Your Thoughts


Monday, August 31, 2009

MSN part 6

Hujan yang tadinya turun kini telah teduh. Si Azizan pun keluar dari keretanya setelah mematikan enjin. Kemudian dia pun mengunci pintu keretanya dan berjalan menuju ke pintu masuk rumahnya. Sebelum masuk ke dalam dia sempat menatap kereta Mercedez yang parking di hadapan rumahnya. Si Azizan masih tertanya-tanya siapakah gerengan empunya kereta mewah atu.

Si Azizan pun membuka kasut kulit berwarna hitam yang dibelinya di kedai Bata sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya. Kemudian dia turut membuka stokinnya yang belum bercuci selama tiga bulan.

"Mati eh. Masam baunya stukin ku ani eh,"ujar si Azizan sambil menghidu stokinnya yang berbau semerbak mengalahkan bau ketiak king kong betina atu.

Dia pun memasukkan stokinnya atu ke dalam kedua poket seluarnya dan mula berjalan masuk
ke dalam rumahnya. Sebelum masuk terus ke dalam biliknya, dia sempat menyubuk sekajap ke dalam bilik tamunya untuk melihat tetamu yang datang ke rumahnya. Dia dapat melihat ada seorang lelaki bertopi koboi sedang rancak berbicara dengan bapanya.

"Hoi!"tiba-tiba ada seseorang menyucuk pinggang si Azizan dari belakang. Ani membuatkan si Azizan kebeliangan sehingga menyebabkan ia inda dapat mengawal dirinya dari tekantut dan telumpat dari lantai.

"Ma! Membari beliang hati saja kita ani eh! Baik jua aku ani nada penyakit sawan babi,"adu si Azizan setelah mendapat tahu orang yang menyucuknya di pinggang tadi ialah ibunya sendiri.

"Kau atubah tesubuk-subuk. Yatah gatal tia hatiku kan menyaya kau. Bahapa kau tesubuk-subuk atu dulu?"tanya ibunya yang masih tersenyum-senyum menyaksikan reaksi si Azizan sebentar tadi.

"Atubah, siapa kan tu betupi koboi ah?"

"Kawan lama bapamu tu. Namanya Haji Taib."

"Ahhhh. Saspen eh. Bah ma eh, kan masuk ke bilik dulu. Lalah ku"

Sebelum si Azizan berganjak dari tempatnya berdiri, ibunya sempat mempelawa untuk bekaraoke bersama, tetapi si Azizan menolak.

Buat seketika, si Azizan sudah lupa akan peristiwa yang berlaku di Haji Gillien's Cafe sebentar tadi. Kelelahan telah mengatasi rasa jiwang yang melanda jiwa sanubarinya sebentar tadi. Perkara pertama yang dilakukannya setelah melangkah masuk ke dalam biliknya adalah merebahkan dirinya ke atas katil. Tidak lama kemudian, dia pun tertidur.

Kemudian didalam tidurnya atu, dia didatangi oleh seorang lelaki tua yang berjanggut panjang dan berjubah pink.

"Wahai Azizan. Jangantah kau takut akan kedatanganku ani! Aku hanya ingin mengingatkan kedikau supaya menyuci stukin mu yang bebau atu! Ingat, Azizan! Cuci! Jangan inda Dicuci! Mun malas kan menyuci, bali saja stukin baru di kadai Giant!"seru lelaki tua atu kepada si Azizan. Setelah atu si Azizan pun tebangun.

"Astaghfirullah. Mimpi rupanya tu. Adakah mimpi pasal stokin... Jangan-jangan... Berpuaka kali stokin ku ani. Isuktah ku menyuci eh,"kata si Azizan sebaik saja terbangun.

Kemudian dia pun berjalan terhuyung-hayang seperti orang mabuk menuju ke tandas untuk membasuh mukanya. Setelah atu ia kembali ke katilnya semula dan duduk berangan-angan seketika. Kemudian dia pun berdiri semula dan mengaga meja kerjanya untuk menghidupkan laptopnya. Kan chatting sulllnya. Dia pun menekan punat laptopnya untuk menghidupkannya. Tetapi laptopnya gagal bertindak sedemikian. Tidak berpuas hati, si Azizan menekannya lagi sekali. Dan lepas atu berkali-kali. Tetapi masih jua gagal.

