Your Thoughts


Monday, July 21, 2008

Amuk part 1

Seriously aku alum ada idea untuk sambungan 007.5. Tapi idea lain pulang timbul, lapas aku ke rumah sidiq pada hari Sabtu yang lapas atu hahaha. Iatah aku post cerita ani. Bear in mind, cerita ani nada kena mengena sama si Sidiq ni ah.

*********

Rosli melangkah keluar dari rumahnya. Didalam genggaman tangannya ada sebilah parang. Wajahnya bengis umpama singa jantan yang marah setelah dicukur bulunya secara tidak sengaja. Rambutnya yang botak dan jambangnya yang tebal membuatkannya mirip dengan Stone Cold Steve Austin. Rosli juga pernah mengaku tanpa segan-silu bahawa dia mirip dengan Mawi. Tapi rakan-rakannya mengetawakannya kerana dia sama sekali tidak ada persamaan dengan Mawi. Kalau sama pun, cuma warna kulit dan rambut botaknya sahaja.

T-shirt hitam ketat yang dipakainya menonjolkan susuk badannya yang berotot-otot. Orang-orang Kapung Lambak Kiri berasa curiga dan bimbang dengan tingkah lakunya yang menakutkan. Tiada seorang pun yang berani menegurnya. Dengan wajahnya yang sebegitu, nampaknya dia tidak boleh dibawa main-main. Meskipun dipelawa untuk bermain PS3.

Latip yang ketika itu sedang berehat-rehat di luar rumahnya tekun memerhatikan setiap langkah Rosli. Ingin Latip menegurnya, tetapi parang yang dicengkam Rosli telah mengubah fikirannya. Rakan Latip, iaitu Hashim yang tinggal disebelah berjalan perlahan memasuki kawasan rumah Latip sambil matanya memandang Rosli dengan penuh minat. Dia pun berdiri di sebelah Latip yang masih berehat di kerusi malasnya. Kedua-dua pasang mata mereka masih mengekori Rosli.

"Bui, galak usulnya si Rosli atu. Kan bekelaie kali jangan-jangan,"kata Hashim kepada Latip.

"Awu kali Shim. Siapa lagi yang dangannya bekelaie atu. Menempah maut tah banar urang atu!"balas Latip yang kini bangkit dari kerusi malasnya.

"Iatah. Ingin jua ku kan tau bui. Apa kata kalau kitani ikut kedia?"Hashim membuat cadangan.

Latip jelasnya bersetuju dengan idea bernas Hashim. Sebelum meninggalkan rumahnya, dia sempat menyimbat video camera yang baru dibelinya. Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk merakam babak pergaduhan yang mungkin akan menjadi satu-satunya pergaduhan yang disaksikannya secara 'live'. Setelah itu akan di-uploadnya ke dalam youtube bagi tontonan orang ramai.

Dengan senyap-senyap, Latip dan Hashim mengekori Rosli dari belakang. Rosli nampaknya tidak sedar dirinya sedang diekori. Hashim dan Latip tahu bahawa mereka berdepanan dengan risiko yang amat tinggi. Sekiranya mereka silap langkah, mungkin mereka tidak akan dapat melihat dunia lagi setelah dikerjakan oleh Rosli. Oleh itu setiap langkah mereka harus dilakukan dengan berhati-hati.

Tiba-tiba Rosli berhenti berjalan. Hashim dan Latip turut berhenti. Pelbagai soalan mula terpacul dalam benak fikiran mereka tentang apa yang telah membuatkan Rosli berhenti.

"Ja... Jangan jangan bui, tau kali ia sudah kitani me...me.. mengikut ke..ke.. kedia ani?"Hashim berbisik kepada Latip dengan suara yang terketar-ketar.

Latip menelan air liur setelah mendengar apa yang telah dibisikkan oleh Hashim kepadanya sebentar tadi. Mereka cuba untuk cabut lari, tapi kaki mereka seolah-olah telah ditumbuhi dengan akar membuatkan mereka terasa berat untuk membuat langkah seribu. Nampaknya mimpi buruk mereka telah menjadi kenyataan. Wajah Rosli berpaling dan merenung tepat ke arah mereka. Dia mula berjalan menghampiri mereka.




