Your Thoughts


Thursday, October 15, 2009

Tragedi October

Hello. At the moment, aku nada bahan baru untuk buat cerita baru. Busy, i guess. Tomorrow is Friday. Aku nada kelas. So pada malam Jumaat yang mulia ani i decided to blog. Kan blog pasal apa? Antah, blog randomly saja kali. Boredom Bin jadi out of context sekajap. Sekali sekala inda buat cerita, apa salahnya.

Anyway, I've just checked my blog punya statistics. From May-September. October inda kira lah, pasal alum end of month..



My average viewers in a month is 1341. Sadanggg. Sikit tu masih eh. August paling tinggi... Probably cerita MSN ku kali penyebabnya. Hangat jua cerita atu rupanya. Pasal ada character "Azizan Abdul Razak" atu jua kali. To the real Azizan Abdul Razak a.k.a Mole, thanks pasal jadi main attraction for my blog. Kau hengsem.

Atu baru ya random. By the way I wanna show something. Masa ani, I have an assignment, which is to design a prototype for a flash-based portfolio. I have two prototype designs in mind sudah.

prototype no.1

Basically job ku is to design a portfolio for an artist pakai flash. Artistnya, bukan jua orang lain. Kawan sendiri yang ambil fine arts di Kent. Kalau cari orang lain, susah tia. So kirakan aku ani promote kawan sendirilah and at the same time promote batik art, since ia specialise in that area.

So the first design (yang diatas) atu basically the pattern for the portfolio page aku design based on my friends punya painting. Hence the edges of the patterns (the curves, swirls, flowers) aku sengaja buat inda smooth, so that it fits well with the theme. Colournya mostly bright.

prototype no.2

For the second design, aku buat simple saja but elegant. Macam surat jemputan kawin ada jua perasanku. Colournya monotonous. Nothing much i can say about this 2nd design.

Probably i should come up with another design as a backup. Ok, brainstorm now.

Sunday, October 11, 2009

Antara Dua Darjat Finale

Ayah si Zaiton pun berdiri dan tanpa disangka-sangka satu penampar singgah ke pipi si Zaiton. Si Zaitun jatuh tersungkur ke lantai. Aku kebengangan seketika. Hujan nada, ribut nada sekali tup tup si Zaiton kana tampar. Disaat aku cuba untuk membantu si Zaiton yang cuba berdiri balik, tiba-tiba aku tersungkur setelah terkena satu penumbuk yang muncul antah dari mana.

"Abang!! Jangan apa-apakan si Sudin. Ia inda bersalah dalam hal ani!!"teriak si Zaiton.

"Ia ani kan jadi adik ipar ku?Pfffttt!! Membari malu saja!!"balas lelaki tersebut yang merupakan abang si Zaiton.

Si Zaiton pun menghampiri aku yang masih ampai-ampai kepisan di lantai. Knock-out ku tarus lapas terkena tumbukan maut abang si Zaiton atu. Mungkin cemanitah rasanya lapas kana tumbuk oleh Mike Tyson.

"Zaiton, Kalau mencari boyfriend, cari yang bisai-bisai!! Ani ia?? Mengapa ia?? Banyak lagi yang bisai-bisai rupanya di luar atu,"ujar bapa si Zaiton dengan bengis.

Dengan suara yang lantang si Zaiton membalas balik kata-kata ayahnya dengan menyatakan ia cinta bana bana arahku. Melihat akan reaksi si Zaiton yang serba kurang ajar atu, bapanya tampak bersedia untuk memberi lagi sekali sebuah penampar ke arah anak daranya atu. Aku pun terus berdiri dan berlari sambil cuba menyelamatkan si Zaiton daripada kana tampar.

"Sudah, sudah!"tiba-tiba ibu si Zaiton bersuara. Kebeliangan tarus bapa si Zaiton akan teriakan bininya atu sampai tarus inda jadi menampar."Yang kita tau, kan menampar, kan menampar. Mun menampar nyamuk bisai jua. Ani anak kitani sendiri pun kan ditampar. Sudah kalah-kalahan, menampar. Bida jua eh,"sambung ibunya lagi.

Sesungguhnya bebelan dari ibu si Zaiton atu telah mengecutkan parut dan menungkalkan lakinya sampai ia inda mampu berbuat apa-apa. Abang si Zaiton pun turut terdiam. Atu baru girl power namanya.

Ibu si Zaiton pun menghampiri aku.