"Astah, mengapa ia laptop ani?"si Azizan bertanya dalam kegeraman.

Bersambung...

Wednesday, August 26, 2009

MSN part 5

Si Azizan pun menurunkan cermin keretanya. Rupa-rupanya orang yang mengetuk tadi tidak lain dan tidak bukan ialah si Ji Golo, yang sedang berdiri-diri di luar sambil memegang payung yang kana bagi free bersempena dengan Hari Kebangsaan Brunei yang ke 22 tahun 2006.

"Bro, wallet mu ketinggalan arah mija ah. Baik jua ku teliat. Nah,"ujar si Ji Golo, menatap wajah si Azizan dengan penuh kerisauan.

Tanpa mengucapkan tengkiu kepada si Ji Golo, si Azizan dengan tangan yang terketar-ketar, menerima balik walletnya yang tertinggal tersebut.

"Bro, ok kau? Merah padam mua mu ah. Inda jua panas perasanku hari ani. Hujan jua ni,"tegur si Ji Golo yang perasan akan wajah kawannya yang begitu merah padam.

"Awu ok ku... Mengalih ku kali... Bah Ji, kan balik ku dulu eh,"jawab si Azizan dengan inda bersemangat.

"...Bah, if anything, give me a call saja ah. Assalamualaikum."

Setelah menjawab salam yang diberikan, si Azizan pun memulakan perjalanannya balik ke rumah manakala si Ji Golo kembali semula ke Haji Gillien's Cafe untuk meluangkan "quality time" nya dengan bakal tunangnya, si Nurul. Kanchangggg.

Semasa perjalanan balik, si Azizan masih lagi memikirkan peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Nampaknya si Azizan masih belum dapat melupakan si Maria. Ngilu dadanya masa meliat si Maria sedang bermesra dengan jejaka yang inda dikenalinya atu. Bukan saja ngilu, malah perit, sakit dan pedih turut dirasainya. Cematulah betapa sengsaranya rasa si Azizan.

Lagu "Cinta ini membunuhku" nyanyian D'Masiv yang diputarkan di radio menambahkan lagi rasa pedih di hati.

"Mati eh deejay ani. Asal ku dilanda kejiwangan, kau mainkan jua lagu jiwang,"rungut si Azizan sambil menutup radionya.

Setelah radionya ditutup, suasana di dalam keretanya menjadi sunyi. Maka dikala kesunyian tersebut, teringatlah ia kembali akan memorinya yang penuh romantis bersama si Maria sampai mengalahkan kisah cinta Romeo & Juliet. Mati eh, membari gali mendangar.

Si Azizan masih ingat saat pertama dia betemu dengan si Maria. Mereka pertama kali bertentangan mata semasa majlis persandingan nini lakinya dengan bininya yang ke empat. Kanchangggg nini si Azizan atu. Si Maria merupakan sahabat baik kepada bini muda yang baru dikahwini oleh nini laki si Azizan. Kelurusan pada ketika atu si Azizan baru jua putus cinta sama amah Filipin kepunyaan jiran sebalah rumahnya. Begitu juga dengan si Maria yang baru break-up dengan bos tempatnya bekeraja. Jadinya, dua-dua lah single pada masa atu.

Untuk dipendekkan cerita, terjumpalah durang berdua atu semasa menapau penyaram lapas majlis persandingan selesai dilangsungkan. Oleh kerana ternampak penyaram atu tinggal satu, si Azizan pun apa lagi, kan menyimbat lah sebuting. Tapi nampaknya bukan saja ia seorang yang berminat. Di saatnya kan mengambil penyaram atu, ada sebuah tangan yang berkulit gebu lagi menawan yang mengambilnya terlebih dahulu. Si Azizan pun melihat si empunya tangan atu dan terlihatlah ia akan keayuan si Maria. Hati si Azizan tarus cair macam ais yang kana jamur. Falling in love sullllnya. Maka dari sana, paham-pahamlah kamu. Bermula tia kisah cinta durang atu.

Mengingatkan perkara atu membuatkan si Azizan sebak di dada. Ingin saja ia menangis, tapi aying matanya malu-maluan kan keluar. Maka, dilupakannya saja niatnya atu. Pada masa atu hujan masih lagi turun. Tapi indalah seberapa lebat macam tadi.

