Your Thoughts


Saturday, February 14, 2009

My Term Break part 7

Rupa-rupanya Kijang kerita si Veronica ani. Jarang ada ni kerita Kijang di UK ani. Bukan lagi jarang, nada kali eh. Inda ku tau macamana bulih ia belurih Kijang disini ani. Diseludupnya dari Brunei kali. Model yang lama lagi tu. Nada taste eh si Veronica ani. Harap mua saja maniss, tapi kerita.. Nada manisss. Cat warna kalas (pink) lagi tu. Syabasss. Cute lah tu kononnya. Nada cute ih, tekeluar saja biji mata menantang.

"Bah, masuktah. Jangan malu-malu. Kalau malu, rugi,"kata si Veronica apabila menyedari yang aku masih bediri diluar sambil menantang kerita Kijangnya dengan penuh jijik.

Tanpa rela hati aku pun masuk ke dalam keritanya. Malu ku ni mun kawan-kawanku tau aku naik kerita Kijang warna kalas. Harap-harap nada paparazzi yang menggambar aku semasa aku menumpang kerita si Veronica ani.

Apabila saja aku menjejakkan kakiku ke dalam kerita Kijang atu segala rasa jijikku mula berubah kepada rasa kagum. Canggih dan cantik berseri-seri yo dalamnya. Jangan-jangan pernah masuk dalam Pimp My Ride kali ni.

Yatah lain kali jangan pandang rendah arah Kijang dari segi luarannya, liat dulu cemana usul dalamnya. Tapi mostly kerita Kijang ani inda pulang bisai dari segi luaran dan dalamannya haha.

"Lawa kan keritaku? Walaupun Kijang, tapi pretty and kiyut kali ahhh"ujar si Veronica dengan hidungnya yang kambang kampis.

Aku mengangguk-anggukkan saja kepalaku dan masih speechless pasal telampau unbelievable. Macam-macam buttons ada bah dalam keritanya ani. Antah inda ku tau apa fungsi semua buttons ani. Membari iski pulang kan menakan-nakan, ganya malas ku amai. Mana tau diantara semua buttons ani ada self-destruct button. Karang kalau tetakan, mati katak ku pulang.

"Bah, kan kemana kitani ni?"tanyaku kepada si Veronica.

"Ke London lah. Kan mengantar backpack ani arah Buajah Timah,"jawabnya.

Nah, teringat tia ku balik pasal barang dalam backpack atu. Alum jua sampat si Veronica membagitau tadi masa di rumah si Nawawi.

"Eh, baik jua ku teringat. Tadi alum jua sampat kau membagitau aku apa barang didalam backpack ani. Apakan sebenarnya? Membari kabak-kabak hati saja bah kau ani,"kataku.

"Bah, bah. Bibiran jua kau ani eh. Mamaku inda jua bibiran macam kau ani. Yang banarnya... Aku pun inda tau apa sebenarnya barang dalam backpack atu. Yang aku tau, barang atu barang ditegah kana bawa ke UK saja. Puas hati?"balasnya sambil men-start enjin kerita Kijangnya. "Apa barangnya dalam atu cuma Buajah Timah saja tau. Yatah kalau kau kan tau, nanti tanya saja arahnya,"sambungnya.

Berpuas hati dengan jawapannya, aku pun mendiamkan diri saja. Sebenarnya aku pun kurang pasti samaada apa yang dicakapkannya atu eksyen-eksyen atau banar. Tapi yang pasti, lapas bejumpa dengan Buajah Timah, barutah barang dalam back-pack atu akan didedahkan. Membari saspen saja eh.

Tiba-tiba mobileku vibrating. Siapa kah lagi yang menelipun disaat-saat saspen ani. Membari kebeliangan saja.


The end.... tapi eksenku! Besambung lagi...

Tuesday, February 10, 2009

My Term Break part 6

Previously: Bini-bini Eropah yang ku sangkakan sudah mati kana timbak atu rupanya masih benyawa dan mampu belinggang-linggang apabila ia menunjukkan dirinya di rumah si Nawawi. Disana, aku mengemukakannya dengan beberapa soalan yang telah bemain-main di fikiranku especially apa sebenarnya barang yang kana simpan dalam back-pack atu.