"Nak, auntie minta maap sekiranya kami menakutkan kau. Sebelum keadaan menjadi semakin buruk, auntie sarankan kau tinggalkan saja kami secepat yang mungkin. Lupakantah saja si Zaiton. Kamu dua orang inda mungkin akan dapat bersama selamanya..."ujar ibu si Zaiton sambil memegang kedua bahuku.

Sambil mendangar nasihat ibu si Zaiton atu, aku menoleh ke arah si Zaiton yang juga menoleh ke arah ku. Aku dapat melihat ia sudah mengalirkan air mata.

"Sebelum ku keluar dari rumah ani, izinkan aku berbicara sama si Zaiton sekajap,"pintaku ke arah ibu si Zaiton. Ibunya menganggukkan kepalanya dan aku pun mula berjalan menghampiri si Zaiton.

Untuk buat kali terakhir, aku memeluk si Zaiton dengan erat. Aku pun mula berbisik ke telinganya.

"Im sorry. Aku harap kau dapat someone yang lebih baik dari aku,"bisikku ke telinganya. Kemudian aku pun melepaskan pelukkanku, tapi si Zaiton seolah-olah inda mau melepaskan aku. Maka aku pun lagi sekali memeluknya buat kali terakhir. Memajal jua kali terakhirnya ani. Kemudian barutah si Zaiton melepaskan aku.

Aku pun berjalan keluar dari rumah si Zaiton sambil menahan sebak didada. Bukan saja sebak, ngilu dada bah ulihnya. Kalau diikutkan rasa, ingin saja ku menampar bapa si Zaiton yang sungguh kurang asam atu dan menerajang abang si Zaiton yang terlampau brengsek atu. Tapi ku lupakan saja niatku atu pasal aku indalah sebrutal cematu.

Sebaik saja aku menjejakkan kaki ke luar, hujan pun mula turun. Cis, mengapa asal orang gloomy, cuaca ani gloomy tia jua. Cliche banar. Maka aku pun berjalan pulang ke rumah sambil badanku dibasahi hujan yang barai-barai.

Setibanya aku dirumah, aku duduk disebalah si Ramlee yang sedang bersantai.

"So... Apatah tadi ah?"tanya si Ramlee memulakan bicara.

"Tadi?"tanyaku balik pura-pura inda tahu.

"Awubah tadi ah. Yang bejumpa bakal metua mu ah? Eksyen-eksyen tia inda tau kau ani."

Segala kesebakkan dan kengiluan di dada yang terkumpul tadi tiba-tiba melatup. Aku menangis tanpa terkawal. Kebeliangan si Ramlee tarus. Di dalam kepanikkan si Ramlee cuba mendiamkan aku.

Setelah beberapa cobaan, si Ramlee pun berjaya memberantikan tangisanku. Dan aku pun mula menceritakan semuanya kepadanya.

"Ramlee, minta maap ku kalau menyusahkan kau. Frust berabis ku ni,"ujarku.

"Ok tu yo. Yatah gunanya kawan tu. Yang banarnya din.. Sejakmu berkawan sama si Zaiton atu, aku andang dari dulu sudah tau hubunganmu sama kedia atu inda berkekalan lama. Tapi ku liat kau bahagia sama ia, so aku biarkan saja,"jawab si Ramlee.

"Mengapa kau bercakap cematu?"

"Kitani ani ANJING. Si Zaiton atu KUCING. ANJING dan KUCING inda mungkin dapat jadi laki bini. Darjat kitani berbeza. Spisis pun berbeza jua."

Sesungguhnya aku kurang setuju dengan kata-kata si Ramlee. Apa salahnya kalau aku sebagai seekor ANJING ada bini seekor KUCING? Kalau sudah suka sama suka, inda kan dihalang. Sesungguhnya ani satu diskriminasi.


Sekian saja dahulu. Terima kasih kerana sudi membaca kisah hidupku yang malang ani.

Yang benar,
Sudin sang anjing .

Saturday, October 10, 2009

Dua tiga kucing berlari

Di Youtube banyak video cemani... Maka aku pun ikut-ikutan lah mencuba.



Just a lame attempt. Inda ku tau bila aku patut sambung cerita Antara Dua Darjat.