Selang beberapa minit kemudian sampailah si Azizan ke rumahnya. Semasa hendak meletakkan keretanya, dia terlihat sebuah kereta Mercedez sedang parking di hadapan rumahnya.

"Siapa lagi datang ani?"si Azizan bertanya.

Bersambung...

Friday, August 21, 2009

MSN part 4

Tanpa meluahkan sebarang kata & mengucapkan babai, tiba-tiba si Azizan berdiri dari tempat duduknya dan pergi meninggalkan si Ji Golo & si Nurul. Tapi sebelum jauh ketinggalan, si Ji Golo sempat menguyung & menggenggam lengan si Azizan sambil memegang topi haji putihnya yang hampir-hampir terlucut dari kepala gundulnya.

"Bro mengapa ni tiba-tiba kan balik ani? Sakit parutmu kan beria kah? Indakan cematu,"tanya si Ji Golo yang kemusykilan sambil memperbetulkan topi hajinya yang senget.

"Cuba kau liat 45 degrees clockwise..."balas si Azizan sambil menundukkan kepalanya dengan suara yang inda bermood.

"Awuwah lawa jua pelayan indon atu ah. Tepakai kau kah?"

"Eh salah, bukan clockwise. 45 degrees anti-clockwise!"

Maka si Ji Golo pun memalingkan lagi mukanya berpandukan arah yang telah diberikan oleh si Azizan. Sekarang, barulah si Ji Golo faham akan perubahan mood mengajut si Azizan. Rupa-rupanya inda jauh dari tempat duduk durang, ada si Maria, ex-girlfriend si Azizan yang sedang beramas-mesra dengan seorang pria yang inda durang kenali.

"Ih, baru jua sehari putus. Ada laki-laki baru sudah? Kanchanggg,"ujar si Ji Golo.

Melihat si Maria yang sedang bermesra-mesraan dengan jejaka tersebut memanglah membuatkan si Azizan berasa sesak di hati. Balum jua batah break-up, ada tia sudah laki-laki baru. Membari mental jua tu. Kalau diikutkan perasaannya, ingin saja si Azizan menyumbat mulut si Maria atu dengan stokinnya yang belum bercuci selama tiga bulan. Biar ia merasa betapa masamnya stokinnya yang inda becuci atu. Tapi oleh kerana si Azizan masih lagi mampu menahan kesabarannya, maka dilupakannya saja niatnya atu.

"Bro, kalau kau kan balik, balik tah. Faham ku tu. Dont worry, aku belanja hari ani. Tapi mun inda cukup usinku, si Nurul tah belanja tu gayanya,"kata si Ji Golo, lalu menepuk bahu si Azizan.

"Thanks Ji,"balas si Azizan.

"Kalau ada apa-apa, call saja aku,"ujar si Ji Golo lagi sebelum si Azizan meninggalkan ia.

Kemudian si Azizan pun perlahan-lahan meninggalkan si Ji Golo dan berjalan menuju ke keretanya. Tiba-tiba hujan mulai turun dan membasahi tubuhnya. Sungguhpun hujan turun dengan lebat, ia teruskan saja perjalanannya menuju ke keretanya.

"Sudah tah aku gloomy. Cuaca ani gloomy tia jua,"rungut si Azizan sambil mendongak kepalanya ke atas sebelum masuk ke dalam keretanya.

Dengan pakaian yang masih basah-kuyup, si Azizan pun masuk ke dalam keretanya. Setelah duduk, pada mulanya, si Azizan hanya diam dan tenang-tenang sahaja seolah-olah sudah lupa akan peristiwa tadi. Tetapi entah inda semana-mana, umpama king-kong betina yang kan beranak, si Azizan tiba-tiba menjerit sekuat-kuat hatinya. Melepaskan geram sullllnya.

Sedangnya beteriak-teriak macam singa mengawan atu, tiba-tiba ada seseorang sedang mengetuk cermin pintu keretanya.

Tuesday, August 18, 2009

MSN part 3

Dengan perasaan yang inda bersemangat dan lemah-longlai, si Azizan pun memaksa dirinya untuk bangkit dari katilnya dan mengheret dirinya ke muka pintu biliknya. Kemudian sambil menggosok-gosok matanya yang bertaie, dia pun memusing tombol pintunya dan membukanya dengan luas.