Hatiku menjadi semakin kabak-kabak masa menunggu jawapan yang akan dibagi ulih si Veronica yang manisss atu. Antah berapakah pulse rate ku ni masa ani. Jangan-jangan 1000 beats per second kali. Gila, atu laju banar. Sambil hatiku kabak-kabak atu, macam-macam possibilities timbul di utakku.

Bulih jadi backpack ani mengandungi beberapa kutak pil-pil ecstasy, pil-pil menguruskan badan, pil-pil menguatkan tenaga zahir dan batin atau pil-pil melabatkan bulu ketiak. Kalau bukan pil-pil, bulih jadi dalam backpack ani mengandungi beberapa biji talur panyu yang kana seludup dari Kepulauan Si Bongkok. Inda mustahil jua dalam backpack ani ada badil-badilan yang selalu kana main ulih kanak-kanak di Brunei. Jangan-jangan durian kali. Tapi indakan durian, mun inda, keciuman tia baunya yang semerbak mewangi atu.

Antah berapa lama ku menunggu, alum jua si Veronica ani mengeluarkan suara. Angan-angan sambil menggaru-garu punggungya yang bulat atu tia pulang. Syabasss. Apakah yang diangan-diangankannya atu. Angan-angan bekawin sama anak raja kali.

"Bah, jadi? Bebulu gigi ku menunggu bah,"ujarku yang sanak pasal teluan batah menunggu.

"Awueh. Bukan lagi bebulu gigi. Ni dalam idung ah. Banyak tumbuh taie ulihnya bah pasal menunggu ah,"kata si Nawawi yang turut sasak menunggu batah-batah.

Mendangar rungut kami atu, si Veronica tiba-tiba sadar dari angan-angannya dan beranti menggaru punggungnya. Lalu ia pun berkata,"Eh, sori. Gatal punggungku tadi. Banar ni kamu mau tau ah. Tapi jangan kamu ketawa. Yang sebanarnya......"

Alum lagi sampat si Veronica abis becakap, tiba-tiba siren polis kedengaran dari jauh. Usulnya kejadian timbak-menimbak di kawasan rumahku tadi atu mungkin kana dangar ulih sebilangan urang. Yatah kana panggil pulis kali. Lapas mendangar bunyi siren atu, si Veronica tiba-tiba menarik tanganku dan membawa aku keluar dari bilik si Nawawi.

"Baik tah kitani meninggalkan Canterbury secepat mungkin,"kata si Veronica dengan raut wajah yang serius tapi masih manisss.

Masa atu aku inda tau apa kan ku buat. Inda ku mampu bepikir secara kritis bah. So aku pun menuruti saja kata-katanya. Lalu sambil menyimbat backpack yang ampai-ampai di lantai, aku dan si Veronica pun keluar dari rumah si Nawawi tanpa mengucapkan bye-bye arahnya.

"Ui, alum kau abis becakap eh. Apa sebenarnya barang dalam atu?!"teriak si Nawawi yang diri-diri dapan pintunya.

"Dalamnya ani sutung tutuk bah!!!"teriakku balik kepada si Nawawi sambil belusir di belakang si Veronica.

Setelah belusir beberapa minit akhirnya si Veronica membawa aku ke parking lot berhampiran Elliot College. Disana, ia pun beranti di dapan kerita Audi R8.

"Bah, masuk tah ke dalam kerita ku,"arah si Veronica. Gilaaa, steady jua keritanya ani. Lalu dengan iski-iskinya aku pun membuka pintu kerita R8-nya. Sakai banar aku ah. Tapi sekalinya inda mau dibuka, walaupun ku cuba balik-balik. Apa ni.

"Uy, bukan kerita R8 ani. Tu sebalahnya ah. Mana lah ku mampu membali kerita mahal-mahal cemani ani,"tagurnya bila meliat aku yang macam si palui membuka kerita kepunyaan siapakah. Anak raja punya kali.

Ceh, saspen eh. Pikirtah R8 ani keritanya tadi. Iski ku sudah tadi. Aku pun bejalan ke kerita disebalah R8 atu untuk meliat apakah jenis kerita yang dipakai ulih si Veronica ani. Lah... Kerita ani rupanya...


Maka bersambunglah lagi ceritaku....

