)Banyak mengasuh parut
3)Malar men-check facebook
4)Level of procrastinating semakin menjadi-jadi
5)Mengantak kepala arah mija atau dinding
6)Selalu dilanda kegelisahan, tapi tatap jua procrastinating.
7)Malar angan-angan
8)minum kupi/red bull
9)Mata jadi mata panda
10)etc

Atu lah symptoms yang ku tahu serba sedikit. Banyak pulang lagi. Ia symptoms nya ani ikut urang lah. Tapi yang baiknya penyakit ani inda permanent lah. Lama-lama hilang tu. Ikut urang pulang jua tu. Kalau urang atu ada satu exam ganya, hilang tia selajur tu penyakitnya ah. Siapa yang banyak exam atu, ampun beribu ampun sembah patik harap di ampun tah tu. Lama lah sikit penyakit atu kan hilang.

Bah atu saja dulu. Post ku ani sebenarnya kan wish kamu-kamu all the best for exams pulang haha. Saja-saja kan memanjangkan cerita =p Mudahan tah kamu semua (yang ku kenal atau inda kenal) success dalam exams kamu, amin. Jangan lupa wish for aku jua hehe. Exam ku dua pulang ganya, tapi wish saja tia. Mana tau wish kamu atu membawa berkat untuk diriku & diri kamu =)

Bah apa lagi, agatah belajar!! Kamu ani membaca blog ku tia pulang hahahaha =p

Monday, May 4, 2009

My Term Break Part 16

previously: On the way aku & si Veronica ke bilik Buajah Timah, kami kana attack ulih seorang uncle tua yang inda kami kenali.

Sambil mencabut uban-ubanan di kepalanya, uncle tua atu mengarahkan kami supaya keluar dari lif. Tanpa sebarang bantahan pasal takut kana timbak, kami pun ikut saja cakapnya atu. Inda disangka walaupun badan uncle tua ani kurus cangkir macam si saiful apek, rupa-rupanya bad-ass urangnya. Apanya peribahasa, "Jangan disangka wallet yang tabal, berisi usin". Peribahasa baru tu bui. Copyright reserved tu ah, jangan kamu cuba-cuba kan menyimbat.

"Bui, kesian ku meliat kau menyikut back-pack ah. Maritah aku menggantikan kau menyikut,"tiba-tiba uncle tua atu berkata arahku. Lahhhh, urang Brunei rupanya uncle tua ani. Sudah nyangku tadi masa di lobby, ia ani macam urang Brunei, ganya malas ku menagur pasal galat-galatan ku.

Obviously urang tua ani interested arah backpack yang ku sikut atu. Gila, apa kan banar barang dalam ani sampai sanggup urang teuyung sana, teuyung sini, menimbak sana, menimbak sini kan merabut backpack ani. Amas kali dalamnya ani. Tapi inda jua patut, mun inda, terasa tia barat. Mati eh, apa kan barangnya dalam ani. Bebulu utakku memikirkan.

"Paji, jangan tah kita sikut deh. Kita atu tua kan mati.Karang patah tulang kita. Payah pulang kita duduk kan beria pulang karang,"balasku dengan kurang ajar. Since ia urang tua yang bad-ass, inda apalah kalau aku kurang ajar arahnya.

"Apa nyamu? Kurang ajar jua kau ani. Inda kau belajar MIB di sekulah kah ah?"kata urang tua atu menghampiri aku sambil megacukan pistolnya tepat arah kepalaku. Oh sh*t, menyasal ku becakap cematu arahnya tadi. Syabasss. Usulnya mati tah ku kali ni sebelum ku sampat kawin. Syabasss lagi sekali.

Alum pun ku sampat mengucap dua kalimah syahadat, inda semana-mana pistol yang diacukan arahku atu telapas dari tangan uncle tua atu sambil terabang ke udara.

"Bukkk!!!"bunyi pistol atu lapas ia jatuh ke lantai.

Kami semua tediam meliat kejadian atu. Usulnya behantu kali hotel ani. Inda kan pistol bulih tarus-tarus telapas dari tangan sambil terabang ke udara. Yatahnah, inda kana baca-bacai kali bah hotel ani. Mun hantu banar, dapat ku kongsikan arah "antubrunei.blogspot.com" nanti ni.

Inda batah atu uncle tua atu tepelanting secara tiba-tiba macam kana terajang ulih urang. Memang pun urang yang menandang kedia. Lahhh pikir hantu tadi yang menerajang. Di dapanku ada seorang buajah memakai scarf putih di kepalanya bediri sambil kaki kanannya terangkat keatas. Buajah Timah kah ni? Ia kah yang menerajang uncle tua atu? Hebat jua. Inda ku sangka badannya yang buntak lamak ani pandai bekelaie. Apa nya peribahasa, "Jangan disangka gigi yang putih, inda betaie." Ani pun peribahasa baru jua. Copyright reserved jua ni. Jangan kan memandai-mandai menyimbat. Ku gelitik ketiak kamu karang mun kamu simbat suka-suka hati.

Walaupun kana terajang, masih jua mampu uncle tua atu bediri. Kalau aku kana terajang cematu atu, antah eh. Kembali kerahmatullah kali sudah. Ani hidup jua masih. Inda patah tulang-bendulangnya kah. Gerenti malar minum susu ni dari damit.

"Haji Kassim, agatah balik. Adangtah kan menyimbat 'barang' atu dariku. Ani masuk kali ke 10000 sudah kau fail ni. Give up tah!"terais buajah atu.

"Ceh, inda apa Kajah! Malam ani malam mu! Jangan ingat aku give up sudah! Nanti kau!"jawab uncle tua yang dikenali sebagai Haji Kassim atu. Ia pun meninggalkan kami tanpa mengucapkan babai.

Antah buat kali ke berapa, aku terselamat dari maut. Baik jua ada buajah Timah ani. Mun inda pacah kali kepalaku kana timbak ulih Paji Kassim tadi.

"Thank you buajah Timah. Mun nada kita tadi, mati katak kali ku sudah tadi,"aku mengucapkan terima kasih arahnya.

"Ihhhh bukan Buajah Timah ni aku ani laiii!"jawabnya.

Eh, mun ia ani bukan Buajah Timah, siapa tah ni?

Alaaa besambung lagi...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More