"Ah, kita ma. Saspen jua eh. Alum kita tidur rupanya... Bah, masuk tah ke dalam. Jangantah malu-malu, buat macam rumah sendiri,"ujar si Azizan sebaik saja melihat ibunya yang sedang berdiri di luar biliknya.

"Ih kau ani, andang rumah ku jua ni. Anu, mama kan becakap sekajap sama kau. Di bilik tamu bisai ku bepadah kali,"balas ibunya sambil memegang lengan kiri si Azizan dan mengheretnya ke ruang tamu.

Tanpa kerelaan hatinya, si Azizan pun mengikut sahaja kehendak ibunya atu.

Setelah duduk di ruang tamu, ibunya pun mula bersuara,"anubah, tadi si Ji Golo menelipun handphone mama. Katanya kau baru putus sama si Maria. Banar kah tu?"

Mendengar soalan ibunya atu, si Azizan terdiam seketika dan menundukkan mukanya sambil menggaru-garu belakang kepalanya. Kedapatan sullllnya.

"Kurang asam kau Ji Golo. Adakah kau ceritakan arah mamaku,"ucap si Azizan di dalam hati.

Oleh kerana terlajak sudah ibunya tahu, maka mahu inda mahu si Azizan terpaksalah menceritakan kesemuanya kepada ibunya.

"Sabar saja zan. Bukan tah jodohmu kali si Maria atu. Lagipun bejuritan ni bini-bini di Brunei ani. Kau atu anak mama paling hensem, sanang saja tu kau belurih,"nasihat ibunya yang cuba memberi semangat.

"Yakan ma? Aku anak kita paling hensem kan? Jangan cematu eh..,"jawab si Azizan yang kembang kempis lubang hidungnya setelah mendengar pujian dari ibunya tersebut.

"Baru puji sedikit, kambang tah kau sudah. Bah eh, akhir sudah ni. Mama ke bilik dulu, kecarian karang bapamu atu kan aku."

Lalu ibunya pun pergi meninggalkan si Azizan keseorangan di ruang tamu. Dia berasa lega sedikit setelah berbicara dengan ibunya. Pujian tinggi menggunung yang diberikan oleh ibunya tadi telah memberikannya semangat berkobar-kobar untuk mencari girlfriend baru. Kanchangggg. Ganya masalahnya, calon-calon atu belum ada.

Maka teringatlah ia akan si LittleCutieAngle, kenalan MSNnya. Di dalam benak fikirannya, mungkin sudah tiba masanya untuk mereka berdua bertemu muka setelah setahun berkenalan di MSN. Memikirkan perkara itu, si Azizan tersenyum kambing. Angan-angan sulllnya. Sambil-sambil tersenyum atu dia pun pergi kembali ke biliknya untuk melelapkan matanya yang dari tadi sudah kalat.

Pada keesokkan harinya, si Azizan bercadang untuk mengajak kawannya dari kindergarten 1, si Ji Golo untuk mengupi lagi bersama-sama di Haji Gillien's Cafe.

"Eh, bawa si manismu atu jua kalau ia free. Lama ku inda bejumpa kedia eh,"pesan si Azizan kepada si Ji Golo.

"Awu, karang ku menelipun si Nurul. Bah eh, see you later bro. Indaku dapat betelipun lama-lama ni. Urgent bro... Sakit parut ku ni, tekirit ku karang,"balas si Ji Golo.

Pada petangnya, sesudah habis bekerja, si Azizan pun pergi terus ke Haji Gillien's Cafe untuk menemui si Ji Golo & girlfriendnya, si Nurul, sepertimana yang telah dijanjikan. Setibanya dia disana, rupa-rupanya si Ji Golo & si Nurul sudah sampai lagi awal.

Maka bercerita-ceritalah durang disana sambil-sambil mengupi atu. Di dalam kesempatan atu, si Ji Golo pun membagitau lah tarus pasal majlis pertunangannya dengan si Nurul yang akan berlangsung pada bulan yang berikutnya.

Sedang durang bertiga atu enjoy mengupi, tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatian si Azizan sehingga membuatkannya terberanti bercakap.

"Bro, ok kau?"tegur si Ji Golo sebaik saja sedar akan perubahan mood si Azizan.