Thursday, July 17, 2008

007.5: The Spy Who Spoilt Me - Part 11

Aku pun masuk semula ke bilikku dan mengunci pintuku. Ku ampaikan parang atu atas meja, lalu kembali semula ke arah urang yang menyerangku tadi. Blackout masih kedidia ani. Telampau kuat kali aku mengampas ia atu kali. Baik jua inda telampau kuat sampai kembali ke rahmatullah, mun inda, syabas ku tu. Sebantar ia masih blackout ani, baiktah aku ikat ia kali. Inda jua ia dapat escape nanti. Nasib baik jua ku bawa tali. Mun nada tadi, tepaksa tah mengikat ia pakai tali kasut ku. Atupun kalau cukup panjang tali kasutku atu.

Ulih kerana aku nada asas mengikat tali, maka ku hantam lah cara mengikat. Dulu ikut pengakap, malar escape. Urang memasang camp, aku memancing. Urang memasak, aku tau makan ganya. Urang mengikat, aku mangurat. Syabas! Inda papalah asal ikatan ku ani, ikatan mati. Jangan telampau mati, sudahlah. Karang bukan pulang tali yang mati, urangnya pulang mati.

Nampaknya my 'guest' ani masih bernafas. Alhamdulillah. Ertinya ikatan ku atu inda telampau mati. Lapas atu aku pun call The Bodyguards supaya datang ASAP ke bilikku. #1 nada soalan. #2 inda jua banyak bertanya. Tapi #3....

"Ada party kah?"tanya #3.

"Awu ada party. Bah lakas-lakas tah datang, ada stripper ni,"balasku. Dalam hati aku ketawa. Indakan basar-basar ketawa, karang kedapatan tia. Biar ia eh kana tipu, tiwas saja kau betanya.

Sementara menunggu durang datang, memasak maggi cawan tah ku. Save duit bah. Bukannya selalu makan maggi ani. 20 kali seminggu ganya. Lagipun arah label maggi ani betulis "High In Protein". Kira sihat lah kali ni.

Semasa menuang aying panas kedalam maggi atu, tiba-tiba bebunyi tia bell bilikku. Maka ku tinggalkan lah dulu maggi atu diatas meja untuk menyambut siapa yang amai menjangkau bell ku atu. #2 rupanya. Pikirku si Acai tadi. Tapi si Acai mana ada kena mengena dalam cerita ani, so, of course lah bukan ia. Jadi, ku invite lah #2 masuk. Inda batah atu datang tia #1 & #3.

"Eh nada usul party pun dibilikmu ani?"#3 bertanya.

"Abis sudah bah. Lambat kau atu,"aku menjawab.

"Mana ada party, eksyennya ganya tu!"sampuk #2.

Kami pun ketawa. Ketawa sampai lupa dunia akhirat.

"Kalau nada party, abis mengapa ada urang beikat di kerusi mu a2? Stripper kali? Indakan strippernya laki-laki?Errr... Lain taste mu ani,"tanya #3 lagi, setelah teliat 'guest' ku atu.

Baru tah ku teringat akan kewujudan 'guest' ku atu. Iatahnah, telampau ketawa ganya. Lupa daratan pulang aku ani. Maka, ku explain lah arah durang pasal kejadian yang berlaku tadi sambil aku memakan maggi. Mata durang bukan meliat mukaku, tapi arah maggiku. Tais liur usulnya durang ani. Sorrylah, indakan maggi ani ku share sama durang. Maggi ku, maggi ku, bukannya maggi durang. Sia sia pun tah saja.

Sedang siuk-siuk meng-explain, tiba-tiba #1 mengemukakan satu soalan,"Jadi apatah kan tani buat arahnya ni?"

"Burrrrrppppp!"aku betarap sebelum menjawab,"Apalagi, interrogate lah ia. Dapat jua tani info. Ia ani gerenti ahli Kubra Gang Brunei yang kana arah untuk membunuh aku."

Kami pun bersetuju sebulat suara. Since tetamu ku atu masih blackout, maka kami cubalah banguni ia dengan menyimbah aying arahnya. Setelah beberapa kali percubaan, ada jua lah kali dalam sepuluh baldi aying kali, akhirnya tebangun tia jua. Habis basah lantai ku. Syabas!

Maka kami pun memulakan sesi interrogation kami. Usulnya 'guest' ku ani seorang yang terlatih dalam situasi cemani ani. Inda ia mau bersuara lapas kami menyoal. Miskipun kami torture ia udah. Kami kubit kedidia dan kami geletek parutnya. Tapi gagal jua kami masih. Kami lastik telinganya pun inda jua mau bersuara masih. Dicabut bulu kakinya, pun cematu jua lakat. Ganas sudah tu cara kami torture ia atu. Kalah ganasnya cara torture di penjara Abu Ghraib atu.

Akhirnya kami give up. Inda ku tau cemana lagi caranya kan menyiksa ia ani supaya bersuara.