Wednesday, October 7, 2009

Antara Dua Darjat Part 3

Setelah lama berkawan dengan si Zaiton, hubungan kami bertambah intim dari hari ke hari. Aku dapat merasakan "chemistry" atu sudah ada diantara kami walaupun sesungguhnya aku inda pernah belajar chemistry. Maka ada satu hari atu, aku pun memberanikan diriku untuk meluahkan perasaan ku arahnya. Dan ternyata aku inda bertepuk sebelah tangan. Si Zaiton pun sebenarnya suka arahku. Ganya ia malu-malu babi kan berpadah arahku.

Barangkali pada hari atu, akutah orang yang paling gembira. Ingin saja aku berguling-guling di atas tanah untuk menunjukkan betapa gembiranya diriku. Inda disangka jejaka sepuluh sen macam aku ani kana sukai jua oleh cewek million ringgit macam si Zaiton.

Maka bermulalah kehidupanku yang baru. Kalau dulu aku seorang bujangan, sekarang ani aku sudah ada pasangan. Aku ingat sudah ku bergirlfriend ani makin banyak belanja. Tapi inda. Si Zaiton ani inda sama dengan bini-bini lain. Inda materialistik, walaupun ia atu anak orang kaya. Yang cemanitah bisai dijadikan calon isteri ni. Calon menantu bini pun bisai.

Setelah sekian lama menjadi pasangan kekasih, si Zaiton pun bercadang membawa aku berjumpa dengan orang tuanya. Pada mulanya aku menolak, pasal aku masih belum bersedia. Sekali menyamal tia pulang si Zaiton ani. Si manis ani tah banar. Maka akhirnya aku pun terpaksa bersetuju.

Hatiku berdebak-debuk seperti paku kana ketuk apabila tiba harinya untuk bersemuka dengan indung si Zaiton. Aku berharap segala-galanya akan berjalan dengan lancar meskipun hatiku berasa inda sedap seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku.

Aku pun tiba di rumah si Zaiton dan disambut olehnya. Sebelum masuk berjumpa dengan indungnya, ia memastikan penampilanku di tahap yang memuaskan. Payah jua eh tedapat girlfriend yang ada indung orang kaya ani. Semua mesti di tahap yang berkualiti.

"Sorry sayang. My parents ani andang fussy sikit ni,"ujar si Zaiton sambil membelai pipiku dengan lembut.

Lapas atu ia pun menjemput aku masuk. Aku menjadi semakin nervous. Si Zaiton menarik tanganku dan membawa aku ke ruang tamu dimana kedua ibu bapanya sedang beristirehat.

"Mummy, daddy hiiii. Memperkenalkan ani boyfrenku. Si Sudin namanya,"kata si Zaiton memperkenalkan diriku dihadapan orang tuanya.

Ibu dan bapa si Zaiton pun memperamati diriku dari hujung kaki hingga ke hujung rambut.

bersambung...

Tuesday, October 6, 2009

Antara Dua Darjat part 2

Setiap malam sebelum ku melelapkan mataku yang kuyu ani, aku senantiasa berharap supaya dapat berjumpa dengannya di alam mimpi. Malangnya harapanku atu selalu inda menjadi. Mimpi basah tia pulang selalunya.

Telah ditakdirkan satu hari atu, aku mendapat peluang keemasan untuk berjumpa dengannya. Tanpa disangka-sangka aku telah ditugaskan untuk menghantar barang ke tempat kediamannya. Alangkah riang dan gumbiranya di hatiku umpama ambuk mendapat pisang emas setelah mendapat tahu aku akan berpeluang untuk menatap si pujaan hatiku secara dekat. Mungkin anitah jodoh kali namanya.

Di sepanjang perjalananku ke rumahnya hatiku sentiasa berdebak-debuk seperti gendang beduk kana katuk. Sesungguhnya aku berasa nervous di tahap maksimum yang paling maksima.

Dan akhirnya aku pun sampai ke destinasi yang dituju. Seperti yang ku jangka, si pujaan hatiku sedang bersiar-siar di tamannya. Dari jauh sudah ku terpesona, apatah sudah hampir-hampir. Terpegun sampai kan pengsan ku dibuatnya. Baik jua aku ani nada penyakit pitam.

Aku pun memberanikan diriku menegur si pujaan hatiku atu meskipun sesungguhnya aku berasa malu-malu babi.

"Selamat pagi. Aku ani kan menghantar barang. Lurus kah ni alamatnya?"aku bertanya walaupun yang banarnya aku tau alamat atu memang lurus.