Si Azizan terdiam sahaja, sambil matanya terpaku ke arah sesuatu.

bersambung...

Sunday, August 16, 2009

MSN part 2

Si Azizan bingkas bangun lalu segera memeriksa laptopnya untuk mengenal pasti siapakah gerangan yang telah memberikan nudge yang berulang-ulang atu kepadanya.

"Annoying jua eh. Siapa lagi kan ni membagi nudge balik-balik ani. Anikan aku sedang melayan kejiwangan yang melanda di hati. Inda kan besanang banar,"rungut si Azizan seorang diri sambil menatap skrin laptopnya.

Rupa-rupanya salah seorang kenalan MSNnya yang telah memberikannya nudge balik-balik atu. Kenalan MSNnya atu dikenali sebagai "LittleCutieAngle" sepertimana yang tertera arah display namenya. Si Azizan sedar ada typo arah display name kenalannya atu. Sepatutnya "LittleCutieAngel" dan bukannya "LittleCutieAngle". Ganya ia malas kan menagur pasal takut si "LittleCutieAngle" atu tersinggung perasaannya.

Maka si Azizan pun membalas balik nudge arah kenalannya atu dan durang pun mula berbicara secara virtual.

***
Azizan: Hi

LittleCutieAngle: hYe. pa Da?

Azizan: Nada apa-apa. Belimpang-limpang tadi sambil bejiwang.

LittleCutieAngle: BeJiWangZ? AhAx. NaPa U beJiWanG toh?

Azizan: Adalerrr...

LittleCutieAngle: VaH.. ShaRe2 lerr.. WaWaWa

Azizan: Malu eh =S

LittleCutieAngle: VaH.. CeTa Sja. Me SeTia meNdaGar nIe.. AhaX

***
Maka setelah atu, si Azizan tanpa malu-malu babi, pun menceritakan kisah cinta dukanya ke arah si LittleCutieAngle.

Sebenarnya, si Azizan dan si LittleCutieAngle sudah kenal dalam dunia MSN selama setahun. Maka inda hairanlah, durang berani mengongsikan masalah peribadi masing-masing.

Sungguhpun sudah setahun durang kenal antara satu sama lain dalam MSN, durang inda pernah berjumpa secara berdepanan. Kadang-kadang si Azizan terbayang-bayang jua cemana usul rupa si LittleCutieAngle atu. Melalui display name yang digunakan, ada tiga kata adjektif yang bulih si Azizan pakai dalam membayangkan usul si LittleCutieAngle. "Little" mungkin menandakan si LittleCutieAngle atu seorang wanita yang bertubuh pendek, atau halus nya urang Brunei. Manakala "Cutie" mungkin berkmaksud si LittleCutieAngle atu seorang yang kiut-miut dan bukannya seorang yang biut. Dan akhir sekali, "Angle", atau yang lurusnya, "Angel" mungkin menyatakan wajah si LittleCutieAngle atu lawa macam bidadari.

Namun semua atu cuma nama saja. Alum tantu banar jua.

Setelah panjang lebar berbicara, akhirnya durang berdua pun memutuskan untuk menamatkan omong kosong mereka di MSN. Masing-masing pun sudah kalat mata. Oleh kerana terlalu malas, si Azizan membiarkan saja laptopnya atu terbuka dan kemudian terus merebahkan dirinya ke atas katil untuk melelapkan matanya yang sudah berat. Pada ketika atu, si Azizan masih belum lagi mandi dan menyalin pakaian kerjanya sungguhpun badannya masa atu berbau hangit mengalahkan bau kambing. Mungkin kerana terlalu lalah, ia inda sadar akan kehangitan yang sedang menyelubungi tubuhnya.

Sedang si Azizan hampir-hampir lena dibuai mimpi, tiba-tiba pintu biliknya kana katuk.

bersambung...

Sunday, August 9, 2009

MSN part 1

Di waktu petang yang hangat amat sehingga boleh membuatkan ketiak seseorang atu basah berpeluh dengan deras, ada kelihatan seorang pria sedang mengupi sorang-sorang di Haji Gillien's Cafe. Raut wajahnya kelihatan inda berapa happy, seolah-olah hatinya sedang dilanda gundah-gulana. Sungguhpun cematu, pemuda yang bernama Azizan Abdul Razak tersebut nampaknya enjoy dengan teh tarik Sri Lanka yang sedang diminumnya.