"Ting-tong"tiba-tiba loceng berbunyi. Siapa lagi yang datang ani. Perasanku nada ku memanggil urang lagi. Membari was-was ni.

Spy Game

Kamu pernah kana stalk? Or kamu yang stalk urang? Hahaha. Aku inda pernah pulang kana stalk (setau ku lah), tapi men-stalk urang pernah. Bukannya aku stalking secara solo, tapi be-group. Hahaha syabas!

Masa atu aku form 2. Yang dangan ku stalking ani si Aki, si Rujhan and si Wafiy. Mastermind nya si Aki haha. Tapi kami anggap apa yang kami buat atu as spying instead of stalking. Yang kami 'spy' ani seorang bini-bini form 1. Kami 'spy' ia bukan plang pasal ia atu lawa (tapi lawa pulang ia atu) atau kami suka ia. Adalah lah tu sebabnya mengapa kami 'spy' ia atu hahahaha. Namanya? jangantah di-expose eh.

FYI si Aki ani ada 'gang' sudah ni darinya primary school. Iatah dibawa-bawanya ke MS. Indaku ingat apa nama 'gang'nya atu. Si Rujhan & si Wafiy atu ia punya loyal members tu, pasal durang sama sekulah sama si Aki dulu. Aku ani kira a newcomer lah. Newcomers lain yang ku ingat: si kam & si Alli.

Projek 'spying' ani dikemukakan ulih si Aki kepada aku, si Rujhan & si Wafiy masa morning session. Kira meeting lah tu. Baik jua kami ani sekelas, sanang buat meeting. Projek 'spying' kami ani akan dimulakan operasinya masa tengahari, before kami ada ugama session. Damit-damit pun kan be-meeting kami ah. Mun meeting kan membuat kemajuan baik jua, ani meeting kan main-main hahaha. Kanak-kanak tah banar.

Tunggu punya tunggu, ahirnya pukul 12.30 tia jua. Abis morning session udah. Mula-mula tukar baju ugama dulu before lunch. Kalau lunch dulu, takut banyak delay. Liat saja tah urang yang bekeraja. Batah bah kalau durang break atu. Keraja di pejabat alum siap, tapi masih lepak-lepak minum kopi. Sama tah jua kesnya di sekulah tu hahahaha.

Lapas abis betukar pakaian ugama, ke kantin lah kami. Kelurusan ada bini-bini yang kan kami 'spy' atu ada disana jua. Iatah start dari sana kami 'spy' ia. Eksyen-eksyen lah makan, tapi mata malar arah bini-bini atu.

Masanya beredar, kami pun beredar jua. Tailing ia di belakang. Supaya inda ketara kami naik ke tingkat atas. Tapi laju-laju kami ke atas supaya ia inda hilang dari pandangan kami. Ia masih ugama darjah 5, so kelas nya di tingkat bawah. Kira Sanang kami memeratikan ia dari atas. Masa ia masuk ke kelasnya kami tunggu ia sampai ia keluar.

Sekalinya keluar tia bini-bini atu. Kali ani kami ikutkan ia di tingkat bawah. Iatah masa kami turun, ia melintas dapan kami. So, kami ikutkan dari belakang. Sekali....... Bepaling bini-bini atu ke arah kami dengan expression mukanya yang ter-annoyed.

"Kamu ani nada keraja lain kah?"sergahnya.

Speechless kami tarus eh. Rupa-rupanya ia tau udah kami 'spying', atau lebih tepat STALKING ia atu. Lapas atu, macam biasa, pandai-pandai lah kami bongkis. Hahahahaha

Moral: kalau inda pandai men-spy urang, jangantah si-taie kan men-spy. Kalau kamu atu Solid Snake atau Sam Fisher mana saja. Hahaha

Monday, July 14, 2008

Language Shock

Cerita ani aku dangar dari Uncleku. Pasal salah guna bahasa ni ceritanya hahaha. Kalau aku inda silap, masa Hari raya tahun lapas kali ia becerita. Becerita pasal bahasa ani, specifically Bahasa Melayu lah ah, ada satu segmen di Rampai Pagi yang kalau ku liat telalai ku tarus tu. Segmen yang ku maksudkan atu ialah segmen bahasa. Inda pulang selalu ku liat, kalau kelurusan ganya tu hahaha. Segmen ani selalunya menjemput seorang tetamu untuk discuss anything yang relevan dengan bahasa melayu lah. So, kalau topic of discussion-nya siuk, baru tah ku telalai tu. Kalau inda interesting, ubah lah channel lain hahaha.