Sunday, February 8, 2009

LOL

Sorry, alum ku tebuat my term break part 6. I'm just gonna post some funny videos from youtube. Cali yo. Sampai beguling-guling ku ketawa bah.











I hope these babies cheer you up. Bahagia bah durang ketawa ah. Aku pun tarus bahagia bila mendangar ketawa durang atu.

Tuesday, February 3, 2009

Surat untuk kamu

Pak Gombrong (nama eksyen)
Kampung Ambuk Beranang Di Laut Cina Selatan
Simpang 1234567891011121314
Poskod: Lupa ku bui

4 February 2009/8 Safar 1430 Hijrah/Tahun Lembu



Kehadapan pembaca-pembaca ku yang malar balik-balik men-check blog ku ani sampai sangal jari mengatik-ngatik mouse, semoga kamu, keluarga kamu, boyfriend atau girlfriend kamu, amah kamu, kucing kamu, pokok bunga kamu, scandals kamu semuanya cukup makan dan cukup tidur.

Boys and girls (and pundan) sekalian,

Aku berharap kamu semua inda marah-marah sampai menerajang mija & kerusi pasal sudah seminggu inda be-update blog ku ani. Jangan marah-marah, kalau kamu marah lakas tia tua karang. Umur eighteen bulih berubah jadi eighty tu dalam sekajap mata kalau kamu marah-marah.

Baiklah, sebenarnya tujuan ku menaip surat elektronik ani kan membagitau kamu sebuah berita buruk. Bukannya berita urang meninggal atau berita urang eksiden ni ah. Harap-harap lapas kamu tau berita buruk yang kan ku sampaikan ani, nada yang terajun kan bunuh diri atau menangis sampai banjir kilat atau mengantak kepala ke dinding sampai bangkak.

Sebelum ku menyambung menaip surat elektronik ani ada baiknya kamu semua chill-chill dulu. Siapa-siapa yang berada di UK, indalah payah kamu chill. Pasal disana andangnya chilling cold sudah sampai kekajaran kaki. Agatah buat apa-apa saja supaya kamu chill down and hilang kabak-kabak di dalam hati. Minum arak kah kamu, besigup kah, beria kah, mengacai kah, tidur kah, beguling-guling di lantai kah, meliat cerita hindustan kah, meliat pa.wau.ra.nun kah dan yang seumpamanya. Asalkan buat kamu chill.

Ok, cemana? Chill kamu udah? So siapa-siapa yang beria tadi atu, harap-harap maju bisnes kamu. Cemana baik ku cakap ni ah berita buruk ani ah... Patutkah aku berbahasa bunga-bunga atau directly. Baik tah cakap directly saja kali. Aku mana pandai bahasa bunga-bunga pasal macam tah ku tau jua apa bahasa yang bunga-bunga pakai.

Lagi sekali ku warning kamu ah, jangan kejiwa lapas membaca berita buruk ku ani. Ok, after a long consideration akhirnya aku memutuskan.. I hate to say this... untuk MENAMATKAN RIWAYAT blog ku ani.

So this is my final post. Lapas ani inda tah kamu belaku membaca blog ku lagi ni. At least inda mengalih jari-jari kamu mengatik-ngatik mouse just to view my blog. I know some of you barangkali memprotes decision ku ani. Meskipun kamu mogok dapan rumah ku, aku masih tetap dengan pendirianku.

So, the 100++ posts yang ku buat atu harap-harap dapat menceriakan dan menggalikan hati sampai nampak gigi kamu yang kuning-kuning inda pernah bebarus atu. Thank you to everyone yang rajin mengaga blog ku ani walaupun yang banarnya blog ku ani membari sasak & inda seberapa cali. Heyss.... Ngilu tia dada ku nah kan meninggalkan blog ani. Kajap... aku mengambil tissue dulu kan melap aying mataku.

Bah eh, adang tia eh. Karang betambah ngilu dadaku mun ku menaip panjang-panjang. Goodbye everyone.... And Bye-Bye BOREDOM BIN.......

Sekian, Adios.

Yang banar,

P.Gombrong aka Mil





PS: Semua yang ku buat diatas atu inda banar tu. Yang banarnya aku nada idea and malas kan sambung ceritaku yang alum abis ah haha. Jangan ngilu dada, nanti ku update =p. alum tamat ni riwayat blog ku ani hahahaha

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More