Selang beberapa minit kemudian ada lagi seorang pria turut join mengupi dengannya. Pria tersebut merupakan kawan karib si Azizan sejak kindergarten 1. Namanya Haji Golo. Atau pindiknya, Ji Golo. Sungguhpun sebutan namanya seperti Gigolo, Haji Golo bukannya seorang Gigolo. Dia adalah seorang imam bertauliah di kampung Tanjung Maya.

"Wassup bro. Apa ada kau melagau aku mengupi ani?"tegur si Ji Golo sebaik saja sampai ke tempat duduk si Azizan sedang mengupi.

"Duduk dulu Ji. Ada kan ku ceritakan arahmu ni. Bah order tia dulu minumanmu, aku belanja ni,"balas si Azizan.

Kemudian si Ji Golo pun melagau pelayan bini-bini Indonesia yang manis dan mengancam yang bekeraja disana untuk memesan ordernya.

"Neng, Neslo panas satu ah,"pinta si Ji Golo sambil menatap pelayan Indonesia tersebut dari ujung rambut sampai ke ujung kaki. Pandai menggatal jua pak imamnya ani. Tapi inda apalah menggatal, pasal Ji Golo ani pun masih jua bujang. Tapi begirlfriend pulang sudah. Mencari spare part sullllnya pak imamnya ani. Kanchangg.

Setelah pelayan tersebut mengambil order si Ji Golo dan berlalu pergi, si Azizan pun mula membuka mulutnya untuk becerita. Rupa-rupanya si Azizan ani baru break-up dengan girlfriendnya, si Maria. Padantah inda berapa happy usulnya. Baru putus cinta rupanya.

"Ah, break-up? Cemana bulih atu?"tanya si Ji Golo yang usulnya kebeliangan mendangar cerita si Azizan.

"Pasal aku lupa birthday mamanya kelmarin. Sekali di dumpnya tah ku tarus. Sekadar jua tu.. Palui banar!!"rungut si Azizan.

Mendengarkan cerita sedih dari kawan karibnya atu, Ji Golo cuba membantu dengan memberi kata-kata semangat dan nasihat kepadanya.

"Sabar saja tah bro, ada hikmahnya tu. Lagipun, ikan di laut bukannya seikung. Banyak yang bulih kau pancing. Asal saja kau pandai memancing,"ujar si Ji Golo sambil berkias.

Meskipun si Azizan inda dapat menangkap makna kiasan yang diungkapkan ulih si Ji Golo, ia tahu kawan karibnya atu sedang membagi kata-kata semangat kepadanya.
Maka dengan atu, rasa gundah-gulana di hati si Azizan pun kian pudar. Si Azizan berasa beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang amat awesome.

"Kau apa macam eh? Bila tah kan ke jinjang pelamin sama si manis mu atu?"tanya si Azizan sambil melagau pelayan untuk mengorder teh tariknya yang ke sebelas.

"Si manis ku? Si Nurul kah? Haha. Insya-allah kalau nada aral melintang, bulan dapat ku betunang sama si Nurulku atu. Ada ku melagau kau tu nanti mun jadi,"jawab si Ji Golo sambil menggaru-garu batang hidungnya.

Mendangar berita dari kawan karibnya atu, si Azizan turut berasa gembira. Betambah lagi seorang yang kan mengikat tali pertunangan. Kadang-kadang ia pun terfikir bilakah sampai gilirannya nanti. Sudah banyak bini-bini yang di datenya, tapi semuanya berakhir dengan kegagalan. Belum sampai jodohnya kali.

Setelah berjam-jam mengupi di Haji Gillien's Cafe, kedua-dua sahabat tersebut pun pulang ke rumah masing-masing. Dalam perjalanan balik, lagu "Kenangan Terindah" nyanyian Samsons sedang berkumandang. Maka terkenang lah si Azizan akan ex-girlfriendnya. Takut terbawa-bawa dengan emosinya, si Azizan pun menutup terus radio di keretanya.

Sesudah sampai ke rumah, si Azizan melihat ibunya sedang bekaraoke di ruang tamu.