Baru-baru ani (bulan lapas pulang tu hahaha), durang discuss pasal bahasa etnik (contohnya: bahasa tutong) yang jarang lagi kana pakai, especially belia remaja kitani lah tu ah. Kalau bahasa Tutong ani, si Wafi pandai ni hehe. Iatah didalam discussion atu, ada perancangan untuk promote bahasa Tutong dan bahasa etnik lain melalui rancangan radio. Kalau aku inda silap, di National FM kali. Tapi inda ku tau bila masanya tu. So siapa kan belajar bahasa etnik atu, rajin-rajin tah mendangar National FM, jangan kan mendangar lagu "Hep-Hop"(hip-hop) saja hahaha. Karang macam si Acai tia pulang haha. Kalau siapa kan belajar bahasa Tutong, belajar arah si Wafi.

Bahasa Melayu ani widely used di ASEAN region ani especially di Brunei, Malaysia, Indonesia, Southern Thailand and some parts di Phillipines. Bahasa Melayu ani banyak variasinya ni. Di Brunei lain, di Malaysia lain, di Indonesia lain. Tapi aku paling suka bahasa brunei lah (of course). Cara sebutannya atu dan kepelbagaian perkataannya yang membuatkan bahasa kitani atu unik. Terus-terang aku katakan yang aku ani bukan jua arif banar dalam Bahasa Brunei ani. Kalau si Amal handal tu haha. Macam-macam tu bahasa Brunei yang dikeluarkannya.

Tapi kalau kamu observe ah, mengapa kalau kitani becakap sama cina atau india in malay, loghat brunei kitani atu berubah ah? hahahaha kalau becakap sama durang misti becakap dalam loghat durang, bukan pulang dalam loghat kitani. Mungkin kitani becakap cematu supaya durang paham kali hahaha.

Usulnya tersasar lagi cerita ku ani hahaha. Aku ani kan becerita pasal uncle ku ani, sekali melarat ke topik bahasa tia pulang. Inda apalah, kira random info untuk kamu jua tu. Ceritanya cemani, masa 1990s my dad belajar di Malaysia. Iatah ia bawa my mum, and adi beradi ku kesana masa cuti December. Our relatives, mostly adi-beradi mamaku yang bujang-bujang atu pun turut kesana jua kan makan angin. Since my dad menyewa rumah disana, kami stay di sana lah. So save lah duit jua daripada tinggal di hotel. Tapi 'besardin' pulang tu kalau time kan tidur di rumah sewa my dad atu hahaha.

Bear in mind ah, yang previous paragraph atu bukan yang diceritakan ulih uncle ku tu hahaha. Atu aku saja-saja kan share sama kamu, sebagai intro lah. Dalam paragraph ani barutah cerita uncleku. Uncle ku ani ikut jua ke Malaysia. Bujang masih kaliah time atu. Ani kawin tia sudah. Iatah ada time atu kami kan bejalan jauh. Indaku ingat cakapnya kemana. Pokoknya one of the Malaysian state lah. Iatah kami ani naik van, as a transport untuk journey kami atu lah. My uncle ani duduk di dapan. Driver van atu my dad's friend. A Malaysian. Iatah becerita-cerita lah my uncle ani sama driver atu.

Sekali kata uncleku nya siuk-siuk durang becerita atu inda sadar-sadar kami sampai ke destinasi sudah. Iatah uncle ku ani becakap arah driver atu "Eh, tak KERASAHAN lah perjalanan kita ni". Mendangar apa yang dicakapkan ulih uncle ku atu membuat kan driver atu bangang. Macam inda dapat menangkap apa yang di maksudkan ulih my uncle atu.

Kamu tau pasal apa ia bangang? Part "KERASAHAN" atu yang membuatkan ia bangang. Kalau urang Brunei of course faham tarus tu. Inda kerasahan atu maksudnya inda terasa. Mungkin pendengaran driver atu: "Eh, tak KERESAHAN lah perjalanan kita ni". HAHAHAHA! Syabas! Mana inda ia bangang. Sepatutnya my uncle cakap cemani: "Eh tak TERASA lah perjalanan kita ni". Iatah nyangku, bahasa Brunei lain, bahasa Malaysia lain. Walaupun Brunei & Malaysia ani menggunakan bahasa melayu, ada jua beberapa perkataan yang kan sama bunyinya tapi membawa maksud yang berlainan. Apa nya urang Brunei: "MUN PAHAM BISAI"


"Apa? Perjalanan ini tak KERESAHAN?" hahahaha. Cemani kali bangangnya driver atu. (In this photo: my uncle punya anak)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More