"Oh, selamat pagi. Mari, cuba ku liat,"balasnya sambil matanya meliat tepat ke mataku. Ayu, memang ayu. Terpesona ku dibuatnya. Girigitan ku meliat. Ditambah lagi dengan senyumannya yang boleh membuatkan hati-hati jejaka cair seperti cairnya aiskrim yang kana jamur.

Maka dari perbualan atu, untuk memendakkan cerita lah ah, kami pun mula berkawan. Nama si pujaan hati atu ialah Zaiton.

Bersambung...

Friday, October 2, 2009

Antara Dua Darjat part 1

Hai, namaku Sudin. Dan anilah kisah hidupku.

Aku dilahirkan dari sebuah keluarga yang susah. Sungguhpun cematu, aku masih bersyukur kerana mampu lahir melihat dunia yang penuh dengan asap jerebu ani.

Adi-beradi ku yang ramai menambahkan lagi kesusahan yang ditanggung oleh kedua indungku. Meskipun cematu, ibu dan bapaku inda pernah merungut. Kami semua adi beradi ani kana jaga dengan penuh kasih-sayang yang inda berbelah bahagi bagai menatang minyak petrol yang penuh.

Oleh kerana inda mampu membayar yuran, aku inda pernah bersekolah. Maka rutin sehari-harianku adalah berjalan merayau-rayau saja. Kalau kanak-kanak lain semua belajar ABC 123 di sekolah, aku belajar mencari pengalaman di jalanan. Dari ku damit sampai lah ku basar. Macam-macam jenis spisis sudah ku jumpa sepanjangku membesar di jalanan atu. Miskin, kaya, tua, muda, casanova, pundan, pelacur, pengemis dan macam-macam lagi. Bergaul dengan durang atu mengajar aku erti kehidupan.

Sudah usia ku meningkat dewasa, aku berhijrah ke tempat lain dari tempat lahirku untuk mencari pekerjaan, sungguhpun yang sebenarnya aku nada sebarang kemahiran. Aku berharap aku mampu mengubah nasibku dan kemudian membalas jasa kedua orang tuaku.

Pada mulanya aku hampir-hampir putus asa setelah ramai yang enggan mengambil aku bekeraja. Tempat berteduh pun nada. Oleh kerana stress melampau, aku hampir-hampir membunuh diri dengan menggelitik diriku sampai inda beranti. Mujur ada seorang pemuda jalanan yang menyelamatkan aku.

"Eh palui. Bahapa kau kan? Mun kan membunuh diri, cubatah kreatif sikit. Lagipun bahapa kau kan bunuh diri? Mati bukannya jalan penyelesaian,"ujarnya dengan tegas. Inda disangka, disebalik usianya yang muda atu, pemikirannya matang. Kata-katanya atu membuatkan ku sadar.

Aku pun menceritakan segala masalahku arahnya walaupun sesungguhnya aku tau ia inda bertanya. Mendengar kisah sedih ku yang mengalahkan drama Indonesia atu, ia pun mengajak aku untuk tinggal bersama di tempat kediamannya.

"Panggil saja aku Ramlee,"katanya arahku.

Ramlee lah jua yang menulung aku mendapatkan pekerjaan. Sesungguhnya aku bersyukur kerana dapat bertemu dengan si Ramlee. Banyak jasanya sudah arahku. Nantilah ku belanja ia teh tarik 5 cawan.

Pekerjaanku hanyalah sebagai seorang penghantar barang. Meskipun pendapatanku inda seberapa, tapi mampulah jua menanggung makan minum ku sehari-hari. Inda jua ku kebuluran lah.

Yatah dari pekerjaanku sebagai penghantar barang anilah aku pertama kali jatuh cinta. "Jatuh cinta pandang pertama" kata orang. Atau kata orang putih, "Love at first side". Eh salahhh tu ihh. "Love at first sight" baru lurus. Yatah akibatnya inda bersekolah tu, fail Englishku tarus.

Hari-hari semasa aku bekeraja, aku akan melintas dapan rumahnya untuk meliat wajahnya yang manis atu. Terpesona aku dibuatnya. Kalau nasibku baik, adatah ia bersiar-siar di tamannya tu. Kalau ia nada, maka hampalah kediaku. Wajahnya yang manis & sentiasa ceria atu membuatkan diriku girigitan.

Ingin saja aku berkenalan sama ia, tapi aku ani malu-malu babi sedikit.

bersambung...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More