"Eh ma, bekaraoke kita? Inda membawa-bawa ni. Lagu apa kita nyanyi ah?"tanya si Azizan.

"Lagu Samsons. Kenangan terindah. Bah, mau join menyanyi sama mama?"jawab ibunya sambil menekan-nekan remote control DVDnya.

"Errr... jangan tah kali ma,"si Azizan mengubah fikirannya sebaik saja mendapati ibunya ingin menyanyi lagu kenangan terindah."Mengapa tia tiba-tiba semua urang kan menyanyi lagu kenangan terindah ani. Macam tau-tau saja aku bagas putus cinta,"ujar si Azizan dalam hati.

Dengan perasaan yang bercampur-baur, si Azizan pun pergi ke biliknya. Dia pun merebahkan dirinya ke atas katil dan berangan-angan seketika. Selang beberapa minit kemudian dia pun berdiri semula dan pergi ke meja kerjanya untuk membuka laptopnya dan sign-in ke akaun Windows Live Messengernya. Statusnya yang online diubahnya menjadi "away". Setelah itu dia pun kembali merebahkan dirinya ke atas katil.

Tiba-tiba ada orang memberikannya nudge. Dia pun bingkas bangun semula untuk memeriksa siapa yang telah memberikan nudge tersebut.

Bersambung...

Monday, August 3, 2009

Menyingkap Kain Sarung: Poklen Siri 3

Assalamualaikum dan salam bahagia kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Alhamdulillah, bersua kita lagi dalam sebuah edisi Menyingkap Kain Sarung, rancangan favourite no. 2 anda di stesen favourite no. 20 anda. Apa khabar anda sekalian pada malam ini? Harap-harap anda semua berada dalam keadaan sihat-walafiat dan dikurniakan dengan tenaga batin yang hebat. Kalau sakit, isuk pagi bulih jumpa Doktor. Jangan malam ani. Inda kuasa bejaur masa malam-malam. Kalau desperate jua kan bejumpa doktor, telefon saja ambulans.

Malam ini saya, Haji Kamis, alhamdulillah, masih berpeluang mejadi hos bagi rancangan yang tidak pernah mendapat award ini meskipun balik-balik jadi rancangan favourite no. 2 oleh orang-orang Brunei. Untuk pengetahuan anda, Haji Jumat ketika ini masih bekurung dirumah pasal kana jangkitan H1N1 manakala Haji Sabtu masih enjoy di KL sama ex-girlfriendnya yang baru kelmarin kawin.

Baiklah, tanpa membuang masa, rancangan Menyingkap Kain Sarung kali ini akan meneruskan siri Poklen yang alum pandai abis-abisnya dari dua minggu lapas. Pada siri 1 dan siri 2, usaha krew kami untuk mencari definisi poklen sentiasa menemui jalan buntu. Sungguhpun begitu, kami berjaya mengenal pasti beberapa ciri-ciri yang berkait rapat dengan poklen melalui hasil kajian buntu kami. Yang pertama: poklen dikaitkan dengan remaja yang tidak pandai berfesyen. Dan yang kedua: poklen dikatakan menggunakan bahasa mereka sendiri dalam dunia online. Tetapi kami masih belum berpuas hati kerana kami berpendapat kedua-dua ciri-ciri tersebut tidak semestinya membuatkan seseorang itu poklen. Dalam meneruskan kajian kami, kami meminta bantuan dari Jimmy sekali lagi.

Malangnya Jimmy enggan bekerjasama dengan krew kami lagi kerana dia tidak berpuas hati dengan bayaran yang kami berikan. Nasi katok 2 bungkus yang selalu kami balikan untuknya nampaknya inda mencukupi dengan nafsu parutnya. Adakah patut ia mau nasi katok 7 bungkus. Mana kami mampu tu. Walaupun badannya kurus mengalahkan lidi, tapi nafsu makannya basar macam king kong.

Oleh kerana Jimmy keberatan untuk membantu kami, kami pun beralih kepada seorang lagi remaja yang dikatakan pakar dalam hal-hal kepoklenan. Beliau dikenali sebagai Pak Gombrong dan tinggal disebalah rumah Makcik Joyah yang bekerja sebagai penuang kupi bagi krew rancangan Menyingkap Kain Sarung. Pak Gombrong meminta nama sebenarnya dirahsiakan, kerana menurutnya kalau nama sebenarnya dipakai, maka akan hilanglah kekacakkan dalam dirinya.

Baiklah tanpa membuang masa, sekarang mari kita saksikan sesi temuramah kami dengan Pak Gombrong:

***
Krew: Assalamualaikum Mil..

Pak Gombrong (PG): Oiiii, jangan sabut namaku. By the way, waalaikumsalam.

krew: Eh sorry Pak Gombrong... Bah, silakan tah memberi pendapat Pak Gombrong mengenai poklen ani. Kami merakam ni.

PG: Muaku cemana? Hensem ah?

krew: Awu, hensem. Kalah Robert Pattinson.

PG: Terima kaseyyyy!! Kalah Robert Pattinson ah. I like your style. Anyway... Pasal poklen ani... Aku ani inda pulang pakar jua ni. Macam-macam pulang ku dangar pasal poklen ani.. Ada yang cakap durang ani bida kalau berfesyen. Ada yang cakap durang ani selalu cakap AHakZ, AI LAIK TOH & WaWaWa. Ada yang cakap durang ani suka shuffle di Mall Gadong. Ada yang cakap durang ani asal dari Kampung Aying. Ada yang cakap durang ani suka vandalisme. Secara jujurnya, aku kurang senang sama beberapa stereotype yang diberikan arah poklen atu. Poklen asal dari kampung aying? Siapa berucap ah. Seolah-olah macam mencaci heritage sendiri. Most of us asal dari kampung aying. Aku pun asal dari kampung aying. Poklen lah kali ni aku ani?! Ah? Ah? Ah?

Krew: Eh chill Pak Gombrong eh. Ke jiwa jua.

PG: Sorry eh.. Aku ani andangnya emosi kalau bekurapak. Bukannya apa, kadang-kadang aku inda suka urang kitani mengucap poklen ani. Poklen atu urang Brunei jua tu. Kirakan macam mengucap bangsa kitani sendiri jua tu... Kalau menagur atau mengkritik, dapat lah ku terima.. Tapi kalau mengucap labih-labih atu yang inda dapat diterima tu...

Krew: Wowww, heavy jua kau ani..

PG: Mestilah... Secara jujur, aku inda pulang berapa sanang dengan "poklen" ani jua. Tapi aku indalah banci arah durang. Asal saja durang inda mengacau aku. Kalau durang bahagia, aku pun bahagia jua. Biar tia durang bahagia dengan cara pakaian & bahasa durang atu. Tapi yang sebenarnya kan, kitani semua ani andang poklen jua bah. Cuba kamu imagine, masa kitani meliat urang, maybe kitani ucap ia atu poklen. Tapi dalam matanya, maybe ia ucap kitani ani poklen. So, bagiku "Poklen is in the eye of the beholder" bah.

Krew: Poklen is in the eye of the beholder. Bisai. I like your style.

PG: You like? I also like. Niceee.

Krew: I like hahaha. Bukan jua Pak Gombrong, tau kau dari mana asal perkataan poklen ani?

PG: Yang atu inda ku tau ah. Cuba kamu aga arah pusat sejarah di bandar.

Krew: Kalau cematu, atu tah saja kali. Terima kasih di atas pendapat mu atu Pak. Dapat jua membuka mata kami sedikit pasal isu kepoklenan ani.

PG: Ok tu, no problem.

***
Sungguhpun jawapan Pak Gombrong agak melarat-melarat, kami dapat menangkap mesej yang cuba disampaikan olehnya. Melalui temubual tersebut, kami mendapat tahu poklen merupakan sebuah stereotype yang sering dilabelkan kepada remaja-remaja Brunei.

Saya cukup suka dengan quotenya yang berbunyi "Poklen is in the eye of the beholder". Memang ada sedikit kebenaran di dalam quote tersebut. Kita mungkin adalah seorang poklen dimata sesetengah orang.

Maka dengan itu, saya akhiri rancangan Menyingkap Kain Sarung. Assalamualaikum dan "jangan biarkan kain sarung anda disingkap sesuka hati". Insya-allah kita akan bertemu lagi pada episod yang akan datang dengan topik yang berlainan. Sekian, terima kasih. Dan akhir sekali, jangan lupa: "Poklen is in the eye of the beholder!" I like hahaha.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More